Tuesday, October 16, 2018

Dugaan Hari Ahad & Menu Lunch

Hi korang....

Kejap jer dah Selasa kan...well dugaan apekah...hahaha...takde la dugaan besar tapi big impact jugak la pada SA yang baru nak berjinak- jinak jual makanan ni kan...sebenarnya Sabtu lepas Abah SA dah salah percaturan..dia rendam pucuk pegaga yang SA mintak dia carikan, dalam air so pucuk pegaga tu dah rosak dalam jumlah yang banyak..SA tak salahkan abah SA la sebab maybe dia tak tahu yang sayur berdaun macam tu tak boleh rendam dalam air dalam tempoh masa yang lama. Akan jadi benyek dan rosak teruk..tapi Mak dapat selamatkan sikit la..then SA terpaksa beli lagi pucuk pegaga. Dugaan betul kan..tapi takpe la..lepas ni dah tahu yang pucuk pegaga tak boleh di rendam dalam air hanya jirus bawah paip aje untuk hilangkan segala kekotoran.Takpe la benda nak jadi kan...so sedikit berkurang pucuk pegaga tapi takpe la..SA rugi sikit je...insyaallah ada rezeki lain nanti..

Untuk mengubat rasa tak best tu SA masak tenghari semalam...hehehe...sempat lagi masak...well SA teringin nak makan ketam masak lemak cili api...jenuh makan anak beranak..amik masa lamam makan ketam sebab nak kopek kulit kan..nak plak anak dara tu suka makan ketam tapi malas nak kopek...geram je..sayang anak punya pasal..gigih la SA kopekkan untuk dia..sesekali nak manja la tu...


Ketam Masak Lemak Cili Api


Sayur tauge hijau goreng dengan cendawan enoki campur udang kering..


Ikan bakar untuk mak

SA buatkan ikan kembung bakar untuk mak..mak plak buat air asam..lupa plak nak amik gambar air asam...hehehe...

Lepas jer masak tengahari, lepas jer makan..SA start dah hiris serai, kopek kerang...pucuk pegaga dah siap potong2...Memandangkan hasil tak dapat banyak...SA terpaksa kurangkan sedikit harga rendang kerang tu..tak nak nanti orang komplen harga tak setimpal dengan apa yang diorang dapat...so pengajaran la kan..kena kaji balik betul-betul...alaa...dugaan sesekali allah bagi kan...kalau tak tahan dugaan tak payah sibuk nak meniaga...betul tak?

Okey la korang...see you olls next entry....tetiba cakap omputih....ngadesssss......

19 comments:

  1. mang aii.. sodap ei. ketam lemak cili padi tu mengancam

    ReplyDelete
  2. Sis biasa gak rendam sayur hijau dalam air tapi air sejuk, cuma mmg betul, tak boleh lama rendam, semalaman okaylah..tapi belah bawah kadang dah benyek..

    Paling terkesima nengok sayur taugeh tu....peberet!!

    ReplyDelete
  3. Biasa la kak.. Dlm berniaga ni memang banyak dugaan. Dari berniaga jugalah kita ingat kanNya.. Sebab rezeki Allah tu kan luas.. InsyaAllah... Kak SA akan berjaya.. Keep it up

    ReplyDelete
  4. rumah nieyl dah lama x masak ketam sebabnya nieyl sorang je yg makan..hehehe..
    yang lain semua x makan ketam..

    ReplyDelete
  5. sedapnya ketam mask lmak cili padi tu..:)

    ReplyDelete
  6. lama xmkn ketam lemak cili api tu yummmy

    ReplyDelete
  7. bila tengok ketam SA ni teringat kakak angkat kak ana dulu, orng negori gak ajar kak ana masak lomak ketam, dia punya cili api segenggam, leleh air mata makan tapi sodap ya amat hehe :)

    ReplyDelete
  8. merecik kak menu2 ni, lapar pulak saya ni tetiba hehehe

    ReplyDelete
  9. dgn ketam nyer...
    dgn sayur nyer.
    menawan kalbu perut aida tau.
    mlm ni beli kat gerai jer. malas nak masak.
    ayah bebudak ni takde 1 mlm. cuti masak :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  10. Knp awak x kembangkan bakat awak tu dgn berniaga buka restaurant ke? Dari keje mkn gaji tu. Kan 9 dr 10 punca rezeki tu dari berniaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masih bekerja sebab banyak hutang nak nana tanggung, loan rumah, loan kereta..saya ni iibu tunggal..so kena la makan gaji..betul 9 dari 10 punca rezeki dari berniaga..saya saya sedang slowly buat buat la ni..x boleh la buat secara drastik...modal nak kena fikir, pekerja, barang2..bukan senang nak buat kertas kerja..kang yang dikejar x dapat yg dikendong berciciran..

      Delete
    2. Insyallah kalau ada rezeki, x ke mana. Semoga dipermudahkan segala urusan Puan.

      Delete
  11. Sabar jela kak ujian kan. Abah akak pun tak sengaja. Sekali dah terkena lepas ni beringat. Nasib baik dapat seelamatkan sikit. Uittt ketam masak lemak tuh sedapnya. Isi ketam beat tapi menyampah bila nak kopek kulit tuhlah

    ReplyDelete
  12. ujian tu buat kita lebih bersungguh2 dan x mudah melatah...btw, nk sikit ketam tu ;-)

    ReplyDelete
  13. MN bab nak kopek ketam pun tak berapa pandai..tapi adik MN kalau makan ketam isi celah-celah kaki tu dia korek ...

    ReplyDelete
  14. Homak aih.. Ketam pula kak SA tayang.. sedapnya kalau makan ketam ada orang kopekkan.. kikiki.. Yang lambat sebab nak kopek kulitnya tu kan kak..

    ReplyDelete
  15. Baru semalam buat ketam masak lemak ni..mmg sedap masak lemak ni..feveret..

    ReplyDelete
  16. wow, ketam masak lemak cili api tu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah