Pasta Prego Buddies diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli bagi membantu ibu yang sibuk menyediakan hidangan pasta yang berkhasiat serta menyeronokkan untuk anak-anak dalam hanya 10 minit
From left celebrating the Launch Of Prego Buddies for kids, celebrity host, Jihan Muse, Prego Buddies Mascots, Buddies, Michelle Nunis, Marketing Director Campbell Soup Southeast Asia, Scha Al-Yahya and daughter Lara Alana, Danish Harraz, Freddie Wong Marketing Manager-Pasta Category Southeast Asia, Gan Mei Yan and son Jo and BoboiBoy from the popular Malaysian Animation Series
Lebih sedekad lamanya, Prego telah memenuhi citarasa keluarga dengan menawarkan pelbagai jenis sos pasta dan pasta kering. Prego kini teruja untuk mengembangkan lagi rangkaian pasta kering keluarannya dengan memperkenalkan Prego Buddies, khas untuk si cilik yang menggemari pasta serta bagi memenuhi keinginan para ibu untuk menjadikan masa makan anak-anak mereka sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan. 
Prego mengembangkan lagi rangkaian pasta kering keluarannya menerusi inovasi dan kini dengan mengutamakan keperluan kanak-kanak, pakar pasta ini kini sedang berusaha untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh para ibu dalam menyediakan hidangan enak serta lengkap yang dapat memikat selera anak-anak mereka ketika makan. Kebanyakan ibu bersetuju bahawa anak-anak mereka cerewet dalam memilih makanan dan tidak mahu masa bermain mereka diganggu ketika makan. Dengan adanya Prego Buddies, para ibu hanya memerlukan 10 minit sahaja untuk menyediakan beraneka jenis hidangan pasta dengan penuh kasih sayang dan boleh disediakan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan sos pasta Prego atau menambah beberapa ramuan tambahan, memastikan si cilik sentiasa gembira.
"Sebagai  seorang  ibu,  saya  sememangnya  amat  memahami  cabaran  untuk  memastikan  anak-anak kita  menghabiskan  makanan  serta  memakan  sayur-sayuran,  terutama  sekali  bagi  anak-anak  yang  berusia  antara  3  hingga  12  tahun.  Kini,  dengan  Prego  Buddies,  para  ibu  dapat  menyediakan  hidangan  yang  mengandungi  khasiat  sayuran  dan  menjadikan  masa  makan  mereka  lebih  menyeronokkan.  Prego  turut  membantu  para  ibu  agar  lebih  kreatif  dalam  menyediakan  hidangan  bertemakan  barat  atau  tempatan  untuk  si  cilik  dengan  resipi  hidangan  pasta  menggunakan  Prego  Buddies  serta  beraneka  pilihan  sos  pasta  Prego," tambah Michelle.
|  | 
| As easy as 1-2-3, Danish Harraz self-taught kid baker and cooking enthusiast, showcasing one of the two recipes he created using Prego Buddies called Chicken Cheese Buddies, while Scha Al-Yahya and Gan Mei Yan trying out with their kids | 
Pada  majlis  itu,  Danish  Harraz  yang  baru  berusia  sebelas  tahun  turut  mempamerkan  bakatnya  dalam  bidang  masakan  dengan  menyediakan  salah  satu  daripada  dua  resipi  ciptaannya  yang  menggunakan  Prego  Buddies  dan  sos  pasta  Prego.  Apa  yang  pasti,  hidangan  Buddies  Ayam  Keju  hasil  air  tangannya  itu  telah  mendapat  sambutan  hangat  dari  kalangan  para  selebriti  serta  media  yang  dijemput  ke  majlis  berkenaan.
"Saya  sememangnya  sudah  lama  meminati  Prego  dan  merasa  amat  gembira  kerana  diberi  peluang  untuk  mencipta  resepi  saya  sendiri  menggunakan  Prego  Buddies.  Pasta  berkenaan  membolehkan  anda  menyediakan  hidangan  yang  mudah  atau  mencipta  satu  resipi  yang  sangat  kreatif.  Kedua-dua  resepi  yang  dicipta  oleh  saya  itu  boleh  disediakan  dalam  masa  yang  singkat  dengan  menggunakan  beberapa  ramuan  yang  mudah," ujar  Danish. 
|  | 
| Prego’s exclusively invited guests and bloggers creating simple to prepare recipes with Prego Buddies | 
|  | 
| Prego’s exclusively invited guests and bloggers creating simple to prepare recipes with Prego Buddies | 
Para  penggemar  pasta  boleh  mendapatkan  resepi  istimewa  hasil  ciptaan  Danish  iaitu  –  Buddies  Ayam  Keju  dan  Cucur  Ayam  Buddies  di  www.pregobuddies.com.  Para  ibu  dan  anak-anak  boleh  mendapatkan  inspirasi  untuk  mencipta  resipi  mereka  sendiri  di  laman  sesawang  berkenaan  sementara  anak-anak  menerokai  aktiviti  menyeronokkan  bersama-sama  dengan  Buddies. 
Prego  Buddies  didatangkan  dalam  dua  varian  berbeza  iaitu  pasta  bertemakan  bentuk  sukan  dan  angkasa,  sesuai  untuk  kanak-kanak  berusia  tiga  tahun  ke  atas.  Ia  diperbuat  daripada  serbuk  bayam  dan  tomato  asli  serta  boleh  didapati  dalam  pek  200g,  pada  harga  runcit  yang  dicadangkan  RM  2.35.  Pengenalan  pasta  untuk  kanak-kanak  itu  ke  dalam  rangkaian  produk  sos  pasta  dan  pasta  kering  Prego  bakal  memenuhi  kehendak  serta  citarasa  pengguna  yang  lebih  luas.  Semua  produk  tersebut  boleh  didapati  dengan  mudah  di  seluruh  negara.  Dapatkan  beraneka  resepi  yang  mudah  serta  enak  untuk  disediakan  di  www.pregobuddies.com.







Rasa yang bukan kanak-kanak pun teringin nak makan prego buddies tu
ReplyDeleteseronok dapat attend event masak-masak bersama prego, bonde pon ada beli sepeket tapi tak masak lagi.. rasanya sedap tak SA
ReplyDeleteMenarik... Kanak-kanak lebih seronok untuk makan penuh selera dengan adanya pasta prego yang berkhasiat ini..
ReplyDeleteUish.. Bestnya.. Nak carilah.. Mesti anak-anak suka ini..
ReplyDelete