Monday, November 20, 2017

Selamat Pengantin Baru Izara Aishah & Muhammad Adib Khalid

Belum terlewat lagi rasanya SA nak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Izara Aishah yang telah selamat menjadi isteri kepada Muhammad Adib. Pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan pernikahan minggu lepas. Cantik dengan busana rekaan Rizalman Ibrahim terus SA rasa nak kahwin lagi sekali..ehhh...dah kenapa SA oiii.....tapi suka la tengok majlis mereka yang gilang gemilang ni...walau macam- macam kritikan dilemparkan tapi pada SA majlis dia..suka hati dia la nak pakai macam mana...orang banyak duit kan..yang lain- lain yang sibuk kutuk tu dapat apa?Dia untung- untung dapat suami, dapat mas kahwin dan dapat hantaran...yang kutuk ni buat habiskan air liur je kan....eh eh....SA ni...mentang- mintang minat Izara Aishah ni bukan main bekap lagi erk...bukan bekap...kita sesama manusia..rezeki orang tetap rezeki orang kan...rezeki kita...kita makan sendiri sudah...dah cermin ke diri kita sebelum nak kutuk orang....ye tak?


Aktres jelita Izara Aishah, 25, sah bergelar isteri kepada Muhammad Adib Khalid, 27, yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan sekali lafaz tepat jam 9 malam tadi.

Pada majlis yang diadakan di satu lokasi di Damansara itu, Izara menerima mas kahwin RM700 berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Jumlah wang hantaran bagaimana pun dirahsiakan. Sementara itu, Izara membalas dengan tujuh dulang.

Majlis itu dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai. Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Mohd Jazlan Ali. 

Izara berkata, dia bersyukur apabila majlis yang dirancang selama tiga bulan berjalan lancar


Pasangan ini turut diraikan dalam satu majlis resepsi sebelah pihak perempuan seusai acara akad nikah.

Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan GlamWeddings itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi popular tanah air Marsha Milan dan Kilafairy.

Busana kedua mempelai mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim serta barang kemas daripada Habib. Tatarias pula oleh Khir Khalid.

Antara rakan artis yang hadir, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar, Azira Shafinaz dan ramai lagi.


31 comments:

  1. Kan lawa...baca dak dia kata kat Rizalman kalau tak buat baju untuk dia dia takmo kawen..hehehe.

    ReplyDelete
  2. cantik diani, sukalah tengok. duk tunggu live update kat ig dia haha takdak pulek T-T

    jemput join ga sha ; http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

    ReplyDelete
  3. Memang cantik dan ada kelasssss tersendiri. Ain pun suka expecially lepas Izara nangis tu, original punya pipi dan hidung pink. Sweet sangat.. hehehehehe.. :)

    Tunggu Kak SA jadi pengantin, mesti lagi cantik niii..

    :)

    ...

    ReplyDelete
  4. semoga kekal hinggah ke jannah...cantik izara

    ReplyDelete
  5. Sweet je izara ne tak kisah lah orang nak cakap apa nama pun raja sehari suka hatilah nak pakai apa pun kan kak sa, miza tunggu kak sa pulak jadi raja sehari mesti meletop

    ReplyDelete
  6. cantik sangat izara...semoga kekal hingga ke jannah

    ReplyDelete
  7. Kesian izara kena kecam pulak dengan netizen gara- gara busana pengantin . Apa-apa pun izara sangat cantik , dah berjaya bergelar status isteri orang .selamat pengantin baru buat izara & adib

    ReplyDelete
  8. Memang cantik bajunya Rizalman. Teringin nak pakai baju cantik macam tu. Agak2 ada org dtg melamar tak? Haha.

    ReplyDelete
  9. Mula2 pelik tgk veil tu tp bila dpt tahu ikut tradisi melayu zaman dulu baru rasa salute dgn die.. sopan je..
    Jemput join GA. Hadiah menarik disediakan.
    https://tinynasweet.blogspot.my/2017/11/giveaway-dhia-sumayyah-201117-141217.html

    ReplyDelete
  10. Cantiklah izara ni...semua org kecam veil dia. Tapi sebenarnya dia berkaya tarik minat netizen. Nanti sure jadi trend yg hott. Tahniah izzara!!

    ReplyDelete
  11. Cantik Izara.. semoga kekal hingga ke Jannah..

    ReplyDelete
  12. Tahniah kepada mempelai.
    Seemoga kekal bahagia selamanya

    ReplyDelete
  13. Tahniah buat izara dan suami. Semoga berbahagia selalu.

    ReplyDelete
  14. suka tengok baju dia sebab cantik sangat cuma makeup dia malamtu garang sangat tapi dari jauh nampak cantik je.

    ReplyDelete
  15. Sama cantik sama padan. Moga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  16. Tahniah buat Izara walaupun orang cakap veil macam roti tisu tapi harga mahal sapa yang cakap tu mampu ker nak bayar hehehe. Moga terus kekal hingga Jannah dan dapat anak comel2...

    ReplyDelete
  17. Suka dengan rekaan baju tu. Cantik sangat. Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai. Semoga ikatan yang dibina hingga ke Jannah. Orang biasala ada je nak kutuk itu ini. Mulut tempayan boleh lagi ditutup mulut manusia tak leh nak tutup.

    ReplyDelete
  18. Tahniah Izara.. sama cantik sama padan.., tak sempat nak pg sbb xdr di Kl....bila dah artis tu ramai la yg nak komem tapi yg penting pemgantin suka ya tak.

    ReplyDelete
  19. Cantiklahh Izara ni. Suka tengok dia :)

    ReplyDelete
  20. jmput la join and meriahkan GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  21. Alahai cantiknya Izara cam Princess.. dengan veil dia fuhhh..Meletops..

    ReplyDelete
  22. Moga kekal hingga ke Jannah dan dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  23. wow Izara Aishah is pretty! to be honest, too many actresses that I can't recognize who is who. :X

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah.. Tahniah buat mereka berdua..
    Lawa betul baju dengan kerudung yang dia pakai tu..

    ReplyDelete
  25. Sama cantik sama padan.
    Viral betul selendang yang dia pakai tu. Hahaha

    ReplyDelete
  26. cantik sangat Izara Aishah.. orang memang lawa pakaila cem mana lawa jugak =)

    ReplyDelete
  27. Izara nih cantik dan soft spoken kan kak.. Suka tgk dia jugak

    ReplyDelete
  28. Baju dia memang cantik, tapi yang selendang tu rasa macam mengeras kat atas kepala jer...hehe fesyen kan

    ReplyDelete
  29. Nampak simple and fashionista !
    Terbaikkk ! Semoga bahagia dan berjaya membina sebuah keluarga !

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah