Sunday, August 30, 2020

Resepi Daging Goreng Kicap Sedap Style SA

Hi korang...

Macam dah lama jer tak up pasal resepi kan...last week dapat banyak request resepi daging masak kicap yang SA share kat IG dan FB...ingat malas nak share sebab ye la resepi senang jer kan...semua pandai buat..tp SA ni jenis tak sampai hati..ilmu yang ada elok dikongsi bersama kan.Resepi ni rasanya paling senang dan bahan semua ada kat rumah..Daging kalau boleh korang guna jenis yang batang pinang sebab tak perlu goreng lama..kalau daging jenis yang block tu korang nak kena rebus lama sampai empuk kan..so dah bazir banyak masa kat situ..eh..ikut korang la nak masak macam mana pun kan...ye la last week kan sure korang dapat banyak daging korban...SA this week nak repeat lagi masak daging...kena habiskan cepat daging korban, fridge dah penuh dah tu...


Jom tengok resepi..


Bahan- Bahan


  1. Daging batang pinang 1/2 kilo - hiris nipis ( gaul dengan sesudu garam halus, tak perlu letak kunyit serbuk)
  2. Bawang putih - 3 ulas
  3. Bawang kecil - 4 ulas
  4. Halia - 2 inci
  5. Sos Tiram - 2 sudu besar
  6. Kicap manis  - 3 sudu besar
  7. Kicap masin  - 1 sudu besar
  8. Cili Padi-10 biji - potong 2
  9. Bawang besar - 1 labu - dihiris
  10. Mixed herbs  - 1 sudu teh
  11. Lada Hitam  - Satu sudu besar ( tumbuk kasar)
  12. Bahan 2-3 tumbuk kasar


Cara - Cara Masak

  1. Gunakan kuali pan ( frying pan), goreng daging batang pinang dalam 15 minit dan ketepikan
  2. Gunakan kuali yang sama tumis bahan 2-4, tumis sampai naik bau
  3. Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap masin
  4. Masukkan daging yang telah digoreng td gaul sekata
  5. Masukkan Mixed herbs dan lada hitam, gaul sekata
  6. Masukkan bahan 5 dan 6
  7. Biarkan seketika
  8. Tutup api dan sedia dihidang
  9. Kalau nak daging masak kicap kering tak perlu tambah air..SA suka garing macam ni sebab daging tu juicy..so...kepada yang nak cuba Daging Masak Kicap style SA boleh la cuba ye...dah cuba nanti share tau...hehehe....


Selamat Mencuba!!!!

12 comments:

  1. senang juga nak masak daging goreng kicap. nice sharing sis :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. sedapnya..baru plan nak masak daging masak kicap ni esok. boleh la try resepi ni pulak :)

    ReplyDelete
  3. Sedap tu masak daging masak kicap. Lagi lagi daging batang pinang.

    ReplyDelete
  4. looks yummy!
    samala, sy pun da lama x share resepi dekat blog, mood memasak kelaut haha

    ReplyDelete
  5. Tak payah makan nasik
    Ratah aje pun boleh habis sepinggan

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.. nanti nak buat juga lah ada lagi daging korban hari tu..

    ReplyDelete
  7. yang cemni makan nasi bertambah2 ni.. dap !!

    ReplyDelete
  8. I selalu fail bila masak daging, asyik liat ja huhu. Padahal i suka makan daging, bila laa nak pandai masak daging ni hehehe

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaa, tahun ni tak dapat daging korban..sebab COVID agaknya..housemate je bawak balik dari kampung..

    ReplyDelete
  10. sedap nyaa nampak. nantinnak cuba la. terimakasih share SA :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah