Monday, October 8, 2018

Luncheon Session With Bloggers At Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya

Hi korang...

Lama dah kami bloggers tak buat mini gathering dan kebetulan Sabtu lepas SA dan beberapa blogger free terus berjumpa kat Pak John Steamboat & BBQ di IOI City Mall Putrajaya. Cuaca sangat baik Sabtu lepas bagai membenarkan kami semua berjumpa walau last minute ada yang tak dapat join. Biasa la tu kadang- kadang ada hal yang tak dapat dielakkan. Takpe la cukup la kami yang ada ni..SA jumpa blogger Ana Suhana, Izarra Qistina dan Rozita Abd Rahman. SA plak bawak Dania as usual. Dia la peneman mama dia ni sekarang...senang kan...mana la tau lepas ni dia leh jadi manager mama plak..or mama plak jadi manager dia...eh..eh....

Korang pernah makan kat Pak John Steamboat & BBQ? SA dah pernah beberapa kali pergi makan kat Pak John tapi yang kat The Curve Mutiara Damansara. Yang kat IOI City Mall Putrajaya ni baru first time pergi. So far ok la perjalanan SA dan Dania...dari Seremban kami naik komuter dan amik grab kat KTM Serdang...lokasi Pak John Steamboat & BBQ di bahagian East Wing Entrance...nanti tengok gambar ye....Apa yang menarik di Pak John Steamboat & BBQ ni? Haaaa...dah tentu- tentu pilihan soup, sos dan lebih dari 100++ hidangan  yang segar setiap hari. Restoran pun luas dan boleh memuatkan 150 pax dalam satu- satu masa tetapi untuk keselesaan SA cadangkan korang buat reservation terlebih dahulu. Senang kan da tak perlu tunggu lama nanti..

Jom tengok apa yang menarik di sini



Anak dara SA ni happy betul dapat makan steamboat buffet


Ruang yang luas di bahagian luar...kalau makan kat luar waktu malam mesti best..nanti nak cuba dinner plak la


Masih di bahagian luar


Ruang di bahagian dalam


Ruang VVIP sekiranya datang dalam kumpulan untuk majlis2 tertentu atau untuk majlis kecil yang agak privacy atau lunch meeting sambil makan- makan ke kan?


Premium food mereka..dimana hidangan ready made disediakan


Pelbagai pilihan sampingan dan SA tertarik dengan deep fried squid yang sedap serta sambal sotong dia yang kick...


Fried Sotong


Sotong Sambal


Sayur campur


Aneka sayuran pilihan..SA asyik top up mushroom dia tau...mushroom makan dengan tomyam sup adalah best ever....


Seafood, ayam, daging dan pilihan steamboat


Black peper Beef tu sedap..Honey Beef pun...


Lala


Pepahat


Udang


SA sedang pilih seafood pilihan


Aneka pilihan fishball, fishcake dan macam- macam lagi


Noodles counter


Desert..


Aneka pilihan sos


Pilihan SA Sos Belacan



Jom kita BBQ!!


SA dan Dania pilih Kuah Tom Yum.. 
Ada 5 pilihan kuah antaranya adalah Prawn Soup, Miso Soup, Tom Yum Soup, Curry Soup dan Chicken Soup..


Daging BBQ...Dania suka la grill2 ni..dan dia yang rajin masak...


Khusyuk dia makan


SA makan slowly...petua makan steamboat..kena slow2..enjoy the moments...kalau makan sekali laju cepat kenyang...


Yeay...we had a blast here....eat..eat..and eat....


Kami dah makan kat sini...anda bila lagi?


Bergambar kenangan dengan Ana Suhana dan Izarra Qistina...




Harga Steamboat buffet di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall Putrajaya..


SA sangat - sangat recommend kalau korang nak santai- santai lepak dengan kawan- kawan makan kat sini. environment pun best..tapi macam SA cakap tadi..buat reservation terlebih dahulu kalau korang nak selesa..walk in pun boleh cuma nasib - nasib dapat tempat duduk yang korang nak..mana tau kalau korang perlukan sedikit ruang privasi kan..kalau tak nak panas boleh makan kat ruang dalam yang ada aircond. Kalau nak lepak santai boleh makan di bahagian luar tetapi seeloknya waktu petang atau malam..baru best...siang pun ok sebab takde la panas sangat kerana pihak Pak John sediakan kipas jugak kan...alaaa...makan steamboat buffet and ada BBQ kalau tak panas x syok la kan...

Maklumat lanjut:

 Pak John Steamboat & BBQ 
GE 11, Ground Floor,  IOI City Mall,  Putrajaya

Website : www.pakjohn.com


Instagram : Pak John Steamboat

Operation time : 11.00am-10.00pm

Hotline : 0389571128


31 comments:

  1. wah!bestnya...
    nieyl mmg suka kalau steamboat grill ni...
    cuma kalau nak makan kena btl² lapar...:)

    ReplyDelete
  2. dapnye tgk steamboat n bbq tu...mkn2 ngan blogger syok la....xpernh try lg mkn kt pak john ni

    ReplyDelete
  3. entah bila dapat ke sini SA...kalau tengok barisan menu yang disediakan tu memang banyak,puas hati dan kenalah dengan harganya kan

    ReplyDelete
  4. Cantiknya dia punya susunan makanan.. senang nak pilih nak makan apa..

    ReplyDelete
  5. Menarik stemaboat BBQ dia kak. Berbaloi makan mcm no

    ReplyDelete
  6. Tak pernah pergi lagi sini. Nanti dok mkn nasik kenyang teros. Nak cuba la nanti.

    ReplyDelete
  7. Steamboat memang favourite LeYa. Best sangat kalau dapat makan.. Hehehe.. Yummy

    ReplyDelete
  8. kita orang ritu makan itik berulang kali hahahah..

    ReplyDelete
  9. wow, banyaknya menu abes tak makan hehe

    ReplyDelete
  10. wahh cantik tempat ni besar boleh buat reunion sekolah kan..

    ReplyDelete
  11. Tengok entri akak ni rasa lapar terus. Memang berbaloi makan dekat Pak John ni sebab banyak makanan boleh pilih. Tempat selesa dan staff pun friendly and helpful.

    ReplyDelete
  12. Wahh... . Meriah nya menu steamboat dia. Banyak pilihan. Kak. Nina suka konsep Restoran nya yang simple. Sesuai ni bawak family

    ReplyDelete
  13. Sedapnya dapat makan steamboat ramai-ramai. lagi lagi kalau banyak menu

    ReplyDelete
  14. Wahh pak john xpernah lagi cuba , banyak gila pilihan kat sini , nanti nak try gak

    ReplyDelete
  15. Ni entry yang saya baca smp habis sbb nk tengok review kak SA. Macam2 pilihan kak kat Pak John ni. Rasa mcm makan kt hotel plak. Harga pun tgok mcm okey. Kite dh reserve nk dtg khamis nanti.hehehe. Thanks kak SA for review.hehehe

    ReplyDelete
  16. wah Pak John tu, dah lama kot tak makan steamboat macam ni. lagi best bila makan ramai-ramai. banyak pilihan pulak tu. bolehlah cuba makan kat sini. harganya pun berpatutan.

    ReplyDelete
  17. Sis suka gak makan kat Pak John Steamboat ni..tapi yg dekat gan umah je le. Ni lama dah tak gi sana. Ingat nak gi jugak lah satu hari nanti..tgok entry ni teringin lak

    ReplyDelete
  18. dah lama teringin nak makan pak john steramboat nie. tapi belum ada rezeki nk ke sana lagi. padahal selalu lalu ioi city mall nie. harga dia berpatutan. pilihan makanann pon emriah. tak sabarnya nak cuba nanti

    ReplyDelete
  19. Bestnya steamboat pak john. Dia punya smoked duck tu sedap sgt2. Emi cadangnya hujung bulan ni nak ke pak john, hihi. Dah lama tak bersteamboat.

    ReplyDelete
  20. Wah!!banyaknya pilihan bahan2 steamboat tue.. penuh variasi penuh aneka.. memang berbaloi dtg mkn di sini bersama keluarga dan sahabat handai..

    ReplyDelete
  21. Uihhh sedap ni! SR akan pergi Pak John next week! hehe

    ReplyDelete
  22. Lama x makan kat sini. Feveret place makan steamboat dengan kengkawan kat sinila. Dahla harga yang ditawarkan sangat berbaloi dengan variasi hidangan yg ditawarkan

    ReplyDelete
  23. Bestnya banyak pilihan. Tergoda pulak tengok seafood bnyk mcm tu.
    Dah lama tak makan steamboat. Nanti nak ajak cik abg la. Tak pernah lg mkn berdua. Hehe

    ReplyDelete
  24. Perghhh banyak nya hidangan dia...boleh makan sampai menyandorrr ni kannnn...menyandor kekenyangan gitewww

    ReplyDelete
  25. Wah... sedap ni... da lama Qiya tak makan steamboat... boleh la pekena nanti...

    ReplyDelete
  26. I pun baru pergi makan kat pak john steamboat.. yummy.. banyak pilihan.. makan sampai kenyang kenyang!!

    ReplyDelete
  27. Sedapnya dah lama tak makan steamboat pak John. Last Ika makan last 3 year. Harga pun masih murah sekarang ni.

    ReplyDelete
  28. sedapnya nampak makanan tu semuaaa. rasa mcm nak mkn skrg jugak. haha

    ReplyDelete
  29. Wah..tgk byknya marksman Ida,xsabar rasanya kak pulak nk pg mkn kat Sino.

    ReplyDelete
  30. seronok nyer dpt gather gather dgn bloggers.
    aida x pernah dpt. terasa teringin :)
    dgn makanan nyer yg byk tu. aduhai...
    kenyang perut suka hati.

    ReplyDelete
  31. one more thing, aida x pernah ke pak john ni.
    nanti nak search, ada tak kat Melaka.
    selama ni dok gi stimbot kat pak johnnys jer.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah