Monday, August 27, 2018

Aktiviti Merewang Untuk Majlis Sambut Menantu Masih Diteruskan Di Kampung

Hi korang...

Punya lama terbengkalai update wedding cousin SA ni ha...macam-macam hal lately...dengan sibuk kerja..dengan event..dengan melayan family dan dan anak..tapi takpe..SA ada lapang sikit ni bleh la sambung part mana yang tertinggal..kampung korang masih amalkan aktiviti merewang?haa..untuk majlis sambut menantu sebelah SA 11 August yang lepas...memang masih mengamalkan aktiviti merewang dimana kebanyakkan orang tua-tua kat kampung datang bergotong royong buat macam-macam tugasan..ikutkan agak leceh sikit la kan sebab rumah berkecah..tapi orang kampung kan..masa ni la nak berkumpul beramai-ramai mengeratkan silaturrahim..

Alhamdulillah gotong royong berjalan lancar .lembu seekor ditumbangkan untuk kenduri sambut menantu ni..no catering-catering at all..orang kampung je masak..SA x ketinggalan membantu apa apa yg patut..dan SA balik sebab nak siapkan bahan-bahan untuk uauk pengantin..SA ditugaskan untuk amim tender lauk pengantin..nebes iolls tau..bukan apa..lama gak x asah skill masak lauk pengantin..adik2 SA semua dh kahwin..memang lama la x masak lauk pengantin...

Jom la kita tengok gambar dulu


Sampai-sampai je org tgh siang daging lembu


pakcik2 ni semua gigih berkerja..seronok je kan..tgok saling bantu membantu


part ni SA mmg suka tgok..ada plak yg pelik SA duk amik gambar


cuaca panas..gambar pun jadi silau


kaum ibu yg sedang membawang..eh..potong bawah..siapkan bahan rencah



Organ dalaman ni SA gunakan untuk masak lauk pengantin..tp x semua la..


Abah tolong SA siangkan daging


SA potong hati lembu


x habis lagi pakcik..


hepp...buat keja..jgn membawang...


ni yg best kenduri kat kampung....sekampung keluar membantu..ada plak yg melatah....memang riuh...


ikut hati nak sama tolong potong daging...tp dh keja org lelaki kan




Abah SA kerjakan kepala lembu


masa ni diorang tgh kecutkan daging bagi empuk..senang esoknya nak masak kari...seekor lembu dapat 3 kawah lauk kari..


Amboi mak..jadi pemerhati nampak..


Paksu SA tgh goreng ikan


Bunga telur dengan telur itik


Khemah warna merah putih


Bunting pengantin..


pelamin...

Ini cerita petang merewang...malamnya ada kenduri doa selamat sikit dan SA balik ke Seremban semula pukul 9 malam..mak nak cuci buah pinggang...macam tu la kami..memang x boleh nak tido kat kampung macam dulu-dulu..sehari mak kena cuci buah pinggang  3 kali...so SA pun pun balik dan berehat sebelum beraksi pagi esoknya...subuh SA dh bangun nak pi beli bahan basah kat pasar ..so malam tu tido awal...nasib baik bahan2 SA dh siapkan petang tu...tinggal nak beli udang, sotong,ayam dan ikan siakap...

Kita sambung next entry ye...

5 comments:

  1. sukanya tengok orang merewang! belah kampung sha pun dah jarang ada rewang ni, banyak catering je tapi belah bf sha (stay nogori) asyik merewang je haha

    ReplyDelete
  2. best kan rewang..buat kerja ramai2..kejap jer siap..hihi.. dapat gk membawang skit2..kihkih

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaa...Lama tak join aktiviti merewang ni..
    Kalau dulu duduk tempat rumah lama, selalu join, kena pindah sini, dah takde plak rewang-rewang macam ni, taunya datang jemputan dan makan ....

    ReplyDelete
  4. Dekat kampung masih amalkan tradisi merewang kak. Ssh nak jumpe katering.. Sy suka majlis yg ada rewang. kerjasama penduduk kg, gotong royong. dr sblum majlis smpailah selepas majlis. Skrg ssh nak dpt sesi merewang terutama dekat rumah taman & bandar

    ReplyDelete
  5. Seronok sangat bila rewang macam ni. Kita orang pun kalau kenduri tak pernah guna katering. Masak sendiri lagi puas hati kan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah