Tuesday, August 28, 2018

Kenduri Tahlil Arwah Mak Long Di Seri Menanti Kuala Pilah N.S

Hi korang....

Sabtu lepas SA balik kampung...malam tu nak buat kenduri arwah Mak Long..diam tak diam dah 2 minggu Mak Long tinggalkan kami...kesedihan masih menyelubungi tapi hidup mesti diteruskan..ingatan pada arwah tetap ada...takkan hilang malah kukuh terpahat di hati..sampai Mak Lang terlupa baru- baru ni..Pak Long datang rumah dia..siap Mak Lang tanya..."Abang datang sorang je ke..apa x bawak Kak Long sekali"hahaha..amenda la Mak Lang buat lawak plak...lepas tu dia tepuk dahi cakap dia terlupa..takpe la..adakala kita terlupa sebab dalam ingatan masih ingat arwah ada..

Alhamdulillah kenduri berjalan lancar..masakan dimasak bersama- sama dengan jiran kampung..jemputan pun tak ramai cuma jiran berdekatan dan jemaah masjid..masakan yang kami masak memang masakan kampung..sementara tu jom SA share gambar yang sempat SA snap


Sebelum masuk simpang ke Seri Menanti akan nampak sawah padi di sebelah kiri..cantik subur menghijau...


Jom buat kerja...amik gambar jer...


Terung


Belimbing buluh


Buah langsat yang Pak Lang petik dari pokok...giler tinggi pokoknya...


SA merayau belakang rumah terus jumpa pokok cempedak yang berbuah lebat..the best part buahnya masak di pokok..


Makcik jiran kat kampung tengah tumis terung masak kari..


Lauk terung hampir siap

Lepas tu pakcik dan adik sepupu plak nak bakar perut muda lembu yang diorang dapat masa sesi korban kat masjid raya korban ari tu...banyak gak diorang dapat..terus pakcik marinate dulu...lilitkan kat buluh dan bakar..Dania teruja..terus join sekaki walau dia x makan pun perut muda tu...SA makan la sebab sedap kan..tak sempat nak buat air asam...habis licin...


Ready untuk dibakar...bau macma satay...sedap betul


Dania teruja nak bakar..aktiviti rare macam ni dia suka la..jangan x percaya dia suka ikut atuk dia masuk hutan tepi rumah tu..ikut cari buluh la..macam- macam la..actually tepi tu dah jadi hutan dan ada rumah kampung lama kami masa arwah atuk masih ada..dah roboh dah pun rumah tu...


Dania dengan Pak Su dan Atuk Su dia yang berseluar biru tu


Atuk mengajar cucu la ni...


Sedap betul bau dia masa ni...


Masa ni nak masak dah...


Masih teringat2 kesedapannya...



Sedapppppp


Lauk Daging Salai masak lemak cili api campur belimbing buluh


Ikan masin goreng


Ayam goreng


Terung masak rempah


Antara tetamu yang hadir


Jemaah masjid..


Alhamdulillah ramai juga


Sayangnya SA tak dapat tunggu sampai majlis selesai sebab nak kena balik...pukul 9 malam SA dah balik dah...sebab mak nak kena cuci buah pinggang kan...tapi alhamdulillah semua selesai lepas kami balik..sempat la bungkus lauk juga sebagai bekalan...

Selesai majlis kenduri tahlil untuk arwah mak long...semoga doa kami sampai pada arwah..semoga arwah aman damai tenang di dunia barunya...kami yang masih ada di dunia ini akan meneruskan kehidupan seperti biasa dan tetap menitipkan doa buat arwah....

Al Fatihah...

12 comments:

  1. perhhhggg lomak daging salai tu mengancam gila.. rindu rasanya nk mkan daging salai yg uwan masak (nenek) sedap dia lain maciammmmm...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Semoga arwah tenang di sana kak.

    Adoi ngences tgk daging salai dengan belimbing tu.

    ReplyDelete
  3. Salam takziah untuk sis dan family..

    ReplyDelete
  4. Lauk-lauk kg juga yg sedap klu buat time kenduri...
    Alhamdulillah..semua berjalan dgn lancar...
    Al fatihah tok maklong akk...
    Salam takziah dr nieyl

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah selesai sudah kan.. buat ramai - ramai macam ni seronok jugak..

    ReplyDelete
  6. bestnya ada kenduri kenduri macam ni, dapat kumpul ramai ramai gotong royong memasak.

    ReplyDelete
  7. uhuiii kak...sodapnya lauk. Selamat Hari Raya Korban kak

    ReplyDelete
  8. salam takziah... mesti rasa sunyi bila salah sorg dh takda

    ReplyDelete
  9. alfatihah utk arwah maklong SA....lapar tgk menu2 time tahlil tu...yummmyyy..perut muda bakar tu...dapnye

    ReplyDelete
  10. Salam Takziah SA.. sedapnya lauk kampung..

    ReplyDelete
  11. Salaam takziah untuk kak SA seluarga. Gulai lemak dengan terung masak rempah tu nampak menyelerakan sangat kak SA. Tak pernah try lagi makan perut bakar macam ni, selalu masak berlada pedas pedas. Hehehe. Next time boleh try.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, majlis selesai dengan jayanya. Salam Takziah kak.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah