Monday, August 24, 2020

Kemalangan Maut Akibat Pemandu Mabuk, Bilakah Tindakan Tegas Akan Diambil?

Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.

Saya baru sahaja pulang dari menziarahi rakan di Kelas Pengajian Al-Quran dan Tajwid saya di Kg Mambau. Beliau diuji Allah dengan ujian kehilangan anak sulungnya di keheningan pagi sebelum masuk waktu Subuh pagi tadi.

Di sini saya bertemu ibu-ibu hebat, rakan-rakan kelas al-quran saya yang sudah lebih lima bulan tidak bertemu muka. Mereka yang sabar menunggu jenazah, masing-masing dengan mata yang merah dek kerana merasai peritnya satu kehilangan seorang permata berharga dan dek kerana kuatnya ikatan hati antara mereka. 

Perginya puteri sulung beliau pergi bertemu PenciptaNya dalam keadaan yang tragis tetapi sangat indah dan pastinya dicemburui oleh kita yang masih bernyawa.

Arwah dilanggar oleh sebuah kereta ketika berjalan kaki untuk menunaikan solat Subuh berjamaah betul-betul di hadapan Surau Al-Muqarrabin, Kg Mambau. Saya masih terlihat merahnya darah di tembok surau dan kesan-kesan kemalangan ngeri yang meragut nyawa. 

Kereta yang dipandu oleh suspek yang juga berbangsa India dikatakan dibawah pengaruh alkohol, arwah terseret jauh beberapa meter dan pada masa suspek juga melanggar sebuah motor yang dinaiki oleh sepasang suami isteri berbangsa India. Pasangan ini turut terkorban dalam kejadian ini. 

Arwah dan ibunya adalah antara jentera wanita yang banyak memberi khidmat di Surau Al-Muqarrabin Kg Mambau. Khabarnya malam tadi (malam sebelum kejadian) arwah sempat mengemas surau seperti kebiasaannya. 

Arwah dan ibunya antara jemaah wanita yang sering solat berjamaah di Surau Al-Muqarrabin, surau tempat saya bertemu ibu-ibu hebat dalam bulatan gembira al quran dan tajwid setiap pagi Khamis. Jarak yang dekat antara surau dan rumahnya memanggil mereka untuk sering berjalan kaki ke surau. 

Ibunya cukup tabah sempat dia berbicara dengan saya selepas saya memeluknya erat.

"Mak pergilah dulu, nanti Along menyusul kemudian." Ini antara bicara terakhir kedua beranak ini. 

Selepas menunaikan solat sunat, sebelum azan subuh lagi ibunya terdengar bunyi dentuman yang cukup kuat di luar surau. "Owh ada kemalangan", bisik ibunya.

Ibunya berada di surau sehingga beliau selesai solat Subuh berjamaah, namun hairan Along tidak ada di surau. Dikhabarkan beliau pulang dahulu ke rumahnya untuk mencari di mana Along dan kembali semula ke surau selepas didapati arwah tiada di rumah dan selepas itu.

Kemudian, barulah beliau mengetahui bunyi dentuman yang kuat tadi dentuman tadi adalah dentuman kereta yang meragut nyawa anaknya.

Arwah Along masih berkhidmat dengan Public Bank, berusia 42 tahun, seorang yang ringan tulang dan banyak membantu memberi khidmat di suraunya. Beliau pergi meninggalkan tiga orang puteri dan seorang putera yang masih bersekolah.

Saya betul-betul terkesan dengan kejadian ini.

Antara yang saya tidak boleh lupakan adalah tangisan anak-anak arwah sebelum jenazah dibawa ke surau. Air mata saya tumpah.

Cukup tragis juga apabila saya terlihat seorang wanita yang lemah longlai di sisi jenazah (kebetulan saya masuk ke rumah ketika itu) . Saya tidak kenal siapa, saya peluk beliau dan minta dia bertenang. Saya bacakan ucapan innalillahi wa inna ilaihiroji'un dan saya minta terus ulang bacaan itu. Saya minta dia sabar dan redha serta maafkan semua salah dan silap arwah. Alhamdulillah, dia kelihatan sedikit tenang dan dengan perlahan, dalam esak tangisnya dia sebut pada saya, "arwah menantu yang baik, arwah tiada salah pada makcik." 

Terkesan dengan peribadi arwah Along dan ibunya yang dekat di hati saya. Terkesan dengan keindahan ukhuwwahfillah rakan-rakan di bulatan gembira saya. 

Terkesan dan kesal lagi dan lagi kejadian kemalangan oleh pemandu mabuk yang membunuh insan yang tidak berdosa.

Saya seru kepada pihak berkuasa ambillah tindakan sewajarnya. Haramkanlah arak yang telah membunuh sekian banyak nyawa manusia yang tidak berdosa.

Moga Allah kurniakan rahmat dan keampuanan buat allahyarham  Along, Puan Noraniza Binti Hj Amin dan tempatkan rohnya di tempat yang paling mulia. Juga diberikan kesabaran yang tinggi buat keluarga  Tuan Haji Amin dan Hajjah Normah seisi keluarga atas kehilangan ini.

Innalillahi wa inna ilaihiroji'un... 😭😭😭

Copy paste

13 comments:

  1. takziah...innalillahi wa inna ilaihiroji'un. Ayah Ayu pun dpt info ni...ayah ckp ada suami isteri india naik motor pun terkorban & sorang lagi islam..tak sangka kawan Along. dah agak dah mesti pemandu mabuk sbb time2 awal pagi mcm tu... Allahuakbar...pergi mengadap Ilahi masa nak pegi surau...utk sujud kepada Ilahi jugak... mulia nya cara arwah dijemput. In sya Allah..moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...Al Fatihah.
    taksiah buat Along & moga Allah berikan kekuatan pd keluarganya... Kesayangan kita biar Allah yg jagakan...

    ReplyDelete
  2. Semoga mangsa mendapat pembelaan sewajarnya

    ReplyDelete
  3. Salam takziah... Innalillahiwainnailaihirrojiun. Al-fatihah buat arwahyahammah yang sangat baik budi pekertinya dan disenangi ramai keluarga dan masyarakat. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  4. Salam takziah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  5. Salam takziah untuk keluarga arwah

    ReplyDelete
  6. Innalillahi wa inna ilaihiroji'un... 😭😭😭

    ReplyDelete
  7. allahuakhbar..innalillahiwainnailahirojiun..tinggi tempatnya. meninggal ketika nak ke surau utk solat. untungnya arwah...

    ReplyDelete
  8. Kenapa undang2 tak tegas macam di Korea ye?Kat sana dioarang minum sikit pun tak berani nak drive, Sanggup upah pemandu untuk drive balik rumah lepas mabuk2.

    ReplyDelete
  9. Allahu sedihnyaaa... Sampai bila la tindakan yg lebih tegas nak diambil kepada pemandu2 mabuk ni... Geramnya dengar

    ReplyDelete
  10. Innalillahhiwainahirajiun...DariNya kita datang..sampai masa dijemput kembali..semoga keluarga arwah tabah dgn ujian ini

    ReplyDelete
  11. innalillahiwainnailaihirojiunn

    ReplyDelete
  12. Salam takziah. Al Fatihah. semoga ditempatkan dikalangan org yang beriman

    ReplyDelete
  13. dah banyak sangat kes pemandu mabuk kemalangan hingga menyebabkan kematian ni...bila lah nak zero case gini kat Malaysia...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah