Friday, August 17, 2018

Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

Pengasas Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura Menjelang Pertengahan Ogos 2018


“Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.



Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak kehadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka. 



“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp. 



Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz. 



Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa. 



Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”. 

MEET THE MEN BEHIND FLOWER CHIMP




Maximilian Lotz
Chief Executive Officer, Flower Chimp

As the Chief Executive Officer of Flower Chimp, Maximilian is responsible for running all facets of the business across Flower Chimp’s four markets. Maximilian has an established track record in the e-commerce space from heading the Malaysia business of hear.com, an world-leading vendor of hearing aids. Prior to that, Maximilian gained vast experience investment banking & venture capital.

Maximilian graduated with a B.Sc. in Business Administration from Maastricht University (Netherlands) and Bocconi University Milan (Italy)


Niklas Frassa
Chief Operating Officer, Flower Chimp 

As the Chief Operating Officer of Flower Chimp, Niklas is responsible overseeing operations across departments in Flower Chimp’s four markets. Niklas' background is in management consulting, where he among other roles acted as a project leader for the leading management consulting firm in Germany’s media industry. Furthermore, he gained vast e-commerce experience during stints in Malaysia, Singapore and Indonesia with Southeast Asia’s leading online fashion company, Zalora.

Niklas graduated with a M.Sc. (CEMS) in International Management from Rotterdam School of Management (Netherlands) and a B.Sc. from WHU - Otto Beisheim School of Management (Germany).


Hubungi : 

Flower Chimp di Malaysia 
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Instagram: @flowerchimp.ph


23 comments:

  1. Wow....bunga cecantik kat sini SA. Siapa yang nak bagi bunga kat kita ni. Nak beli bunga masa kini beli melalui talian je. Unlike last time kita beli kat kedai kan....masa dah berubah.

    ReplyDelete
  2. pantas Flow Chimp ni berkembang..servis hantar bunga sebegini memang ada permintaan setiap masa kan

    ReplyDelete
  3. Wah.. Bestnya ada perkhidmatan macam nie.. Order, bayar dan bunga pun sampai..

    ReplyDelete
  4. Uiisshhhhh cantiknya gubahan bunga2 tu.. Liez suka jugak tapi dapat bunga tulip lagi suka2.. actually gubahan bunga mmg dh me dapat tempat utk yang nak buat suprise ke or as gift sbb cantik dan mudah

    ReplyDelete
  5. Tahniah Flower Chimp. Memang cantik lah semua bunga2 tu kak. Best kalau dpt satu.

    ReplyDelete
  6. Suka rose putih tu! Nampak cantik sangat bila dah jadi sejambak camtu. Tapi, kita tak pernah lagi dapat bunga dari sesiapa hahahah. Bila nak dapat surprise nii.

    ReplyDelete
  7. Cantik-cantik pilihan bunga kat sini kan SA..

    ReplyDelete
  8. Cantiknya bunga ros. Syira suka bunga ros. Bagus ada perkhidmatan macam ni. Senang nak beli bunga. Nak surprise orang istimewa

    ReplyDelete
  9. Bouquet bunga dia cantik2 lah kak kan

    ReplyDelete
  10. Senang betul dah sekarang kalau nak hadiahkan bunga pada seseorg. Bila dah senang cam ni..harap2 adalah yg sudi kirim bunga pada sis..sis tunggu2 gak ni..:D

    ReplyDelete
  11. Bestnya kalau dapat bunga kat sini. Semua ya cantik2 harga dia pun not
    Bad xderla mahal sangat. Diharapkan ada lagi pkej2 best kat sini

    ReplyDelete
  12. cantik bunga dia..seluruh melaysia dia hanatr..bagus giler..penghantaran percuma pulak tu..semua bunga lawa-lawa..

    ReplyDelete
  13. bestnyaaa lahai kalau dapat munge2 cantik cemni. sengih manjang =D

    ReplyDelete
  14. Wow cantiknya bunga ni hehehe best kalau ada orang hadiah kat kita hari jadi ini untuk kita hehehe nak kasi kat orang istimewa tak ada lagi hehehe kita pun suka bunga segar macam ni bestnya...

    ReplyDelete
  15. Wanita dan bunga memang tak dapat dipisahkan... Bestnye lah kalau ada orang nak bagi LeYa bouquet bunga ni...Hehehe

    ReplyDelete
  16. Kalau orang dulu dah bagi perumpamaan kera mendapat bunga. Dalam bahasa orang putihnya flower chimp. Haha

    ReplyDelete
  17. Wow cantiknya koleksi semua bunga2 ni suka sangat tengok. Rasa macam nak satu ja . Nak hadiahkan dekat orang tersayang pun lawa

    ReplyDelete
  18. mudah nak beli bunga sekarang ni :)

    ReplyDelete
  19. mudah nak beli bunga sekarang ni :)

    ReplyDelete
  20. Sweetnya kalau dpt bunga mcm ni..tpu tu la husband x romantik..apa boleh buat

    ReplyDelete
  21. Dapat bunga masa hari istimewa memang gembira, cuma bunga ni tak tahan lama kan

    ReplyDelete
  22. Snang dah sekarang boleh orde online je

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah