Friday, March 8, 2019

Resepi Sambal Udang Versi SA

Hi korang..

Dah hari Jumaat dah hari ni kan...SA tak sabar nak cuti Jumaat minggu depan sampai Isnin, terus mood ke laut je..nak update apa pun kat blog jadi macam pemalas sangat..ramai jer yang tanya bab resepi..alahai...bukan tak nak bagi..tapi macam SA cakap tadi la...SA jadi pemalas sekejap...ini pun paksa rela ni tau...okey la tak nak cakap banyak..meh la SA bagi resepi udang sambal..just yang ni takde petai..kalau nak tambah petai silakan ye...

RESEPI SAMBAL UDANG



Resepinya

1/2 kg udang segar( buang hujung kepala sajork)
3 ulas bawang merah (kecil) - tumbuk
4 ulas bawang putih -tumbuk
2 labu bawang besar - Hiris
cili kering yang dah dikisar -ikut suka kepedasan
1 papan petai ( SA tak letak)
1 inchi belacan -tumbuk sekali dgn bawang td
2 sudu sos tiram
sedikit asam jawa
sedikit gula
garam

Cara memasak

1. tumis bahan yang dikisar dan ditumbuk hingga garing dan naik bau
2. masukkan udang
3.curahkan air asam jawa
4. masukkan sedikit gula, garam dan sos tiram
5. masukkan bawang
6. masukkan petai
7. kacau hingga rata
8. dah masak sedia utk dihidang

Petua : Sambal dah betul2 masak baru masukkan udang, jangan lama sangat nanti rasa fresh udang tu hilang..

Makan dengan nasi panas..fuhhh sedap.


17 comments:

  1. Sedapnyaaa. Banyak plak tgok org masak smbal udang 2,3 harini. Mcm nak kena masak jgak je ni huhu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Tak ada lauk lain pun ni dah cukup. Lagi satu sambal udang ni PC suka makan dengan roti canai.

    ReplyDelete
  3. Yummy! Memang sedap sambal udang.. LeYa oun dah lama tak buat

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak, saya masak lebih kurang sama dgn akk cuma sos tiram jarang pakai dalam masakan. Tak rajin beli hehe

    ReplyDelete
  5. sedap tu.. lamanya tak masak sambal udang kat rumah ni sbb ada 2 orang alergi gitu..

    ReplyDelete
  6. Mereciks! memikat tengok gambar sambal udang SA tu

    ReplyDelete
  7. ada petai tu yg tak tahan kak

    ReplyDelete
  8. udang ni kalau masak macam ni paling sedap. kedua masak asam keping. ketiga masak butter.

    ReplyDelete
  9. Makan dengan nasi lemak, alahai sedapnye

    ReplyDelete
  10. tempting nya... rasa lapar terus.

    ReplyDelete
  11. Fuyoo memang menyelerakan..

    boleh bertambah nasi nie

    ReplyDelete
  12. Petua SA tu memang sama sangat dengan petua Sk. Adehhh... Meleh ailio kita, hahaha

    ReplyDelete
  13. facvourite sangat sambal udang

    ReplyDelete
  14. aduss..akak ni buat saya lapar pagi2 ni. thanks sharing resepi kak..:)

    ReplyDelete
  15. puasa2 ni tgk gmbr masakan SA trus lapar hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah