Wednesday, April 22, 2020

Permohonan Bergerak Dari Kampung Bermula 25 April

Yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing-masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula 25 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata permohonan itu boleh dibuat melalui dalam talian atau di balai polis berhampiran.

Bagaimanapun, kebenaran untuk membenarkan mereka pulang masih di peringkat kajian dengan nasihat oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

"Mereka boleh mula melaporkan kepada polis melalui online, iaitu melalui aplikasi GerakMalaysia yang mana ini kolaborasi antara polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mulai 25 April nanti.

"Bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar dan sebagainya, permohonan boleh dibuat di balai polis berhampiran namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan di balai polis,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan, pergerakan dijangka bermula 1 Mei ini.

Katanya, setiap keluarga wajib mendaftar dan membuat permohonan bagi membolehkan pihak berkuasa membuat perancangan.

"Mereka yang mendaftar perlu mengemukakan nama, berapa jumlah ahli keluarga dan lokasi tempat untuk ditujui, dari kampung mana, zon merah atau hijau dan sebagainya," katanya.


13 comments:

  1. Ada yang duduk kampung. Stay terus kat kampung dululah sebab takut PKP sambung sampai raya.

    ReplyDelete
  2. Moga semuanya dipermudahkan.tawakkal kepada Allah.

    ReplyDelete
  3. Budak2 yang sangkut kat U tu pun kasilah balik
    kesian mereka

    ReplyDelete
  4. Adeh tataw nak komen apa... MOga dipermudahkan segalanya..

    ReplyDelete
  5. Yang terkandas tak balik kg masa pkp..xbole ke nk balik..hahaha

    ReplyDelete
  6. good news ni..semoga yang tersangkut kat kg berasa lega dengan berita ni..:)

    ReplyDelete
  7. Yang dah stay di rumah tu stay saja. Utk balik kampung ni better bagi peluang kepada pelajar kolej dan universiti.. Yang dah duduk rumah sendiri tak payah balik

    ReplyDelete
  8. by right... stay kampung kira ok la. bukan ada apa yg nak buat pon kut kalau balik rumah sendiri. aktiviti pon banyak kat kampung, unless dia tak seronok dok kampung (mana la tau kan, ada juga tu).. beza dia dok rumah sendiri bebas lagi la... apa2 pon good luck sapa yg nak balik rumah sendiri dari kampung... tapi kalau PKP tambah lagi... x beraya kat kampung macam ramai lagi yg lain laaa yg dok teringat kampung.

    ReplyDelete
  9. kesian kan budak2 U.. mesti diorang rindu keluarga sangat2..
    tapi hopefully krajaan betul2 tapis ni nak buat pergerakan macam ni.. takot ada yang ambil kesempatan..

    ReplyDelete
  10. semoga dipermuddahkan urusan kita seharian., aminn

    ReplyDelete
  11. kakak timm bertolak harini dri melaka-penang, dah otw dah..
    diorg pun ada surat kebenaran dari balai polis..

    ReplyDelete
  12. ada kebaikan dan keburukan juga usul tu. depend dengan keadaan keluarga masa ni. if semua berkumpul kat kpg dan nak balik rumah memasing di bandar rasanya baik just stay dulu lah, kat kpg tu, takut2 pkp dilanjutkan lagi. tapi bagi keluarga yg terpisah tu, ni lah masa tuk bersatu kembali. semoga C19 ni cepat2 lah nyah dari muka bumi ni.

    ReplyDelete
  13. baca gak kenyataan PDRM tu..pergerakan hanya dibenarkan ke bukan zon merah je kan..tapi tak tau la nanti kalau diorang akan update lagi...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah