Saturday, August 22, 2020

Alfatihah Sahabatku...

Perginya sahabat SA yg tersayang...pergi yg husnul khotimah disaat menuju ke rumah allah..Kau dan aku berjanji sahabat...sama-sama ingin mencipta kenangan baru untuk aku..berjanji lupakan kenangan lama yang tak mungkin kembali..banyak nasihat yang kau kongsi bersamaku...tapi allah lebih menyayangimu...Urusanmu di dunia telahpun selesai.. insha'Allah keluarga besar kita takkan lupakan waris-warismu...kehilanganmu sangat dirasai....









Siap berwuduk dan bertelekung untuk menunaikan solat Subuh di surau pagi ini namun Allah lebih menyayangi mu sahabat Noraniza Mohamed Amin. Dilanggar oleh pemandu mabuk bersama dgn 2 org lagi pengawal keselamatan HTJ Seremban berbangsa India di depan surau rumah murah Mambau. Kesemua mangsa mati ditempat kejadian.😭

Syurga lah tempat mu Nora. Sahabat yg baik dan mengambil berat. Masih terbayang2 saat kita berjumpa di rumah Sharifah Sharina Syed Khairodin minggu lepas sebelum bersama2x mendaki Gunung Angsi.

Masih menggigil dan tak percaya kau dah takde Nora...banyak plan kita rancang bersama...sedihnya hati tak tau nak ckp macam mana...kau dan aku berjanji mencipta kenangan baru untuk aku dan abaikan kenangan lama yg takkan muncul kembali...Kau banyak bagi aku nasihat untuk teruskan kehidupan...terima kasih diatas kenangan terindah ini Nora...


Allahu 😭

 اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن  
  اللَّهُمَّ اغْفِرْ َله وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه  ‎

7 comments:

  1. Allah yang ni kinah tengok dalam berita tadi. Salam takziah Kak SA, semoga rohnya dicucuri rahmat. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Ada dengar berita ni kat tv.
    Salam takziah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  3. Sedihnya kak.. Takziah kak 😭😭😭

    ReplyDelete
  4. Salam takziah. Al Fatihah. semoga ditempatkan dikalangan org yang beriman.

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar! Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun...salam takziah buat akak dan kawan2 juga keluarga arwah...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah