Monday, October 22, 2018

Pelancaran Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance

SAYANGI GUSI, SELAMATKAN GIGI ANDA....


Tahukah anda sekarang ini, penyakit gusi telah mengatasi kaviti sebagai faktor utama kehilangan gigi dalam kalangan orang dewasa? Penyakit gusi disebabkan plak yang berlanjutan terbentuk di antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan dalam poket gusi berpunca dari kurangnya amalan memberus gigi dan biasanya sukar untuk dikesan dalam tempoh yang lama.



Kajian pada tahun 2010 menunjukkan bahawa 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi (NOHSA 2010). Satu kaji selidik baru-baru ini yang dijalankan oleh Lion Corporation di Malaysia keatas 450 orang dewasa di Malaysia menunjukkan 80% responden mempunyai sekurang-kurangnya satu tanda dan gejala penyakit gusi yang ketara dan kebiasaanya adalah gusi berdarah atau bengkak, namun hanya 1% menyedari bahawa mereka mempunyai penyakit gusi (Projek Katsu 2017). 



Punca utama penyakit gusi adalah plak, iaitu lapisan lembut, dan melekit serta mengandungi berbilion bakteria. Apabila plak terbentuk antara gigi, di sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi, toksin daripada bakteria tersebut akan merosakkan tisu gusi.



Gingivitis merupakan penyakit gusi yang menyerang pada peringkat awal dimana gusi akan membengkak dan meradang akibat jangkitan bakteria. Sekiranya tidak dirawat, ia akan melarat dan menjadi penyakit gusi. Penyakit gusi tidak akan hanya menyebabkan kehilangan gigi, tetapi ia turut dikaitkan dengan masalah kesihatan lain seperti penyakit kencing manis dan jantung. 

Lion Corporation Japan mula bertapak di dalam industri penjagaan mulut pada tahun 1896 dengan memperkenalkan serbuk gigi. Sejak itu penjagaan mulut telah mejadi perniagaan utama dan kepakaran Lion Corporation Japan yang dibuktikan melalui pengalaman lebih daripada 100 tahun bekerja bersama para profesional dalam bidang pergigian serta mempunyai pasukan pakar dan saintis mereka sendiri. 

Bercakap pada pelancaran Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE baharu, En Tatsuya Horiuchi, Pengarah Urusan Southern Lion menyatakan bahawa “Di Lion Corporation Japan, visi kami adalah untuk terus menjadi syarikat terulung dalam penjagaan kesihatan harian serta menjadi peneraju inovasi pembangunan produk yang menyediakan manfaat kesihatan, keselesaan dan kebersihan kepada pengguna kami. Matlamat kami dalam penjagaan mulut adalah untuk memperkasa rakyat Malaysia mengekalkan sekurang-kurangnya 20 batang gigi sehingga menjangkau usia 80 tahun agar dapat menikmati kehidupan yang lebih baik;” Sementara itu, Dr. Ahmad Sharifuddin bin Mohd Asari - Presiden Persatuan Periodontologi Malaysia sambil menekankan tentang kepentingan kesihatan gusi, berkata “Penyakit gusi sangat berleluasa di Malaysia. Gusi yang sihat boleh dicapai melalui penyingkiran plak di kawasan berisiko tinggi seperti poket gusi dan garis gusi. Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari dan hadiri temu janji dengan doktor secara berkala. Jangan abaikan tanda-tanda awal penyakit gusi seperti gusi berdarah, gusi merah dan bengkak. Dapatkan bantuan professional jika anda mempunyai tanda-tanda masalah gusi dan dapatkan rawatan dengan segera kerana penyakit gusi boleh diatasi pada peringkat awal.” 

 Mr. Edward Liew, Deputy Managing Director of Southern Lion Sdn Bhd,Mr. Allan Khong, Executive Director Sales & Marketing of Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd,Mr. Tatsuya Horiuchi, Managing Director of Southern Lion Sdn Bhd,Ms. Foo Hwei Jiek, Head of Trading of Watson’s Personal Care Sdn Bhd and Mr. Kenta Suzuki, Oral Care Specialist, Lion Corporation Japan Oral Care R&D

Systema Gum Pocket Man, Dr. Aida Nur Ashikin, Deputy Dean of Academic, Universiti Teknologi MARA (‘UiTM’), Mr. Tatsuya Horiuchi, Managing Director of Southern Lion Sdn Bhd
Yang Berusaha Dr. Nomah bt Taharim, Principal Director of Oral Health, Ministry of Health Malaysia, Mr. Edward Liew, Deputy Managing Director of Southern Lion Sdn Bhd and
Dr. Ahmad Sharifuddin Mohd Asari, President of the Malaysian Society of Periodontology 


SYSTEMA memahami isu penyakit gusi yang meluas. Dengan pemahaman yang mendalam terhadap keperluan mulut dan penyelidikan yang menyeluruh, SYSTEMA kini melancarkan penemuan inovasi terbesar Lion Japan; SYSTEMA ADVANCE, ubat gigi anti-plak dan anti-bakteria pertama yang menggabungkan TDS, IPMP yang mampu menyingkirkan plak, dan membunuh 99.9% bakteria di kawasan yang sukar dicapai seperti dalam poket gusi, dan GK2 untuk melegakan gusi. 


Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE memberi perlindungan 24jam daripada bakteria mulut dengan mengamalkan memberus gigi dua kali sehari serta 4x perlindungan lebih baik terhadap masalah gusi berbanding ubat gigi biasa.


Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE dengan teknologi Advance Plaque Buster bertindak dalam 3 cara: 

- TDS meleraikan plak untuk memudahkan penyingkiran 

- IPMP menembus masuk ke dalam lapisan bio di poket gusi dan membunuh 99.9% bakteria 

- GK2 untuk mengurangkan ketidakselesaan pada gusi 

Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE hadir dalam 3 variasi iaitu SYSTEMA ADVANCE Extra Gum Protection dengan perisa peppermint dan spearmint yang menyegarkan, SYSTEMA ADVANCE Deep Clean Whitening yang mempunyai rasa pudina yang lebih tahan lama dengan partikel di dalam pes dan SYSTEMA ADVANCE Extreme Clean Breath yang menyediakan rasa pudina berganda dengan teknologi penyejukan yang tahan lama untuk kesegaran nafas yang lebih.

Systema Advance Deep Clean Whitening

Systema Advance Extra Gum Protection

Systema Advance Extreme Clean Breath


Kini SYSTEMA berupaya menyediakan Sistem Anti-Plak SYSTEMA yang menyeluruh agar gusi dan gigi sentiasa sihat. Sistem Anti-Plak SYSTEMA menggabungkan ubat gigi Anti-Plak Systema untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria di dalam poket gusi manakala berus gigi Systema 0.02mm dengan bulu berus hujung tirus membantu menyingkirkan plak dari kawasan yang sukar dicapai terutamanya antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi bagi memastikan gusi dan gigi kekal sihat berpanjangan. 

Lebih penting lagi, melalui Pergigian Penegahan, Systema berhasrat untuk mendidik dan melengkapkan pengguna dengan pengetahuan tentang kesihatan mulut melalui kempen penjagaan mulut yang berterusan dan mampu beberikan anjakan perubahan ke arah kesihatan mulut yang lebih baik untuk semua. Bersempena pelancaran Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance, Systema turut melancarkan kempen kesedaran kesihatan gusi seluruh negara yang diadakan dengan kerjasama Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Persatuan Periodontologi Malaysia (MSP) dan Fakulti Pergigian, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bertemakan “SAVE YOUR GUMS, SAVE YOUR TEETH” ataupun “SAYANGI GUSI, SELAMATKAN GIGI” kempen ini telah dirasmikan oleh Dr. Normah bt Taharim, Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia.



Kempen kesihatan oral ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengambil langkah awal ke arah mendapatkan gusi yang lebih sihat melalui pemeriksaan gusi sebagai usaha untuk mencegah penyakit gusi. 

Sepanjang kempen berlangsung, Klinik Pergigian Bergerak yang disediakan MOH dan UiTM akan mengadakan lawatan ke pelbagai lokasi di seluruh Malaysia bagi membolehkan orang ramai mengambil bahagian dan mendapatkan pemeriksaan gusi secara percuma. Kempen ini akan menjadi peneraju misi Lion Corporation Japan untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik komuniti mengenai menyakiti gusi serta penjagaan mulut yang baik.




Dengan semangat membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki gusi dan gigi yang sihat, SYSTEMA menjanjikan 30,000 sampel Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE berserta risalah pendidikan kesihatan gusi bersemepena KEMPEN “SAVE YOUR GUMS, SAVE YOUR TEETH”. Ubat Gigi Anti-Plak Systema Advance akan diedarkan kepada orang ramai melalui MSP dan UiTM sewaktu aktiviti pemeriksaan gusi berlangsung bagi membolehkan pengguna mencapai gusi yang sihat berpanjangan. 

Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE kini boleh didapati di semua kedai dan farmasi terkemuka di seluruh negara pada harga RM12.55. Kini memiliki gusi yang sihat menjadi lebih mudah dengan SYSTEMA. Amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik bukan hanya sekadar melindungi gigi anda; ia adalah permulaan yang baik untuk gusi yang sihat yang akan membawa kepada kehidupan yang lebih sihat. 

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan Ubat Gigi Anti-Plak SYSTEMA ADVANCE atau bersama menyertai KEMPEN “SAVE YOUR GUMS, SAVE YOUR TEETH” sila layari www.southernlion.com.my dan laman Facebook rasmi di www.facebook.com/KeepSmilingMY

7 comments:

  1. selalu dengar tapi takpernah beli hehe

    ReplyDelete
  2. tertarik...
    tu plan nak tukar nanti

    ReplyDelete
  3. pernah pakai jenama ni dulu... not bad

    ReplyDelete
  4. systema ni paling aida ingat ialah lagu iklan nyer.
    part last skali, SA.
    "SYSTEMAAA..." hi hi hi hi
    aida x pernah guna brand ni lagi.
    sebab dok berkenan dgn safi sugi tu.

    ReplyDelete
  5. selalunya tengok berus gigi jer, ni ada ubat gigi pulak.. best guna ubat gigi suka yang extra gum tu bila gosok gigi jadi ringan jer hihihi

    ReplyDelete
  6. What an amazing article. Genuinely love it, thank you! I really adore your blog.
    hotmail sign in
    hotmail.com

    ReplyDelete
  7. bagus kan ubat gigi ni utk gigi sensitif

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah