Wednesday, October 24, 2018

Minum Segelas Susu Dutch Lady PureFarm Untuk Melengkapkan Sarapan Anda

Permulaan Hari yang Kuat dengan Protein daripada Susu


Hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga Malaysia pada waktu sarapan untuk menyemarakkan pagi mereka bagi mengharungi cabaran sepanjang hari.



Sarapan pagi sering diabaikan kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah satu hidangan yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian.



Tetapi kita tidak semestinya mengambil sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita.  Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan.



Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda.

Jom tengok breakfast lengkap SA sepanjang 5 hari kempen.


Hari Pertama


Hari ke 2


Hari ke 3


Hari ke 4


Hari Ke 5


"Sejak tahun 1963, Dutch Lady Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang sihat serta membina keluarga yang kuat. Selama 55 tahun , kami menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni, kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang kuat," kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.

Bagaimana susu membina keluarga yang kuat? 


Pakar Pemakanan dari Dutch Lady Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku1 kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah nutrien penting yang menyelenggara serta  memelihara badan kita supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".

"Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain2. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperoleh protein yang berkualiti tinggi," katanya.

Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan  masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita".

"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah," katanya.



Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

• Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik;
• Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif;
• Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
• Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;
• Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.


9 comments:

  1. sedapnya susu dutch lady ni, minum banyak pun ok je

    ReplyDelete
  2. Suka dengan dutch lady ni sayangnya pesakit macam auni tak boleh minum banyak. Hmmm nasi goreng dengan susu dutch lady memang match !

    ReplyDelete
  3. sedap dutchlady, terutamanya strawberry flavour!

    ReplyDelete
  4. Kadang layan gak susu ni.. Tgk mood selalunya.. Hehe.. Oppss..

    ReplyDelete
  5. Susu dutch lady,pilihan ccl setiap pgi time bfast .

    ReplyDelete
  6. Cikla memang suka susu ni. Sejak opret kelenjar tiroid, cikla memang sentiasa berjaya-jaga dgn tahap kalsium cikla. So, salah satu cara adalah minum susu. Dan susu pilihan cikla adalah Dutch lady.

    Memang sedap. Btw, sandiwch SA tu nmpk sedap sgt. Tetiba teringin...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah