Thursday, August 9, 2018

Menu Istimewa Weekend Minggu Lepas..

Hi korang...

Macam dah lama je SA x share menu memasak kan..resepi pun dah lama tak buat..maklumlah kekangan masa..entry ni ni pun SA buat masa dalam MRT nak pergi kerja, karang apa yang patut dan idea penceritaan yg nak disampaikan..ye lari Sungai Buloh station agak lama juga  nak menyampai ke Muzium Negara Station kan..dari lelapkan mata baik SA buat sesuatu yang berfaedah..nanti dh sampai office sibuk dengan tugasan hakiki kan...payah plak plak nak belek blog...SA mula2 decided nak delete jer gambar ni semua dari dalam gallery tapi macam sayang plak sebab dah share kat IG dan FB kan..nanti boleh rujuk kat sini kalau dah tak tau nak masak apa..ye tak?SA suka jer share at least membantu korang jugak kalau tiba- tiba buntu tak tau nak masak apa...

Eh membebel je...moh ler kita tengok gambar..awas jangan sampai terliur ye...kalau rasa air liur dah nak meleleh tu sediakan tisu tau...


 Ikan patin  Masak Tempoyak


Udang galah Sarawak masak lemak cili api


Daging masak kicap


Ayam goreng untuk anak-anak

MENU AHAD


Ayam Gereng Berlada


Pekasam Daging

Sebenarnya lauk Ikan patin masak tempoyak tu dan Udang Galah Sarawak tu adik SA mommy si Dida yang masakkan..Sabtu tu SA dah penat sangat sebab pagi-pagi dah pergi majlis nikah adik sepupu kat Melaka..balik dari Melaka pi hospital Tuanku Najihah kat Kuala Pilah tengok Mak Long SA yg sakit teruk..so malam tu dia offer nak masak..SA apalagi memang macam orang mengantuk di sorong bantal la..seronok sangat rasanya cuti masak dan SA hanya ditugaskan untuk lipat kain jer..boleh laa kan..janji tak yah masak. Selalu sangat masak sampai rasa dah penat sangat walau memang SA suka memasak..tapi untuk Sabtu tu aje la..esoknya Ahad SA masak la macam biasa..cuma menu tengahari tu SA x ambil gambar..sebab lauk pauk repeat dan pernah share kat blog sebelum ni..then x payah la SA share kan..nanti orang cakap SA pandai masak tu je plak kan...Ahad tu SA masak ikan tilapia bakar, Sup Ayam , Ayam Berlada dan Pekasam Daging...simple jer..

So weekend ni kalau korang takde idea nak masak apa, boleh la tengok menu kat atas tu..mana tau boleh bagi idea cuma takde resepi la..heheh..Sabtu nanti SA kena jadi Masterchef untuk lauk pengantin. Majlis bertandang pulak di pihak pengantin lelaki iaitu sepupu SA sendiri..Tugas berat jugak tu sebenarnya...nasib SA ada beberapa orang assistant nanti..pagi- pagi subuh SA nak kena pergi pasar besar...sure penat giler..nanti SA share la eh..Majlis akad nikah kat melaka tu pun SA x share lagi..aduhai....tapi takpe..nanti SA share jugak la satu persatu cuma backdated jer la...

Jumpa lagi korang next entry...

17 comments:

  1. Masak tempoyak tu, nampak sedap. Taip pun telan-telan air liur ha. Nampak sodap semuo lauk tu SA.

    ReplyDelete
  2. pekasam daging tk pernh mkn..biasa mkn ikan ...sedap tgk udang galah ngan ayam goreng berlado tu

    ReplyDelete
  3. Ya Rabbi... rasa nak menitik tap tap airliur tengok gambar lauj pauk, terutama patin masak tempoyak tu...

    ReplyDelete
  4. haish..tgk gambar ni perut trus berkeroncong tambah2 gambar udang tu. Aduss..meleleh ayaq liur tgk..:)

    ReplyDelete
  5. Aduhhh. Sedapnyaaa makanan ni semua kak suria... lagi-lagi udang tuuu...

    ReplyDelete
  6. Semua nampak sedap dan menggugat iman menu akak ni. Arghhh, ni kalau duduk sekali dengan kak SA mahu berat saya naik mendadak ni, asyik makan saja kerjanya. Nak nak.ada lauk.amsak tempoyak tuh..favouriteee

    ReplyDelete
  7. Alahai kak SA... Mehlah berjiran dengan Sha.. Boleh menuntut ilmu memasak.. sedap-sedap lauk dalam gambar nie.. Adoi...

    ReplyDelete
  8. lauk patin ngan lauk udang galah tu yang buat akak ngences ni. Aduh sib baik baru lepas makan tengahari.

    ReplyDelete
  9. aduh, sedap-sedapnya semua. boleh cedok idea untuk masak ni :) TQ SA

    ReplyDelete
  10. alahaiii...mmg bertambah bambam kalau akak masak mcm ni..tengok pun dah terasa lapar

    ReplyDelete
  11. special nya menu die..bnyk la tu. ida kalau masak kadang paling bnyk 3 lauk je..kdg 1 je..hahaha

    ReplyDelete
  12. Nampak sesedap semuanya.
    Pencen nanti bolehlah bukak restoran.

    ReplyDelete
  13. Macam biasa lauk pauk kat blog SA nie memang sedap-sedap belaka..

    ReplyDelete
  14. Pekasam daging tu menarik perhatian.. ;)

    ReplyDelete
  15. baru ahad lepas MN makan Ikan patin Masak Tempoyak nie...masih tak boleh nak move on ..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah