Friday, November 8, 2019

Resepi Bergambar Kari Kambing Suriaamanda

Langkah-Langkah Memasak Kari Kambing Versi Suria Amanda...


Lama tak makan kari kambing...teringin Dan bukan SAsorang je teringin..Abah pun Sama..Mak for sure tak leh makan la kan..kelmarin x tau la semangat betul masak..Dan kali ni berjaya masak kari kambing sedap Sama macam Mak masak..sebenarnya ini entry lama SA tau...nampak sendu je entry ni so SA up semula la...tengah mood merudum tak tahu kenapa ni...elok SA publishkan semula kan...Tengok entry ni tiba- tiba keinginan nak makan kari kambing tu muncul...alahai..ko jangan mengada sangat boleh tak SA...

Jom SA share version SA masak ngan korang...Eleh..korang pun sure lagi terror masak kari kan..especially yang orang utara tu....


4 sudu besar cili kering, 4 sudu besar kari daging adabi, 2 pelepah daun kari poole, 2 batang kayu manis, 4 biji bawang kecil, 5 biji bawang putih, halia dan kunyit hidup ditumbuk, 2 ketul bunga lawang, 3 ketul bunga cengkih, 3 ketul buah pelaga..semua bahan ni dicampurkan dan ditumis sampai naik bau dan terbit minyak...


Masukkan daging kambing dan tulang gearbox kambing tu..gaul dan biarkan mesra dengan rempah2 tu semua


Masukkan kentang dan gaul lagi..biarkan daging Betul2 kecut..kacau sentiasa supaya bahagian bawah x hangit


Masukkan santan dan sedikit air asam jawa, kacau selalu agar tidak bertahi minyak..kalau agak pekat campurkan sedikit air masak


Perasakan garam dan biarkan mendidih, masukkan sudu besi 2 batang untuk daging cepat empuk..


Dah siap....Dah boleh makan dengan nasi panas,roti,roti canai, roti prata atau apa sahaja ikut selera korang..


SA makan sikit je tau...hahaha...tak berani makan banyak..amik pun part daging je..part lemak tolak tepi..part gearbox kambing pun tak makan...takut plak naik tekanan darah tinggi..dah la tak sihat betul lagi...kalau dah sihat pun memang tak makan kot..sebenarnya dalam dunia perubatan kambing takde salahnya dengan tekanan darah tinggi..tak tau la maybe sebab kebiasaan orang cakap makan kambing naik darah tinggi dan ayat tu jadi sebati dalam ingatan...sebenarnya kalau kita hantar maklumat macam tu ke otak..otak akan simpan dan digest tentang fakta tu dan terus menjadi kelaziman. Lagi satu sebab percaya cakap- cakap orang kan...pokok pangkalnya terpulang pada diri sendiri mengawal pemakanan...boleh makan..tapi jangan lupa diri...

Selamat mencuba ye korang...


25 comments:

  1. sedap nyer kak oiiiii terliur pulak dahhh nee...dapat makan dengan pulut kuning sedap nyerrr

    ReplyDelete
  2. Ni kalau nampak ke ayah ena, sure dia suruh ena belajar masak dengan akk.. hahaha.. dia suka kambing kari

    ReplyDelete
  3. wow.. makanan feveret ni..
    nampak sedap kari tu..

    ReplyDelete
  4. Tak pernah masak kari kambing sendiri akak ni AS..
    tengok sedap pulak kari kambing AS ni :)

    ReplyDelete
  5. fav anak bujang kite .. mak pak tak mkn kambing tp anak bujang mkn ....
    sedap ni kak

    ReplyDelete
  6. wah! teruja tengok gearbox kambing tu...penuh dgn sum2 yg yummy...


    dik ape kabo dgn mak ? sabar ye banyak2...ujian di bulan penuh keberkatan ni...besar ganjaran nye...sama2 doa moga mak adik di beri kesembuhan...doa di akhir2 ramadhan ni selalunya makbul...mudah mudahan :)

    ReplyDelete
  7. Tak pernah masak kambing lagi walaupun favorite kita..

    ReplyDelete
  8. terbaikk la SA kari kambing...favorite ni...macam-macam boleh dimakan dengan kari kambing ni kan

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing.. nanti nak cubalah..

    ReplyDelete
  10. takpernah makan kari kambing tapi kambing bakar makan haha

    ReplyDelete
  11. kari yg wajib dipagi raya kalau kat rumah Ammi... kari kambing sedap kalau letak hirisan coriander leaves jugak. Wangi

    ReplyDelete
  12. bila tengok resipi akak ni nampak sedap je. tapi tuhlah kan sejenis dak mimi tak makan sebarang masakan kambing.

    ReplyDelete
  13. ya ampun, geramnya nengok kari kmbing akak ni... mesti sedap nih

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap tapi tak makan pula kambing :(

    ReplyDelete
  15. Sedapnya SA.. Kak Sue belum pernah masak kari kambing, nanti boleh lah refer resepi SA nie..

    ReplyDelete
  16. Tengok orang masak kari kambing nampak sedap tapi saya tak makan kambing plak

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah