Tuesday, November 21, 2017

Resepi Sup Cendawan Campur Simple Suria Amanda Dan Menu Weekend

Hi korang...

Last week SA masak simple- simple je...terajin skit amik gambar bahan- bahan resepi kali ni untuk kemudahan korang..so tak yah pening- pening nak cari bahan kan...tap as usual la SA masak ikut tekak SA je...kebetulan mak takde selera nak makan..mak SA dah sebulan lebih batuk tak elok- elok..kahak tak cair..jenis pekat so batuk dia memang teruk...kami adik beradik dah pakat nak hantar spital dah..la ni selera makan takde so SA masakkan lauk yang bersup aje...itupun dia makan sikit je...takpe la sikit- sikit pun asalkan dia makan dah la...risau jugak kalau dia tak nak makan....


Bahan- bahan sup cendawan campur
  1. Cendawan tiram satu packet besar 
  2. Bawang merah 2 ulas*
  3. Bawang putih 3 ulas*
  4. Ikan bilis setengah gengam*
  5. Carrot 1 barang - kalau rajin buat macam SA tu ha..
  6. Serai - sebatang cukup untuk bagi wangi
  7. Sayur baby bayam seiikat - balance buat bubur si Opick..dari rosak masukkan aje..
  8. 1 Jug air kosong
  9. Bahan ni 2-3 ditumbuk halus...



Bahan tumis yang dah ditumbuh


Baby bayam

Cara masak

  1. Tumis bahan 2-3 sampai naik bau dan nampak garing
  2. Masukkan serai
  3. Masukkan air setengah periuk biar sehingga mendidih
  4. Dah mendidih masukkan carrot
  5. Masukkan cendawan dan bayam
  6. Agak- agak mendidih masukkan garam
  7. Dah siap....


Sup Cendawan Campur 

Masak sup sayur campur macam ni nak plak ada cendawan tiram memang menjadi rebutan anak- anak la...buat untuk Uwan diorang tapi cucu- cucu lebih suka makan...eh ini jer ker yang SA masak...ada lagi ye uolls...tapi gambar kat bawah ni hanya gambar la ye..takde resepi...malas plak SA nak tambah resepi lagi...hehehe...so semua tu yang SA masak untuk Sabtu dan Ahad..kecuali Asam Pedas Ikan Keli tu...itu adik ipar orang Muar yang masak...sedap rupanya ikan keli masak asam pedas...

Menu Lain Ahad


Kari Kepala Ikan Mayong


Telur Dadar


Ikan Pelaling Goreng


Menu Sabtu


Asam Pedas Ikan Keli Muar ( Adik ipar masakkan)


Ikan Kerisi Goreng Bawang


Sardine Ayam Brand Goreng


Sayur Pak Choy Goreng

Haaaa....gigih buat sekali entry kan..menu Sabtu dan Ahad...sesekali semua adik beradik berkumpul kat rumah seronok makan sama- sama...anak- anak pun happy sebab jumpa sepupu kan...bukan selalu dapat berkumpul...mak- mak dan pak- pak diorang macam biasa la...ada yang kemas rumah ada yang masak...yang masak tu SA dengan Mommy si Dida...yang lain- lain ada la tugas memasing..mak abah SA duduk rehat je kat rumah sebab tak sihat...

Entah bila dapat berkumpul lagi macam ni...next time kalau lama diorang balik nak ajak buat BBQ la...

28 comments:

  1. Hi Kak SA..
    Sedapnya Sup tu..nanti nak try jugaklah...memang suka makan sup sayur macam tu, tapi tak pernah try buat hehe...

    Kak SA..cuba try mintak kat doktor ubat cair kahak...selalunya kalau batuk or selsema memang saya makan ubat tu je..alhamdulillah memang lega....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear for the opinion, mak akak x leh makan ubat cair kahak, solution nya kena neb 4 jam sekali setiap hari..mak akak baru operate bypass last year some more ada complication dan kencing manis...sebab tu x leh makan apa- apa ubat batuk jenis air dan ubat cair kahak..

      Delete
  2. Sdapnya sup cendawan.. Lauk lain pn best.. Laparrrr

    ReplyDelete
  3. Adoi ai.. mengancam sungguh lauk-lauk yang SA amasak.. Sedap makan beramai-ramai ini..

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi ikan mayong masak kari..nak cuba jugaklah nanti.selalunya kita masak asam pedas je

    ReplyDelete
  5. Banyak tu masakkkk. Bila nak merasa air tangan akak ni.

    ReplyDelete
  6. sedapnya semua makanan tu..rasa lapar tengok..sup cendawan tu kalau x makan nasik pun takpe..dapat semangkuk dah kenyang,..hehehe

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaa kak semua lauk pauk ni :)

    ReplyDelete
  8. meriahnya lauk, Memang syok makan ramai-ramai

    ReplyDelete
  9. aduhhh lama tak makan cendawan tu. Teringin terus rasa nak buat hehe

    ReplyDelete
  10. alahai telan air liur bila baca bab resepi ni...nanti boleh cuba resepi ni kak SA

    ReplyDelete
  11. Oissss banyaknye laukk... semua sedap2 belaka..

    ReplyDelete
  12. Mewahnya menu...macam kenduri ni.

    ReplyDelete
  13. Sedapnya SA Sup Cendawan, ratah-ratah pun sedap kan. Semua lauk pauk sedap belaka..

    ReplyDelete
  14. meriahnye menu.
    Pilih sop cendawanlah.

    ReplyDelete
  15. lapar pula tengok post ni malam malam

    ReplyDelete
  16. Perghh nampak menyelerakan.. Banyaknya cili api!!

    ReplyDelete
  17. hehehe pukul dua pagi tengok entry ni telan ailiiooo hehe sedapnyaa semua nampak =D

    ReplyDelete
  18. sedap nampak, semalam pun buat sup cendawan

    ReplyDelete
  19. sedapnya. lama dah x makan sup cendawan

    hi jom la join n meriahkn segmen GA ray kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  20. Fav yaya tu sup cendawan. Nak cuba resepi sa pula nanti. Minta halalkan ye hee tq :*

    ReplyDelete
  21. Sup cendawan campur tu macam nak buat masa berpantang nanti lah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah