Saturday, October 13, 2018

Syarikat WD-40® Menggunakan Keselamatan Berperisai Untuk Mengalihkan Formula Rahsia ke Lokasi Baharu, Sempena Menyambut Ulang tahun Ke-65

Ia boleh dijumpai dalam 4 daripada 5 isi rumah di Amerika, namun bahan-bahan dalam keperluan isi rumah hanya diketahui oleh sebilangan manusia di seluruh dunia - itulah sebabnya Syarikat WD-40 hari ini dengan bantuan kenderaan berperisai dan keselamatan terkemuka mengalihkan formula rahsia ke tempat keselamatan bank baru. 



Bermula di pejabat Syarikat WD-40® Company di San Diego, Presiden dan CEO Syarikat WD-40® Garry Ridge memberi amanah kepada Brink, pemimpin global dalam logistik keselamatan untuk menjemput beliau yang digari berserta beg bimbit membawa formula rahsia, yang akan ditempatkan dengan selamat di bilik kebal berhampiran. Formula itu - belum pernah disentuh oleh tangan manusia berada di dalam syarikat lebih 15 tahun sejak ulang tahun syarikat yang ke-50 - harta milik berharga syarikat, mengisi tin biru dan kuning ikonik di 176 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. Walaupun "sos rahsia" mempunyai bahan-bahan asas yang sama sejak penubuhan syarikat 65 tahun lalu, namun begitu Syarikat WD-40® tetap melangkah ke hadapan dengan mantap. 



“Syarikat WD-40® ditubuhkan pada 1953 sebagai Rocket Chemical Company oleh tiga juru teknik yang mencari pelarut pencegah karat untuk melindungi roket daripada hakisan dan formula pelbagai guna itu telah berkembang dengan baik,” kata Ridge. “Kami sentiasa mencari cara-cara untuk menjadikannya lebih baik daripada hari ini, menyampaikan penyelesaian yang unik, bernilai tinggi dan mudah digunakan untuk pelbagai keperluan penyelenggaraan. Ini termasuk bukan sahaja cara-cara baharu untuk menggunakan produk pelbagai guna kami, seperti WD-40® EZ-REACH, termasuk straw boleh bengkok untuk memasuki bahagian yang sukar dicapai, tetapi juga siri produk baru yang khusus dibuat untuk para DIY dan pengguna profesional .”




Inovasi berterusan telah membantu Syarikat WD-40® mencapai jualan bersih sebanyak $381 juta pada tahun fiskal 2017.

  • 2005: Syarikat WD-40® memperkenal WD-40® Smart Straw® kekal bergabung yang dapat menyembur menerusi dua cara - sebagai semburan lebar atau aliran. 
  • 2009: WD-40®Trigger Pro, botol bukan aerosol tahan lama yang menyampaikan produk hebat yang sama, telah dibawa 
  • 2011: Syarikat memperkenalkan WD-40® SpecialistTM, barisan produk penyelenggaraan yang terbaik dalam kelas dirumus khas untuk memenuhi keperluan pengguna profesional. Rangkaian ini telah berkembang kepada 15 produk termasuk produk penyelenggaraan WD-40® SpecialistTM Automotive.
  • 2012: Syarikat WD-40® melancarkan WD-40® BIKE, barisan produk penyelenggaraan basikal berprestasi tinggi yang dibangunkan untuk penunggang yang suka memastikan perjalanan mereka dalam keadaan terbaik.
  • 2015: Syarikat WD-40® memperkenal WD-40® EZ-REACHTM, straw yang bengkok dan mengekalkan bentuknya untuk menjadikan 'EZ'-er bagi mencapai sekitar sudut dan tempat yang sukar untuk dicapai 

Tambahan kepada tumpuan syarikat kepada inovasi untuk memenuhi permintaan pasaran, Ridge menganggap kejayaan Syarikat WD-40® adalah bergantung pada kakitangan syarikatnya.

"Sementara produk kami dan formula rahsia adalah asas kepada kejayaan kami, begitu juga dengan kakitangan kami," kata Ridge. "Kami wujud untuk mencipta kenangan positif berkekalan dalam segala yang kami lakukan, dan ini adalah tidak musnasabah untuk dicapai tanpa hampir 500 ahli kami yang berdedikasidi seluruh dunia untuk menghidupkan nilai, menyelesaikan masalah dan memastikan pelaksanaan kerja lancar di bengkel, kilang-kilang dan rumah."

MENGENAI SYARIKAT WD-40®


Syarikat WD-40® adalah organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil.

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran.

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® SpecialistTM, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist TM Automotive

Produk Syarikat WD-40® kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40® atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia.

2 comments:

  1. uish dah lama ek brand ni baru tau je hehehe sha la salah sorang yang tak tahu tu

    ReplyDelete
  2. produk WD-40 memang terbaik kan. serbaguna sangat

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah