Thursday, August 6, 2020

Terima Kasih Di Atas Kunjungan

Hi korang

Sabtu lepas bukan main happy lagi kakak Dania menerima kunjungan Ayah dan family dia. Ye la lama plak x jumpa kan...bukan dapat jumpa selalu..biasanya ada special occasion ataupun perayaan baru dapat jumpa. Bila Dania bg tau ayah dia nak singgah rumah kami pun buat la persediaan..SA mmg tengah masak masa tu..kebetulan Atuk Dania keluar pi kedai beli bahan-bahan buat mee goreng..so Mak Yang ditugaskan buat mee goreng while SA masak utk lauk dinner...memang rezeki diorang satu family la masa tu...

Bila SA up gambar ni kat FB ramai cakap bagus SA boleh layan family bekas suami datang rumah. Laaaa..x kan kita nak bermusuh kan..yang bercerai cuma SA dan bekas suami. SA dah boleh terima semua ni dari dulu lagi..dan SA dah memaafkan pun..benda dah lepas tak perlu dikenang dan elok move on je kan. Antara kami ada anak yang memerlukan perhatian. Gaduh pun tak guna kan..takde faedah pun...


Complete family Dania


Wife bekas suami SA..Mira


Orang Sabah bah....


Anak bongsu diorang si Awad...manja ni...


Anak sulung Si Syameemi


Yang no 2 Si Muhammad.

Ahamdulillah...

Dania dah ada complete family, dia pun ok layan adik-adik dia...adik- adik dia pun ok dengan dia..dengan SA pun diorang ok and panggil SA mama jugak...SA treat diorang pun macam anak sendiri and takde nak beza- bezakan...As long as Dania happy cukup la bagi SA.. Pada SA..walau pun jodoh SA dan Ex tak kekal lama, hanya setahun lebih ke 2 tahun macam tu...takde apa yang nak dimusuhkan...benda dah lepas...SA dah lama move on...Hak penjagaan Dania pun SA dah dapat kekal dia bagi masa lepas SA bangun dari koma. so takde apa yang nak digaduhkan dan hakikatnya kami tak pernah bergaduh pun...

Semoga pertalian yang indah ini kekal sampai bila- bila...semoga allah permudahkan buat kami..jangan ada suruh SA kembali pada Ex dah la...memang tak mungkin la jawapannya...hahaha...giler bila ada yg suggestkan macam tu....dikesempatan ini SA nak ucapkan terima kasih kat Ex SA dan family sebab sudi ziarah Dania dan mak abah. Seronok tengok Dania Seronok walau jumpa sekejap aje...

10 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah