Thursday, April 26, 2018

Musim Sakura Akhirnya Tiba Jua!

Musim bunga telah tiba di Jepun, dan Tokyo serta Kyushu telah menyaksikan kemunculan bunga sakura yang pertama untuk musim ini. Sakura mekar lebih awal tahun ini, terutamanya di wilayah Kanto, Koshin, Tokai dan Kinki, dan lebih 700,000 tetamu Airbnb berpusu-pusu ke Jepun sepanjang tempoh ini.

Musim sakura bergerak ke arah ke Utara, dan bunga ceri yang putih bersih dengan sedikit sentuhan merah jambu ini akan memeriahkan musim bunga di serata negara dari hujung minggu ini sehingga minggu hadapan, sebelum tiba di Hokkaido pada awal bulan Mei.

Lokasi popular untuk melihat bunga ini termasuk di Tokyo, Osaka, Okinawa dan Fukuoka. Jika anda cukup bertuah untuk melawat Jepun semasa musim sakura ini, pastikan anda meraikan keindahan bunga-bunga kecil ini sambil menyertai Pengalaman yang diterajui oleh peminat sakura tempatan.


Tokyo

Parti Memasak Bento dan Melihat Sakura

https://www.airbnb.jp/experiences/184175

Parti melihat bunga sakura tidak akan lengkap tanpa bento Hanami! Kotari akan memimpin anda dalam mencipta sushi dan kek cawan Sakura anda sendiri. Anda boleh bawa kotak bento anda sendiri, bungkuskan hidangan kegemaran anda, kemudian nikmati keindahan sakura di kawasan berhampiran.


Kamakura

Sakura & Sake di Kamakura, Ibu Kota Purba Shogun


Ini satu lagi peluang menikmati keindahan bunga sakura, kali ini bersama pakar Ikebana, Anton. Di ruang mewah yang diatur oleh Riho Miyamoto, yang dipenuhi kuntuman sakura, anda boleh menikmati menu padanan yang lazat dan disediakan dengan teliti oleh cef. Kamakura juga tidak kurang hebatnya dengan pilihan tempat melihat bunga sakura, jadi jangan ketinggalan!



Kyoto

Memetik Teh di Perkampungan Teh Wazuka di Kyoto


Ini khas untuk penggemar-penggemar teh hijau di luar sana. Daiki, seorang peladang teh Uji di Uwajima, akan membawa anda ke rahsia yang kemas tersembunyi di Kyoto, Wazuka, untuk mencari daun teh yang terbaik. Perjalanan meredahi selekoh-selekoh tajam dan mendaki cenuram akan membawa anda ke ladang teh organik di atas gunung. Nikmati keindahan alam semula jadi di wilayah penuh mistik ini, merasa sencha dalam musimnya, dan berehat di kafe sambil menghirup matcha atau teh hijau kegemaran anda. Kalau bertuah, anda juga mungkin berpeluang melihat bunga sakura liar! 


Terokai dunia Geisha & Kyoto sebenar


Kyoto terkenal dengan kekayaan susur galur sejarahnya. Apa yang anda perlukan untuk menyelami sepenuhnya kekayaan masa lampau dan budayanya ialah seorang pemandu pelancong yang cukup mesra dan berpengetahuan seperti Kentaro. Lawatan ini memberi tumpuan kepada budaya Geisha, tempat-tempat suci dan kuil. Kehadiran sakura yang memeriahkan suasana membangkitkan lagi keindahan dan aura klasik kepada lawatan anda.



Fukuoka

Pendakian Panoramik dan Memasak Di Luar


Osamu mempunyai pengalaman mendaki lebih 40+ tahun di serata dunia, termasuk Nepal dan Alaska. Bersama-sama dengan Nami, beliau membimbing anda merentasi Gunung Kizan, yang dahulunya merupakan tapak Istana Kii yang dibina pada tahun 665 sebelum Masihi oleh Maharaja Tenji untuk melindungi Dazaifu. Sepanjang pendakian ini, beliau juga akan menerangkan herba-herba liar dan kegunaannya dari sudut perubatan. Pemandangan yang memukau dari puncak serta mi udon yang lazat akan melengkapkan hari anda.

                                                   

12 comments:

  1. Best nie kalau dapat pi makan angin ke Jepun kan SA..

    ReplyDelete
  2. tengok entry ni terus lapar sushi haha

    ReplyDelete
  3. syoknya pegi negara sejuk kan..bila gaknya dapat ke sini

    ReplyDelete
  4. jom kak kita pergi jepun menikmati sakura yg cantik tu

    ReplyDelete
  5. Best kalau dapat pegang bunga sakura. Nak tahu jugak texture dia macam mana.

    ReplyDelete
  6. Bestkan kak dapat pergi Jepun nak nak time musim bunga

    ReplyDelete
  7. bestnya.. bila nak byk duit ni? psstt.. kak belanja satu tiket ke jepun please.. hihi

    ReplyDelete
  8. I wish I could be there satu hari nanti. Suka dengan tempat yang jauh dari kesibukan kota.

    ReplyDelete
  9. Best kan kalau dapat pergi Jepun. Musim bunga sakura ni cantik sangat. LeYa teringin nak ke sana suatu hari nanti. Acah-acah honeymoon ntah kali ke berapa dengan En Otomen.. hehehe...

    ReplyDelete
  10. One of my wishlist country. Harap dpt la jejakkan kaki ke Jepun hee :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah