Wednesday, October 17, 2018

Lindungi si manja dengan CARRIE MOZZIBUSTER

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menekankan kepentingan mencegah penyakit sebelum ia terjadi kerana kadangkala apabila penyakit diketahui, ia sudah terlalu lambat untuk mendapatkan rawatan. Hal ini termasuk pencegahan terhadap penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Statistik terkini daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan sejumlah 26,209 kes Denggi termasuk 37 kes yang mengakibatkan kematian berlaku dari 31 Disember 2017 sehingga 6 Jun 2018. Kiraan purata pula menunjukkan sebanyak 5240 kes berlaku setiap bulan sepanjang tempoh tersebut. Selain Denggi, terdapat lebih daripada 67 kes penyakit Chikungunya telah dilaporkan dalam tempoh yang sama.

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.



Demam Denggi dan Chikungunya merupakan penyakit yang mudah tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes. Penyebaran ini dapat dikurangkan sekiranya semua pihak bekerjasama dalam mencegah penyebaran dengan membasmi kawasan pembiakan nyamuk dan memastikan langkah pencegahan nyamuk diamalkan. Terdapat sesetengah individu mengambil ringan kerana beranggapan demam Denggi adalah penyakit yang dapat disembuhkan dan ada yang pernah terselamat. Hakikatnya penyakit ini dapat merebak menjadi demam Denggi yang lebih parah, atau demam Denggi berdarah yang mampu membawa kepada situasi yang mengancam nyawa pesakit yang menghadapinya!

Ibu bapa perlu sedar bahawa Denggi tidak dapat diramalkan dan satu-satunya cara adalah dengan melindungi keluarga daripada nyamuk sepanjang masa. Selaras dengan fakta dari WHO, perlindungan terhadap gigitan nyamuk adalah penting bagi mencegahpenyakit yang berpunca darinya. KKM juga turun menyarankan penggunaanpenghalau menyamuk agar kekal terhindar dari serangan nyamuk









Salah satu cara berkesan bagi memastikan agar nyamuk tidak mengganggu adalah dengan menggunakan penghalau nyamuk. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dan CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV Protection, telah diuji agar dapat menghalau nyamuk sehingga 8 jam. Disamping itu, produk ini telah menjalani proses pembangunan produk yang teliti dan berdaftar dengan badan-badan pentadbiran iaitu Lembaga Racun dan Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan ia diuji dan diperakui agar ibu bapa kekal yakin bahawa produk ini mematuhi piawaian keselamatan produk. 


Carrie Mozzibuster Mosquito Repellent Lotion 50ml


Carrie Mozzibuster Mosquito Repellent Lotion 100ml

 CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV Protection 50ml
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV Protection 100ml


CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion boleh digunakan setiap hari bagi perlindungan didalam rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV dilengkapi dengan perlindungan sinaran matahari untuk jaminan di luar rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions diformulasi khas untuk kegunaan pada kulit kanak-kanak, losyen ini juga diiktiraf dengan sijil HALAL.


Kedua-dua CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati dalam pek mudah dibawa bersaiz 50ml dan 100ml. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati di pasaraya terkemuka, pasaraya hyper, dan farmasi di seluruh Malaysia. 


CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dijual pada harga RM 9.35(Semenanjung)/ RM 9.85 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 50ml, RM 14.10 (Semenanjung)/ RM 14.75 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 100ml. 


CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV pula dijual pada harga RM 9.95 (Semenanjung)/ RM 10.40 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 50ml, RM 14.65 (Semenanjung)/ RM 15.40 (Sabah & Sarawak) for 100ml.


Dapatkan kedua-dua produk ini di pasaran sekarang untuk memastikan si manja anda dilindungi. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati..Denggi pembunuh senyap dan musuh paling kita takuti. Semoga kita semua bebas dari bahaya denggi. Jom sama- sama membanteras Denggi durjana. Pastikan persekitaran kita sentiasa bersih dan pastikan tidak ada tempat- tempat yang boleh membiakkan denggi. Kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama. Usaha untuk menghapuskan segala jenis penyakit adalah tanggungjawab kita dalam masyarakat. 

Kempen kesedaran perlu sentiasa diadakan di seluruh negara untuk mendidik masyarakat tentang bahayanya denggi.Denggi adalah sejenis jangkitan virus serius yang merebak daripada seorang kepada orang lain menerusi nyamuk aedes. Sebagai penyakit virus bawaan vektor yang paling pantas merebak di dunia, ancaman denggi sememangnya berleluasa dan berbahaya, hampir 40 peratus daripada penduduk di dunia dianggarkan menghadapi risikonya. Oleh itu kempen demi kempen kesedaran perlu diwar- warkan tak kira kepada dewasa, remaja atau kanak- kanak.


*Khidmat masyarakat tentang bahaya DENGGI dibawakan untuk anda oleh Suria Amanda*


31 comments:

  1. baru tau ada produk ni, sha nak cari jugak la

    ReplyDelete
  2. masih pakai lagi brand ni, ada anak kecik wajb ada.Tp, kalau nak cepat saya guna hat spray. Rumah kitorg both ada spray and lotion. but prefer spray lg

    ReplyDelete
  3. Memang bagus ni SA, adik Sis memang beli krim halang nyamuk untuk anak dia, tak kisahlah brand apa, janji untuk keselamatan.
    Tapi kalau dah namanya Carrie ni, mesti wangikann..nak carilah ..hehehe

    ReplyDelete
  4. walau anak dah besar kan, carrie ini suka beli, sebab wangi

    ReplyDelete
  5. wahhh ada produk baru carrie junior... sy suka krim mandiannya...wangiii

    ReplyDelete
  6. Selalu dana biasa beli yg spray... bgs jgk lotion kn... benda ini mmg wajib ada time balik kg n kene sapu time ptg2... lagi la skrg musim ujan ni...

    Dh beberapa hr xblh bukak blog SA kt pc... ni kene bukk kt hp... br dpt komen... entah nape lah

    ReplyDelete
  7. wah carrie ada produk baru lah...penting ni untuk lindungi kulit anak2...nak dapatkan satu lah nnt

    ReplyDelete
  8. wahhhhh, bestnya ada lotion penghalau nyamuk carrie ni ...
    nak cari juga untuk anak2 mrs pip ...
    dulu pakai zwitsal, tapi mcm nowadays susah nak cari pula.
    hope carrie ni senang nak cari kat supermarket / hypermarket.

    ReplyDelete
  9. produk yang bagus.. saiznya memudahkan nak dibawa ke mana-mana..

    ReplyDelete
  10. jangan kata budak-budak, kami yang tua bangka ni pun takut dengan nyamuk tau... bagus carrie ni. senang nak bawak kemana sajer

    ReplyDelete
  11. Ingatkan Carrie ada mandian bayi je. Ni pertama kali dengar ada mosquito repellent. Sangat bagus bawa ketika camping, hiking atau di mana2 sahaja. Nyamuk?....nyah kau dari sini....

    ReplyDelete
  12. Demam denggi kalau kat sabah pun agak tinggi juga kadarnya...bagus ada produk sebegini utk mengelak

    ReplyDelete
  13. wah ada produk br dr Carrie...biasa beli utk ank syampoo or shower bath je...tq share info psl CARRIE MOZZIBUSTER..bgs juga ada lotion ni supaya elak dr nyamuk

    ReplyDelete
  14. Menarik jugak product ni yea..Dulu qeela pernah jugak kena denggi ni actually, fuh mmg teruk betul rasanya tp alhamdulillah dlm few days tu mmg bnykkan minum air kosong, bone broth sup alhamdulillah cepat elok dan tak melarat. Even berapa hari kena pon still cukuplah sekali tu huhu insyaAllah.

    ReplyDelete
  15. Eh. Mcm da komen. Komen aida x kuar ekk?
    Bagus ni, SA. Berkenan aida.
    Izzat agt senang kena gigit nyamuk.
    Org lin releks aje. Tapi dia da berbintat2 kena swrang dek nyamuk.
    Terutama kalau balik umah MIL.
    Rumah kampung kan. Kul 6.30 jer wajib tutup pintu tingkap!
    Once maghrib, nyamuk akan berleluasa gigit Ijat :-)
    Bahaya!

    ReplyDelete
  16. I'm using this... rarely hv mosiquitoes repellent that smells so nice, kan? heheheheh~ i like the apple smell..

    ReplyDelete
  17. Menarik juga produk ni ya. Sekarang nyamuk ni ttak kira siapa dia nak gigit
    Siang pun ada juga muncul.
    Ok la kalau ada produk sebegini

    ReplyDelete
  18. Dulu suka guna carrie junior sebab wangi
    Ni produk baru under same company ke?
    Menarik ni, boleh pakai untuk halau nyamuk..
    Mesti bau pun wangi ni

    ReplyDelete
  19. terima kasih info ni.. boleh cuba kat anak2.. 👍

    ReplyDelete
  20. Hehehe ada produk baru untuk kanak-kanak ni ke mamang best lah heheheh seronok jadi budak-budak ini. Jenama produk pun memang sangat dipercayai ok digalakkan beli...

    ReplyDelete
  21. Eh deorang dah keluar produk baru lah. Yang ni agaknya wangi tak macam gel mandian dia? Kalau wangi lagi best.

    ReplyDelete
  22. Masa awal produk ni keluar liez dah sibuk cari dkt watson dan guardian.. tp frust sebab selalu habis. Tp bila dpt siap beli sampai 2 sebab memang buat stock untuk travel, mudah dan tak risau anak kena gigit nyamuk. Bau pun best

    ReplyDelete
  23. Hari tu Bonde dapat produk ni masa larian wnpro ada dalam goodies bag tu, Bonde ke lombok hangkut sekali sebab mudah nak bawa pi travel mana tau ianya begunakan..

    ReplyDelete
  24. Akak emi beli yg mosquito repellent tu untuk anak2 dia. Biasalah klu balik kg, banyak nyamuk. Suka betul budak2 tu pakai benda alah ni sebab dia mcm losyen je.

    ReplyDelete
  25. Carrie junior daha da lotion ek?Bagus2 esp utk elak dari gigitan nyamuk aedes ni.Sekrang wabak aedes makin menjadi2 .Once terkena mmg lembik badan2.

    ReplyDelete
  26. Is a good product from Carrier Junior and protect the little one from mosquito bite. Save to apply on baby skin.

    ReplyDelete
  27. Wah ada produk baru ye carrie junior..loton untuk halau nyamuk ye..bagusla..budak-budak ni kalau kena gigit nyamuk, mulalh merah, lepastu garu..risau kan banyak kes denggi ni..baik nak cari kejap lagi

    ReplyDelete
  28. Best ni kak sebab cuma sapu-sapu je kan..senang je nak halau nyamuk supaya tak gigit anak-anak. Lagipun benda-benda camni penting sekarang sebab nak elak dari kes denggi yang makin banyak sekarang ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah