Friday, October 5, 2018

Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 (3 bulan).


Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.

Bagi menggalakkan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 dengan hanya membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my. Sesi penyampaian hadiah kepada 60 jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti.

Antara objektif lain kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah SeriGroup Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi dan Pengarah Bersama SeriGroup Global Sdn. Bhd., Encik Muhammad Khalif Samsudin.

Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta.

SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:

Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar. 

”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat"


29 comments:

  1. Baru last week nieyl check zakat tahunan nieyl dkt website ni...
    mudah je,xperlu lagi kita kira sendiri...sistem tolong kirakan..

    ReplyDelete
  2. sambil zakat boleh menang hadiah tajaan.. waa... alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Jom la join kempen ni yang bakal berakhir 31 okt oiii.. Bole menang hadiahhhhh

    ReplyDelete
  4. Allahu.... Dengan bayar zakat pun berpeluang menang hadiah. Murahnya rezeki

    ReplyDelete
  5. kemain hadiahnya macam-macam betul, tapi sempat ke tidak nak join ni ek..asyik manjanng lupa jelah

    ReplyDelete
  6. Jom tunaikan kewajipan kita berzakat. Moga berkat pendapatan kita selama ni.

    ReplyDelete
  7. semakin mudah untuk buat pembayaran zakat secara online pun boleh nowadays internet dah melebihi jangkauan pembentengan.. harap bila penagihan semua yang tak mampu dapat merasai .:)

    ReplyDelete
  8. mcm2 adiah disediakan...sambil berzakat bole menang hadiah

    ReplyDelete
  9. great sharing here, can let my friends of this too. Now with Internet we can also search for more details.

    ReplyDelete
  10. Beberapa tahun ni memang lembaga zakat dah maju dengan sistem pembayaran secara online dan banyak promosi untuk memberi kesedaran kepada umat islam. Bagus sangat cara begini. Malah ada zakat drive thru lagi. Effort lembaga zakat memang dekat dengan kita, harap lebih ramai membayar zakat selain zakat fitrah pada bulan Ramadan. Ini kerana ramai orang miskin tidak berupaya yang masih memerlukan bantuan.

    ReplyDelete
  11. Nowadays makin senang dah untuk kita semua nak menunaikan pembayaran zakat kan, bagus betul adakan pelbagai kempen seperti kempen macam ni. Nak2 lagi boleh bayar terus online, mcm tu mmg lg mudah sbb skrg ni rata2 mmg gunakan online payment je bayar segala bil dan shopping, alang2 tu boleh jalan bayar zakat sekali hehe.

    ReplyDelete
  12. Sekarang lebih gampang bayar zakatnya ya. Teknologi sudah semakin canggih jadi apa apa urusan selalu dimudahkan. Membayar zakat wajib bagi setiap umat kadinini penting di ketahui semua orang

    ReplyDelete
  13. Good sharing SA.. dengan berzakat bertambah berkat rezeki kita kan. Dengan kempen terbaru dari PPZ nie memang menarik, siap dapat hadiah bila berzakat..

    ReplyDelete
  14. it's great to hv this kind of campaign and create the awareness... getting a little reward, doing things suppose to be done...

    ReplyDelete
  15. Dulu memang kalau nak bayar zakat kena datang pusat zakat. Sekarang ni online pun boleh. Bagi mereka yang layak membayar zakat, tiada alasan lagi untuk elak diri dari membayar zakat. Good sharing SA!

    ReplyDelete
  16. bestnya Wilayah, saya ni Selangor..Tak ada promo ke Pusat Zakat Selangr

    ReplyDelete
  17. Kempen yang bagus.. semoga negeri-negeri lain pun akan buat promosi macam nie..

    ReplyDelete
  18. Bagus kempen ni, mudah je sekarang boleh buat bayaran secara online

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah nasib kita dah daftar zakat online ni memang untung dan mudah tak perlu fikir untuk buat bayaran just semua secara online jer tak perlu nak bazir masa ke sana.

    ReplyDelete
  20. aida & asben memang tiap bulan ketepikan duit khas utk zakat.
    kami biasa byr akhir thn, SA.
    tak de kiraan yg khusus. pernah PPZ dtg ofis last few years.
    nak kira khusus ikut gaji boleh. if nak byr ikut amaun yg kita nak pun boleh.
    sendiri kira liabiliti dan perbelanjaan wajib utk keluarga. janji byr.
    now dah dipermudahkan ekk utk byr zakat.
    online saje. PPZ da pun modenkan cara. ada hadiah begini, hmmm lagi la menarik minat pembayar zakat.
    selain kat PPZ, baru2 ni aida da dpt tahu 3 pusat tahfiz yg ada kuasa amik zakat & isu resit (lhdn purposes).
    ni la yg bakal aida buat in shaa Allah thn ni.
    zakat terus ke pusat tahfiz tu.

    ReplyDelete
  21. Is good to transfer the payment via online~ save time save energy save human resource~ now they have campaign some more, good!

    ReplyDelete
  22. wahhhh nie kira berzakat sambil berpeluang untuk menangi hadiah best2. baru tahu sekarang boleh bayar zakat melalui sistem online, makin mudahlah. lepas nie tiada alasan untuk tidak membayar zakat. ye dakk ? jom berzakat

    ReplyDelete
  23. Banyak juga hadiah yang ditawarkan ya sis. Bagus kempen macam ni dibuat. Boleh menarik minat orang untuk bayar zakat. Btw mudahlah skang kalau boleh bayar online kan

    ReplyDelete
  24. Makin mudah nak byr zakat.. nak dr potongan gaji ke atau byr je secara online.. takde alasan kata xsempat kan.. makin kita berzakat, lagi berzakat dan bertambah rezeki kita. Selain bantu asnaf yang memerlukan

    ReplyDelete
  25. Senang sekarang. Bayar online je. So takde alasan xde masa nak g bayar zakat. Mana tau rezeki boleh memang hadiah tu kan.

    ReplyDelete
  26. Harap makin ramailah yang akan menjalankan bayar zakat bila dah ada kemudahan bayar secara online ni, tak ada alasan kata sibuk atau tak ada masa nak pergi sebab jauh. Bagus PPZ buat cam ni..jom le kita berzakat..:D

    ReplyDelete
  27. Bagus dorang sediakan portal zakat ni mudahkan orang ramai berzakat dengan mudah dan selamat, dah jimat masa ekat sini..kadang org malas nak beratur panjang...lagi satu kalau pergi ofis dorg cari park lagi kan...terbaik portal zakat ni

    ReplyDelete
  28. mudah ada sistem dan portal untuk pembayaran zakat.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah