Monday, December 18, 2017

Resepi | Sup Kepah Style Suria Amanda

Hi korang,

Dari last week SA nak share ngan korang resepi Sup Kepah ni...Ekceli ini la menu utama kalau SA pi makan kat Chinese Seafood Restauran Lala Chong. SA memang tak pernah missed order Sup Kepah..Dah beberapa kali makan kat situ so SA dah macam immune dengan rasa dan bahan- bahan yang di gunakan so SA cuba la masak sendiri...kebetulan pergi Pasar Seremban last week so SA beli la kepah...RM9 sekilo so SA beli 2 kilo. Sajer jer nak cuba kan...kalau sedap boleh la jadikan resepi sendiri bila teringin...

Disebabkan cubaan buat Sup Kepah menjadi so SA nak share la resepi kat blog ni...


RESEPI SUP KEPAH STYLE SURIA AMANDA

Bahan- bahan

  1. 2 kg Kepah ( Beli yg fresh) - Cuci bersih
  2. 4 ulas bawang putih
  3. 3 ulas bawang merah
  4. 1 inch Halia
  5. 2 Batang serai - dititik
  6. Daun Bawang & Daun Sup - potong panjang2
  7. 2 titik minyak bijan
  8. 2 sudu besar minyak untuk menumis
  9. Garam
  10. Perasa ( jika perlu)
Bahan no 2-4 tumbuk 

Cara memasak

  1. Tumis bahan 2-4 sampai naik bau dan bertukar warna
  2. Masukkan serai
  3. Masukkan 1/2 jag air dan biar mendidih
  4. bila dah mendidih masukkan kepah
  5. masukkan 2 titik minyak bijan
  6. perasakan garam
  7. last sekali masukkan daun bawang dan daun sup
  8. tutup api
  9. sedia dihidang

Senang kan?

Resepi SA biasanya memang senang- senang je...yang complicated memang malas nak share..hehehe...sedapnya sup Kepah ni sebab kepah fresh mengeluarkan rasa manis yang original..tapi kena make sure beli yang fresh...beza Kepah dan Lala...lala kecil2..dan kepah bentuk dia bulat2 macam dalam gambar tu...SA suka je makan seafood kerang- kerangan ni...memang dari kecik suka...cuma bila dah umur macam ni kena kurangkan sikit makan seafood...tak elok untuk kesihatan...takut kena gout...heheheh.....so selamat mencuba ye korang....nanti kita jumpa lagi next entry resepi...

24 comments:

  1. SENANG KAK..TP KEPAH NI SSH DPT. aLHAMDULILLAH DAPT MAKAN SMLM KAT sEOUL gARDEN :)

    ReplyDelete
  2. saya ni sampai sekarang tak tahu nak beza lalal dengan kepah..hahah..Baca macam ni ingat la..satgi sampai masa nak beli entah apa2 saya sebut.ahahahha

    ReplyDelete
  3. nampak sedapnya sup kepah tu..nak try buatlah..

    ReplyDelete
  4. dapnya...tak pernah try makan kepah..kalau lala tu selalu...

    ReplyDelete
  5. wah..sup kepah. wt masak cili pun sedap ni

    ReplyDelete
  6. Sedap betul nampaknya best kalau boleh food test

    ReplyDelete
  7. Huyoo, tapi Nona x minta sangat kepah tu..hehe

    ReplyDelete
  8. Alamak.. sedapnya.. sambil2 makan tgk dah abis je kan

    ReplyDelete
  9. Sedapnya tapi belum pernah buat sup boleh refer resepi kak sa lepas ne

    ReplyDelete
  10. Omputih panggil ni clam..baru tahu orang melayu panggil dia kepah hihi poyo kan, xtahu yang bahasa melayu panggil ape.. ^_^

    ReplyDelete
  11. Sedapnya SA, Kak Sue pun suka makan kerang-kerangan atau seafood.. tapi Kak Sue belum pernah masak kepah nie. Boleh cuba nanti nie..

    ReplyDelete
  12. perghhh tgk gambar pun dah boleh bau dan rasa sup ni

    ReplyDelete
  13. nyum nyum, masak sendiri berbaloi kepah ni. kalau beli kt luar nangesla kulit je dpt huhu

    ReplyDelete
  14. Nampak cam sedap je. Nak try la tapi sebelum tu kenalah keluar cari kepah dulu ni

    ReplyDelete
  15. Wahhh... Sup Kepah... Sedap nih... Resepi pun mudah je.. Boleh lah LeYa try balik ni.. Hehee..

    ReplyDelete
  16. Kalau sup-sup ni, mak suka hirup kuahnya waktu masih panas-panas suam... :)

    ReplyDelete
  17. Senang je resepinya. Tp itulah. Sejak kena tiroid ni cikla dah tak mkn seafood. Huaaaaa...

    ReplyDelete
  18. sedap ni bab sup sup. lepas tu mesti nak tambah nasi lagi.

    ReplyDelete
  19. Kak saya belum penah cuba sup ni. Tapi di KK banyak betul la kedai offer kepah masak sup. Hurmmmmm. Nanti nak cuba resepi akak. Dah tau makan, pi Sandakan order menu ni je. Hahaha

    ReplyDelete
  20. saya suka tumis gitu je kak.. ada kuah sikit2 pun dah sedap.. kalau buat sup lagi la

    ReplyDelete
  21. Bertambah sedap bila anak bagitahu ibu masak sedap.. fuh.. kembang setaman rasanya.. hehehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah