Thursday, April 4, 2019

Terjebak King Mangifera By Husband Fasha Sandha

Hi korang...

Selasa lepas kawan opis SA saje nak cuba order King Mangifera iaitu mangga fresh yg popular sekarang ni. SA x tau la viral ke apa kan..the best part is dengarnya ini business husband si Fasha Sandha si Aidil...memang tak ketahuan la SA kalau bab artis ni...dulu suka la ikut perkembangan...sekarang krik..krik...SA la orang yang terakhir akan tau apa je cerita tentang artis. Nampakk.....memang x kuasa la SA nak amik tau...

So dijadikan cerita...maka SA pun terjebak beli 2 bekas mangga King Mangifera ni...padahal tengah batuk macam nak mati ni...nama pun dah terjebak kan...belasah la makan 1 bekas tu sensorang...rasa? sedap sangat...siap ada asam dan cili...mangga pun fresh dan crunchy..dah lama rupanya business ni sebab dah ramai agent dia yg cover sesetengah tempat...


terpaksa bergambar atas permintaan ..abaikan muka tak sihat tu


satu bekas ni RM15


isi pun banyak dan nampak asam serta cili tu?


suapan pertama terus jadi suapan yang entah ke berapa..

Tanpa sedar satu demi satu mangga ni SA makan sampai la habis...hey...tekak rasa clear sangat masa tu tau...tanpa SA fikir akibatnya di kemudian hari...hahahha...malam tu SA tak tido sampai ke pagi sebab batuk non stop...hambekkk....penangan kan...SA bukan apa...bab-bab mangga ni memang tak boleh tahan...hahaha...tanggung la akibatnya kan...berani buat berani tanggung...

Korang nak cuba?

Follow la ig diorang @kingmangifera

Kalau nak cepat contact number yang kat tepi bekas tu... dengarnya diorang cuti seminggu ni sebab wedding Fasha Sandha sebelah Aidil di Rembau.

9 comments:

  1. mak aii..sdapnya tgk akak mkna mangga tu. Saya pun tgk mangga macm tu mana blh tahan..hihi..

    ReplyDelete
  2. alahai kak.. meleleh ayaq liur ni

    ReplyDelete
  3. Pernah jugak nampak mangga ni kat IG Aidil tu. Tapi tak pernah la try lagi. Nampak sedap je tu😋

    ReplyDelete
  4. nampak aidil selalu promote mangga jeruk dia ni, SA..tak berani nak cuba sbb takut kesan cam SA tue la..haha..so tengok je la org promote, makan..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya SA.. anak-anak Kak Sue suka sangat nie. Boleh lah cuba nanti.. semoga cepat sembuh batuknya ya SA..

    ReplyDelete
  6. uish kecur ayaq liuq! haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah