Tuesday, October 23, 2018

Jerat Cinta Internet

Hi korang...

Hari ni SA terpanggil nak share dengan korang 1 artikel yang SA baca bulan lepas. Artikel tentang cinta internet.Zaman sekarang zaman teknologi, zaman semuanya tentang gadjet, tentang media sosial kan?Tak mustahil banyak atau ramai yang terlibat dalam gejala sosial antaranya terjerat cinta internet ni.Selalunya yang menjadi mangsa adalah anak- anak gadis, mereka yang bergelar janda ( bukan SA haha) andartu dan wanita- wanita berkerjaya. Fenomena ini memang sangat- sangat menakutkan memandangkan perbezaan zaman SA kecil- kecil , remaja dan dewasa sangat -sangat berbeza. Kalau zaman SA dahulu jenayah tidak terlalu banyak malah kami remaja perempuan bebas bergerak kemana- mana. Kalau ada pun gejala sosial sangat kecil peratusannya. Mungkin zaman SA bukan zaman internet. Gadjet pun takde masa tu..kalau nak berkenalan dan bercinta melalui surat atau telefon awam sahaja.

Gambar sumber google.com


Hati berdebar- debar malah mungkin tidak lena melelapkan mata mengenangkan pertemuan kali pertama dengan si dia apatah lagi jika tidak pernah bertentang mata. Namun sering juga didengari bermacam keburukan akibat pertemuan kali pertama selepas berkenalan di alam siber. Zaman sekarang ada yang mengadu dirinya terpedaya oleh pengguna internet yang menipu identiti diri. Lebih melucukan, ada yang mengaku masih bujang walau hakikatnya anak sudah berderet. Tidak kurang juga si perempuan yang bergelar tunangan atau isteri orang yang masih cuba "menjerat"cinta sekadar memenuhi masa lapang atau suka- suka. Dan akhirnya terjerat diri sendiri. Lepas tu rasa melahirkan rasa kesal atas penipuan pasangan yang menjadi lawan sembang internet itu.

Namun ada juga yang tidak pernah serik. Lebih merisaukan jerat yang sama digunakan untuk memancing mangsa yang lain pula. 

gambar sumber Google


Dari sudut positif pula ( biarpun peratusan tidak terlalu tinggi), ada yang menemui cinta sejati dan berakhir dengan perkahwinan membahagiakan. Bagi yang melalui detik indah, pastinya sembang di internet itu menjadi kenangan manis dalam perhubungan antara dua insan bercinta. SA pernah jumpa pasangan yang bertemu di alam siber dan kekal bahagia sampai sekarang. Apapun tidak salah mengambil langkah berjaga- jaga sedari awal. Beringat sebelum kena bukan menyesal sesudah terkena.


Untuk mengelak daripada terkena, SA share panduan berikut yang mungkin boleh dijadikan peringatan kita bersama

  • Ketahui seseorang dengan mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemu dengannya.
  • Gunakan e-mel atau laman sembang untuk berkomunikasi, Jangan mudah memberi nombor telefon kerana anda belum mengenali rakan siber anda itu.
  • Cuba bertanya soalan yang boleh membantu anda mengenalinya sama ada dia pasangan yang dicari-cari
  • Tanya soalan sebanyak mungkin sehingga anda benar- benar mengenali personaliti seseorang itu
  • Sentiasa simpan maklumat yang diberitahu pasangan baru anda itu mengenai dirinya. Pastikan maklumat itu tidak berubah apabila anda bertanya mengenainya pada waktu yang lain. Ini penting untuk memastikan dia bersikap jujur atau sebaliknya.
  • Kebiasaanya ada 2 golongan dalam masyarakat internet. Golongan pertama ialah mereka yang suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti dan lazimnya mereka mempunyai niat tertentu. Golongan kedua pula ialah mereka yang sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat orang lain, tiada sebab mereka perlu berpura- pura.
  • Jangan mudah percaya pada sesiapa saja walaupun orang yang anda hubungi melalui internet kelihatan benar- benar memahami diri anda. Ini kerana masih ramai orang yang berpura- pura di internet.
  • Jangan menganggap sembang di internet terlalu serius kerana ia hanya tempat mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal untuk betul- betul mengenali pasangan anda
  • Anda boleh berkongsi maklumat yang anda inginkan tetapi jangan mendedahkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja.
  • Berhati- hati jika individu itu mendesak untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.

TIPS UNTUK BERJUMPA KALI PERTAMA

  1. Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas pasti dia adalah orang yang anda cari dan minati, Jika tidak, terus sahaja menjadi rakan siber.
  2. Bertemu di tempat awam dan bawa rakan - rakan anda sekali. Jangan sesekali pergi seorang diri.
  3. Pastikan makanan dan minuman dinikmati bersama nya selamat. Jangan sesekali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan diatas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada
  4. Apabila bertemu , orang yang anda jumpa adalah orang yang anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh bertanyakan soalan biasa anda berbual di internet
  5. Jika anda rasa sesuatu yang tidak kena,elakkan perjumpaan itu segera.

Gambar sumber google.com

TIPS UNTUK PERTEMUAN SETERUSNYA

  1. Teruskan perasaan was- was terhadap orang yang anda temui.
  2. Teruskan langkah berjaga- jaga seperti perjumpaan pertama
  3. Dapatkan maklumat tempat tinggal atau kerja.ini penting untuk memudahkan anda mencarinya sekiranya berlaku sesuatu.
  4. Anda perlu mengenalnya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan kepribadiannya.

gambar sumber google.com

Itulah sedikit sebanyak perkongsian SA untuk hari ini. Anak- anak gadis atau sesiapa sahaja diluar sana...berhati- hati. Zaman sekarang situasi tidak selamat.. Walau dimana anda berada. Sematkan dalam hati dan fikiran untuk tidak mempercayai sesiapa sahaja. Elakkan dari menjadi mangsa. Sama- sama kita menjaga batas pergaulan. Menjaga nama baik ibu bapa dan yang penting menjaga keselamatan diri kita sendiri. Tiada orang lain yang akan menjaga diri kita kecuali diri kita sendiri. Jangan sesekali terjebak perangkap cinta zaman remaja. SA bercakap berdasarkan pengalaman, pembacaan dan apa yang SA nampak. SA sendiri ada anak dara yang semakin meningkat remaja. Diusia ini remaja akan lebih suka memberontak. Sebab itu SA buat entry ini..Buat ibu- ibu diluar sana. Jangan ambil mudah pergaulan anak gadis atau anak lelaki anda. Jadi seorang kawan kepada anak kita sendiri. Luangkan masa untuk berkongsi apa sahaja masalah dan cerita. Insyaallah..kita mampu menjaga anak kita sebaiknya....

29 comments:

  1. bahaya sebenarnya...
    walaupun dah byk kali terjadi dan di paparkan di media...
    tapi masih lagi ada yg menjadi mangsa..terutama anak-anak gadis yang masih bersekolah, masih di peringkat U...

    ReplyDelete
  2. sekarang ni mcm mcm, risau dengan keselamatan

    ReplyDelete
  3. kena take note ni, SA.
    zaman skang, zaman online scam.
    curi duit.
    curi identiti.
    curi cinta.

    ReplyDelete
  4. risau skarang ni..nk2 teknologi canggih kn...mcm2 org menyamar..nk tipu2..nk2 bdk2 sekolah cpt terpengaruh ...smoga dijauhi dr perkara2 yg tidak diingini

    ReplyDelete
  5. golongan yang suka menyamar tu lah yang menyeramkan..
    betul sangat SA..kena selalu pesan dengan anak-anak jangan mudah percaya kat sape-sape.

    ReplyDelete
  6. we can't even really know well, the one we really meet in real life, not to say those we meet virtually.. sometimes even doubted if they exist..

    ReplyDelete
  7. bagus sharing ni SA. boleh bagi kesedaran kepada mereka yang kemaruk mencari cinta di internet..ada supply, ada demand..kena selalu berhati-hati zaman sekarang ni..semoga kita semua dijauhi drp musibah ini

    ReplyDelete
  8. betul kak SA
    anak2 zamann sekarang terlajak pandai maka kena limitkan penggunaan internet.
    Biarla bertegas tapi jangan terlalu mengonkong sehingga dia memberontak
    tapi keep on eye selalu.

    ReplyDelete
  9. betul tu,kalau tidak di bendung tak tahu apa akan jadi..kena sentiasa beringat dan mengingati akan benda macam ni tidak berlaku kepada diri sendiri.Tips yang sangat berguna terutamanya kepada anak-anak muda sekarang ini.

    ReplyDelete
  10. Betul tu kak..haha sekarang ni memang susah nak percaya orang pulak-pulak zaman sekarang ni macam-macam jenis giler haha

    ReplyDelete
  11. Kena oandai menilai.. Waspada Selidik habis2.. Moga kita semua diajuhi perkara yg x di inginu.. Insya Allah

    ReplyDelete
  12. Betul tu kak. Kadang yang berjmpa secara tak.sengaja berdepan pun boleh macam macam hal. Ni kan pulak yang kenal sekadar dalam laman siber je.
    Memang kena berwaspada la.

    ReplyDelete
  13. sekarang sha memang malas nak kenal sapa sapa pun hahaa even dulu kalau single pun cakap dah ada pkwe je

    ReplyDelete
  14. Terima kasih Kak SA atas erkongsian bermanfaat ini. Yup..setuju..kita kena lebih berhati² hari ini. Teknologi di hujung jari

    ReplyDelete
  15. Bagus tips sebegini. Zaman sekarang ni kita tak tahu entah apape kat dalam internet ni.

    ReplyDelete
  16. Ya betul. Memang kena hati-hati. Terima kasih ye SA dengan perkongsian tips yang cukup-cukup bermakna ni

    ReplyDelete
  17. semoga anak2 muda lebih peka dan jangan mudah mengambil risiko yang pasti akan membahayakan diri dan maruah

    ReplyDelete
  18. This is a great sharing and hope that this youngster could apply safety on themselves. So worry seeing so much of news nowadays.

    ReplyDelete
  19. Semakin canggih technology semakin canggih juga orang yg keja menipu. Apapun berhati2 dlm pgaulan seharian baik di internet or reality. Salam kenalan sis, follow done

    ReplyDelete
  20. Patutlah even bill gates sendiri dikatakan memasang anak2 nya bermain dengan gadget...

    ReplyDelete
  21. Perkongsian bagus. Internet ni banyak kebaikan, tetapi ada juga keburukan. Apa yang penting kena lebih berhati-hati, bukan sahaja kepada anak-anak tetapi juga kepada yang dewasa

    ReplyDelete
  22. Memang risau sangat dgn teknologi yg makin canggih ni. Risau bila anak dah pandai gunakan gadget..banyak benda2 yg bahaya dlm tu..sb tulah sis sering pantau anak bila dia gunakan gadjet2 ni

    ReplyDelete
  23. pengkongsian kak SA bagus ni... zaman sekarang macam2 perkara berlaku...

    masa cik ash berjinak2 dengan intenet masa tu macam2 aboh pesan jangan jumpa dengan org tak kenali kalau ajak pergi mana-mana.. kalau nak jumpa datang rumah..last encik suami pertama yang datang ke rmah nak jumpa.. hihihi

    ReplyDelete
  24. dunia tanpa sempadan internet ni sebenarnya menakutkan. Silap langkah segala privasi dalam diri takde. Terutama kenal dengan orang asing melalui medium memang kena lebih berhati2

    ReplyDelete
  25. Ada kebaikan dan juga keburukan sebenarnya. Tapi sebelum berjumpa tu elok berjaga-jaga. Zaman dulu dengan zaman sekarang lain kan kak. Cara berkenalan pun dah canggih

    ReplyDelete
  26. Betul.. Kena pandai menilai kalau berjumpa dalam alam siber ni.. Kdg ada yg jujur.. Kdg ada yang menipu atau sejenis ambik kesempatan.. Pandai2 nilai sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.. Apapun Hati-Hati di zaman sekarang.. Macam2 orang..

    ReplyDelete
  27. cn bertemu jodoh di internet. Dari web tagged. Kena berhati-hati memilih kawan. Ada yang jujur & ada yang sebaliknya.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah