Friday, August 24, 2018

Nivea Anti - Perspirant Invisible Black & White Pilihan SA

Hi korang...

Hari ni kan...SA mati- mati ingat hari Selasa...rasa macam semalam masuk kerja hari Isnin..hahaha...haaa..jangan nak gelak eh...tau la korang kat kampung lagi tengah mengerjakan daging korban...ni nak bagi tau ni...pagi tadi sebelum pi sembelih lembu dan melapah daging tu pakai tak deodorant?Haaa....kang berpeluh- peluh cik keti tu...tak selesa plak kang.....SA kalau sehari tak pakai memang rasa tak lengkap hidup..walau kadang ada bau pada orang lain tapi rasa macam badan kita sendiri pula yang berbau kan...

Meh sini SA nak citer sikit pasal Nivea Anti-Perspirant Invisible Black & White ni..produk penjagaan diri dari Nivea ni memang menjadi pilihan SA. Kira all time favorite la ni...kalau dalam sehari tak pakai deodorant rasa macam tak lengkap..sama juga macam pelembab muka atau apa aje rangkaian mekap yang menjadi rutin sehari- hari...kang ada plak mulut- mulut bawang cakap..ehhhhh....muka cantik...ketiak bau...haaa...kita tak nak la sampai jadi macam tu kan...adakala setengah badan orang memang tetap berbau bukan sebab peluh tetapi sebab perubahan hormon atau pun sebab penyakit...part ni bahaya sebab akan menyebabkan ketidakselesaan apabila berada dalam kelompok ramai orang..






Kenapa SA suka dengan deodorant Nivea Anti -Perspirant Black & White ni?

Benda pertama SA suka dengan Nivea Anti Perspirant Black & White ni cepat meresap dan semestinya tidak melekit. Ia menawarkan perlindungan anti peluh 48h yang boleh dipercayai dan memberikan bau segar dan bersih yang tahan lama.. The best part is ia merupakan produk anti-perspirant pertama dari NIVEA yang melindungi kedua-dua pakaian hitam & putih dari kotoran deodoran. Kadang- kadang pakaian kita meninggalkan kesan kuning di bahagian bawah lengan nak plak kalau baju warna putih kan..ha...dengan Nivea Anti Perspirant Black & White ni pakaian korang akan terjamin bersih.Ia melindungi daripada kotoran pada pakaian. Hitam tetap hitam dan putih tetap putih lebih lama.

Ucapkan selamat tinggal kepada perasaan tidak selesa setiap kali korang melihat jalur putih yang menyakitkan hati atau pada noda hitam dan kuning pada pakaian putih korang...jom kita bertukar kepada Nivea Anti Perspirant Black & White ni....tak perlu lagi menyental pakaian putih korang kalau ada kesan kuning yang menjengkelkan...hahahaha...

Dapatkan segera di farmasi berhampiran korang...

16 comments:

  1. suka jugak yang ni! semua deodorant nivea sha suka hahaha tak kisah la yang men ke women ke :p

    ReplyDelete
  2. Saya memang pakai nivea kak. Tapi xpernah lagi cuba yang ni. So boleh cari utk next collection pulak.

    ReplyDelete
  3. wah saya pakai yang ni sekarang. saya pun suka pakai ni. by the way, saya dah letak blog ni dalam bloglist di sidebar blog saya. suka sangat dengan blog ni

    ReplyDelete
  4. Seriusly cakap, Sis tak boleh pakai Nivea ni, ketiak jadi hitam, serasi dengan Rexona aje..huhuhuhu Nivea bau dia wangi sikit..tp tulah Sis tak boleh guna :(

    ReplyDelete
  5. tERBAEK. Wangi produk ni..

    ReplyDelete
  6. Kak Sue pun pakai Nivea nie SA..

    ReplyDelete
  7. Nivea mmg ok bau dia. just nice.

    Jemput singgah sini

    ReplyDelete
  8. Wow ni terbaharu dari nivea yea... bagus la nak try juga nanti Bonde memang guna nivea deodorant

    ReplyDelete
  9. Nivea memang terbukti terbaeekkk... Walaupun LeYa bukan sejenis badan berbau.. Kadang² leya pakai juga untuk keselesaan kepada semua..hehe..

    ReplyDelete
  10. Nivea memang best...saya pakai nivea hat utk whitening tuh memang menjadi...ala lupa pulak namanya

    ReplyDelete
  11. penah cuba brand Nivea. oakayla not bad.. antara brand pilihan ramai dari dulu =)

    ReplyDelete
  12. Mai memang guna yang ni.. bau pun wangi, yang penting takde kesan putih melekat pada baju

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. Best kan nivea ni kak sa. Bau dia pun wangi. Tak bau kuat sangat.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah