Friday, June 5, 2020

Sahabat Untuk Selamanya...

Hi korang...

Apa erti sahabat dalam hidup korang? 

Pada SA persahabatan adalah lebih unggul dari percintaan. Sebab apa?Tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan persahabatan kekal abadi. Sahabat bukan tentang siapa yang telah lama kita kenali tetapi tentang siapa yang menghampiri hidup kita dan tidak pernah tinggalkan kita sekiranya kita di dalam kesusahan. Kadang- kadang sahabat yang suka berbelanja untuk kita tak kisahlah belanaja minum ke makan ke bukan sebab dia nak menunjuk pada kita yang kita mampu tetapi dia meletakkan nilai persaudaraan melebihi duit, kan?

Macam tu la SA dan Paris Ashiqin. Kalau korang biasa dan selalu mengikuti blog SA atau media sosial SA, korang mesti kenal Paris dan tau betapa kami ni rapat walau masa sangat mencemburui kami. Paris akan sentiasa bersama SA kalau SA memerlukan dan begitu juga SA..hubungan kami rapat kerana kami serasi bersama cuma kekangan waktu dan kerjaya yang memisahkan kami.kalau SA sibuk memang susah nak jumpa..kalau dia sibuk pun susah jugak kami nak jumpa walau jarak tempat kerja kami sekangkang kera je...

Baru ni Paris datang jumpa SA semata- mata nak bagi buah tangan sempena raya. Paris ni satu je la..memang takkan lupa kakak dia ni...ada je yang dia buat untuk surprisekan SA...hehehe...



Dodol Premium...sedap...


Wajik pun...sedap...


Takde social distancing tapi takpe..rindu punya pasal


Katnya SA dah nipis...ntah nipis celah mana pun SA tak tau


Paris sentiasa gojes...kan?

Jumpa sekejap pun takpe sebab SA tengah kerja kan masa ni...terima kasih Paris..sudi luangkan masa jumpa kakak..lama gak kami tak jumpa..tak ingat plak last jumpa bila..haha..rindu sangat nak lepak minum- minum, window shopping dan sebagainya...dengan Paris SA tak perlu nak cover2 perangai sebab perangai kami sama..jenis happy go lucky..hahaha...tunggu PKPB ni habis dan kita boleh kembali macam dulu bebas kemana- mana..nanti akan ada pertemuan demi pertemuan. 

Ingat korang...Sahabat tidak pernah hilang dari hati kita...kan?Persahabatan yang akrab tidak mungkin dapat dipisahkan kecuali kematian..

Jumpa lagi next entry...


6 comments:

  1. Betul tu akk...
    Nieyl seorang yg sgt menghargai persahabatan...
    So, siapa yang kenal rapat dgn nieyl, akk tahu mcm mana nieyl menghargai mereka..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.Susah nak cari dan dapat sahabat kan SA.Sesiapa yang dah ada sahabat,jagalah silaturahim itu sebaik-baiknya.Jaga sama-sama.

    ReplyDelete
  3. Yaa gojes dan tinggi orangnyaaa yaa..suka persahabatan telus gini..kadang kita ramai kawan, tapi nak cari sahabat sebenar tu susah...

    ReplyDelete
  4. Seronok ada sahabat satu kepala.

    ReplyDelete
  5. Nnt join segmen saya kak SA eh..
    https://www.aziankhalil.com/2020/06/segmen-bloglist-pkpp-at.html?m=1

    ReplyDelete
  6. sama cantik, sama padan...eh macam peribahasa orang kawen pulak..haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah