Saturday, October 27, 2018

Bila Adab Melawat Orang Sakit Tidak Dipeduli

Hi korang...

Hampir 2 tahun SA x warded...merasa la warded dari Khamis lepas ha...sakit memang x kurang lagi..ikutkan bila kita masuk ward ni kita nak rehat..nak cepat sembuh..makan ubat dengan teratur..tapi lain plak jadinya bila adab melawat orang sakit ni tak di ambil kisah oleh sesetengah org..SA memang gunakan insuran..masuk hospital swasta ni bukan murah..memang mahal..memang dia pun bayar insuran..tapi x payah la satu kampung datang melawat...nak datang ramai-ramai tu SA x kisah...tp jaga la adab..jangan buat bising..jangan biar anak tu berlari sana sini...

Gambar dari google.com

susah bila orang x faham bahasa dan takde adab melawat orang sakit ni..borak pung pang macam kat kedai mamak..satu keturunan masuk dalam ward..yang sakit tu demam je ..SA ni tekanan darah tinggi, Ada masalah jantung....langsung tak hormat, terjerit sana sini...tadi siang on tv mengalahkan orang pekak..ni masalah yang dewasa berborak ketawa macam kat kedai kopi...lagi ditegur lagi bising...berapa banyak kali nak suruh nurse tegur....hormat la kat orang sakit...susah orang melayu takde adab ni😡😡😡

Elok nak keluar ward hari ni..tak boleh...sebab tekanan darah on and off...leher tegang sgt2..ingat kita ni masuk ward nak suka2 ke..SA dh geram SA tegur...laki dia jawab saya bayar ward ni beribu..guna insuran..abis ingat SA masuk free?makin lama SA ni makin stress...



Meh SA nak share tips dan adat melawat org sakit..

Adab Melawat Orang Yang Sakit

gambar sumber google


Hadis Rasulullah saw bersabda mafhumnya : “Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu.”

Hukum melawat orang sakit


Adalah fardhu kifayah melawat orang yang sakit menurut jumhur pendapat ulamak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra mafhumnya : “Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”. (Hadith Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Adab Menziarahi Pesakit


Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.

Sunat duduk berhampiran dengan kepalanya.

Berdoalah untuk pesakit agar dia sembuh.
Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah : Bahawa Rasulullah saw biasa memohon perlindungan bagi sebahagian keluarga baginda. Disapukan dengan tangan kanannya lalu berkata : “Ya Allah wahai tuhan bagi sekelian manusia, lenyapkanlah penderitaan dan sembuhkanlah, kerana engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak ada penyembuh kecuali penyembuhmu. Yakni penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit lagi”.

Berilah kata-kata semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.

Menziarahi di waktu-waktu yang sesuai serta mengelakkan daripada waktu-waktu senja, makan dan lewat malam.


Till now...see you next entry....

29 comments:

  1. Sabar kak SA, orang macam tu memang susah, tegur pun tak makan saman. Agak jangan la stress nanti makin naik tekanan darah akak. Bahaya tu. Take care kak

    ReplyDelete
  2. eee bencinya orang macam tu! hospital tu kan tempat yang kena senyap, nak sembang balik sembang kat rumah dakpun kalau nak bising jugak tapi nak duk hospital pi hosp bahagia T___T btw gws kak!

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh SA, Allah Ya Fattah Ya Salam... harus jaga adab kepada pelawat org sakit, betul tu...

    ReplyDelete
  4. Get well soon sis SA .
    paling xsuka kalau pelawat bawa bebudak sekali ke hospital ha..lari ke sana ke sini..jerit2..buas .

    ReplyDelete
  5. Betul awak bayar..orang lain pun bayar..sama2 bayar.Sama2 kongsi tempat untuk rawatan.Maka belajarlah menghormati.Moga SA segera sembuh ya...

    ReplyDelete
  6. Speedy recovery SA. Jangan stress sgt. Take care...

    ReplyDelete
  7. I feel you. Bertabah sajalah kak SA. Moga cepat sembuh. Orang kita jenis pandai berbahas, tapi tiada disiplin :)

    ReplyDelete
  8. Betul tak pandai hormat orang langsung ye keluarga tu. Tak pandai adab melawat orang sakit. Sabar ye kak. Semoga cepat sembuh ye. Banyakkan rehat tau.

    ReplyDelete
  9. kita memang hangin kalau parent yang tak boleh nak tegur anak2. Kita dulu siap kene ketih paha kalau buat perangai. Baguslah share semua bagi doa2 semua bagi hadam sket. hehehe.

    ReplyDelete
  10. Nasihat yang bagus untuk orang sekarang yang dah kurang adabnya. Kalau tengok pun , makin lama makin kurang akhlak dalam kalangan masyarakat kita sekarang ni. Walaupun Bal baru 18 tahun, tapi bal dah dapat tengok dengan mata kepala sendiri betapa kurangnya adab masyarakat kita sekarang ni. Get well so SA

    ReplyDelete
  11. Moga cepat sembuh SA. Kadang-kadang macam itulah orang kita. Masa berkumpul tengok orang sakit itulah banyak cerita pung pang pung pang. Patutnya coverlah sikit..tengok orang sebelah. Orang yang sakit tu pun kadang-kala sabar ajelah melayannya pun.

    ReplyDelete
  12. I think we should always be considerate when it comes to visiting someone who's sick, these are great tips.

    ReplyDelete
  13. Sakit itu dugaan Allah untuk menguji kita... perbanyakkan bersabar... ya...
    Teman doakan SA cepat sembuh... SA warded kat hospital mana tu?

    ReplyDelete
  14. Semoga cpt sembuh kak sa. Makan ubat. Tu lah adab melawat org sakit kene selalu mendoakan dan doakan diri sendiri juga. hehehe

    ReplyDelete
  15. Semoga akak cepat sihat. Berlagak sungguh cara menjawab. Memang tak ada adab.

    ReplyDelete
  16. Kalau begini keadaannya, lagi bertambah sakit la jawabnya.Kita masuk wad untuk berehat, tapi ada pula yang buat kacau.. Adus..

    ReplyDelete
  17. Betul lah akak kita sendiri pernah kena pengalaman ini tapi mungkin kat hospital kena tulis banyak moral macam ni agar mereka tahu ada melawat orang sakit hehehehe....

    ReplyDelete
  18. Aduhai, sedangkan waktu sihat dengar orang bising pun kadang boleh sakit kepala. Apatah lagi waktu sakit ye kak. Semoga lebih ramai yang peka dengan adab lawat orang sakit ni. Get well soon akak ! :)

    ReplyDelete
  19. adoi sis SA, kenapa dia tak amik VIP room dia sorang je ye dak, kdg2 bkn setakat pelawat je perangai begini, nurse pun sama dok membawang dekat2 dgn bilik patient.

    ReplyDelete
  20. Sombongnya manusia...
    Kalau ya pun byr beribu jgnla buat mcm ddk umah sndiri
    Lainla klu ko ddk sebilik sorang n jauh2 dr org lain... nk bising ke nk apa gasak...
    Kita yg sakit rasa lg sakit kn SA... apa pun moga SA cpt sihat ya

    ReplyDelete
  21. mmg stress bila org dtg melawat yg tkde adab ni..buat bising...kita yg sakit lg bertambah2 sakit kn

    ReplyDelete
  22. sabar kak ye...sebab tu saya ni...fikir seribu kali nak dtg melawat org..ehhehehe takut ilang pedoman je sampai spital

    ReplyDelete
  23. sllu mmg nmpk mcm tu..bercerita mcm lepak kedai mamak.smoga kak cepat smbuh

    ReplyDelete
  24. Sabar ya SA.. macam-macam peel orang nie kan, tapi sekurang-kurangnya hormat la pesakit lain..

    ReplyDelete
  25. geram kan jumpa orang yang penting diri macam tu. sabar jelah kak SA, apapun tak mau stress2 tau.

    ReplyDelete
  26. Orang mcm tu bangga sangat warded dekat hospital swasta, bayar ribu2. Macam dia sorang je bayar ribu2, kita ni free ke? adoi lah. Kalau hospital gomen dah kena halau dengan mak guard tau.

    ReplyDelete
  27. Memang kdg ada je manusia cmtu tau kak SA. Adab tu mcm dah tak ada. em. Nak ditegur karang kata kita apa pulak. Ish. Sabar je la

    ReplyDelete
  28. Susah bercakap dengan orang yg tk faham ni SA....
    Sabar ajelah nak buat mcm manakan...Tunggu dia yg sakit masuk ward baru diaorang faham kot

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah