Wednesday, April 25, 2018

Weekend Menjamu Selera Pakcik Sekeluarga Dari Langkawi

Hi korang...

Weekend lepas SA menerima tetamu..adik mak yang jauh nun dari Langkawi balik Seremban nak tengok Mak Long yang sakit kat hospital dan Mak SA..Jumaat malam tu diorang dah sampai..so Jumaat malam tu SAsampai dari KL terus balik rumah masak..tapi lauk untuk malam tu tak sempat nak ambil gambar...then esoknya Sabtu bermula rutin SA...nasib baik sarapan pagi adik SA yang siapkan..then SA bertungkus lumus masak untuk tengahari. punya lah penat SA tak ambil gambar jugak...hahahaha...ngek kan...tapi masa tu masak Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api ngan sayur skit..
Lepas pada tu la SA pi Palm Mall tengok wayang tu...sebab tu la macam lambat je keluar rumah kan..nasib baik sempat tengok wayang..kisah tengok wayang tu dah baca kan..so kita tinggalkan citer tu..kita focus bab SA masak lauk pauk untuk Sabtu malam tu...sebab sebelum Pakcik nak balik ke Langkawi semula naik bas dari Seremban ke Kuala Perlis, kami jamu diorang makan..memang makan je la kerja diorang kat rumah SA..seronok tengok semua berselera makan..lagipun lama tak jumpa kan..setahun sekali pun payah...

Jom la tengok gambar...


Sambil makan sambil borak..


Pak Uda dan Mak Uda


Makan kenyang- kenyang nanti bas berhenti kat mana- mana tak yah makan dah


Menu Ahad | Brocolli with Shitake Mushrooms



Menu Ahad | Singgang Ikan Tenggiri


Menu Ahad | Ikan Kerisi Goreng Halia


Menu Ahad | Sayur Campur


Menu Sabtu | Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api


Menu Sabtu| Sambal Udang Petai


Menu Sabtu| Telur Dadar Tomato


Menu Sabtu | Kacang Buncis Goreng Campur Udang Putih


Haaaa itulah menu yang SA masak...hehehe..salah plak susunan..patut susun Sabtu dulu...malas nak godek lagi so biarkan aje..itu jer la yang SA masak..sensorang je masak..eh..telur dadar tu adik SA yang tolong masakkan...satu kesukaan kami anak beranak kalau buat telur dadar mesti letak cili potong, bawang banyak pas tu hiris tomato sekali..so telur dadar tu jadi sedap sangat...tak percaya? korang cuba buat...sedap...
Next week tak tau la nak masak apa plak..petang Ahad lepas SA sempat pergi Pasar Malam Senawang, SA beli ikan puyu 3 ekor dan ayam pencen 2 ekor..dah masak sikit ayam pencen..ikan puyu besar2 dan gemuk2 tu SA pesan kat Abah, tunggu SA balik nanti baru masak..SA memang suka ikan sawah..sedap...nanti dah masak tunggu SA update eh..kalau rajin SA buat video...kalau rajin la..selalunya malas yang lebih...

Jumpa lagi next entry...

33 comments:

  1. ayam kampung tu sodapnya...menu2 lain pn ...yummmmm

    ReplyDelete
  2. Seronoknya dpt berkumpul , makan sesama...
    Eh! Brokoli + mushroom tu nampak sedap laa... .

    ReplyDelete
  3. alam bestnya semua menu Dalam entri ni kak SA !!! Masakan style ala-ala kampung ni memang laya betul lah. serious lama tak layan masakan macam ni geram tengok ayam masak cili api tu, rasa macam nak masak macam tu la... husband macam dah rindu masakan dari isteri diaaaa. heheeheehehe

    ReplyDelete
  4. br mlm td aida buat masak lemak ayam. but tanpa cili padi.
    Kang anak x bleh makan :-) ha ha ha...
    Meriah Lauk!

    ReplyDelete
  5. alahai bestnya makan semeja semua ni, mesti bertambah hehe. tengok gambar gambar makanan terus jadi lapar

    ReplyDelete
  6. Libur emang pasnya berkunjung sanak keluarga jauh. Momennya pas hehe.
    Itu makananya sepertinya sedap sekali. Membuat diriku ingin mencicipinya hha

    ReplyDelete
  7. Kita pandai makan ikan sawah. Ada yang tak reti makan ikan sawah ni. Buat pekasam pun sedap. Sedap2 nampak masakan Sa. Masakan simple u yang buat sedap tu.

    ReplyDelete
  8. Tetamu datang bawa rezeki kan. Murah rezeki tetamu dapat makan makanan sedap ni. Kecur ailio kita nengok ni SA. Menu nampak simple tapi boleh buat tambah nasi banyak kali ☺

    ReplyDelete
  9. Mama Auni pun kalau buat telur dadar mesti kena ada cili potong dengan bawang. Sedap makan ramai-ramai macam ni walaupun lauk simple.

    ReplyDelete
  10. Sedap nya lauk pauk akk..so yummy

    ReplyDelete
  11. Semua menu kena dengan selera ai.. eemm.. orang nogori kan.. ;)

    ReplyDelete
  12. Akak, tolonglah ambil saya jadi adik angkat. Weekend kita datang tengok akak (sambil makan) Rajin Kak SA masak banyak-banyak. Tapi memang seronok kan, masak makan jamu family.

    ReplyDelete
  13. Wahhhh..sedap la telur dadar tomato tu. Semua nampak sangat menyelerakan je. Lagi sedap makan bersama - sama dengan family. Mesti nak tambah. Hehehe. :)

    ReplyDelete
  14. Semua menu sedap-sedap SA.. Kak Sue kalau goreng telur letak cili padi n bawang. Lain kali boleh try letak tomato pulak.. yummy!

    ReplyDelete
  15. Nikmat tuh pak cik dari pulau Langkawi makannya. Masakannya terlihat sangat enak dan menggoda selera makan.

    ReplyDelete
  16. Makan ramai2 memang best. Apatah lagi naskaan sendiri. Duk bersila memang meriah :-)

    ReplyDelete
  17. bila dah lama sgt tak jumpa mesti banyak benda nak borak.. mmg best makan ramai ramai

    ReplyDelete
  18. Aduh duh duh byknya menu kak SA. Bilalah berkesempatan together nk mkn mskan akak. Hehhee. mesti seronok saudara akak dpt mkn lauk pauk nak² ayam kg tu.

    ReplyDelete
  19. Untungnya keluarga sis! Nampak makanan semua memang mengancam dan mesti tak mengecewakan. Memang berbaloi betul tu jauh datang dari Langkawi! Hehe.

    ReplyDelete
  20. Tetamu ni pembawa rezeki pada kita, lagi2 pula sedara mara datang berkumpul ramai-ramai saling masing-masing bercerita, wah seronoknya rasa.

    ReplyDelete
  21. makan beramai2 kar umah dengan masakan umah mmg best kan... rindu betul to my families now...

    ReplyDelete
  22. Pandai betul kak SA masak semua menu ni. Kalau makan ramai-ramai bersama keluarga lagi lah sedap kan.

    ReplyDelete
  23. Banyak nya menu kak. Murah rezeki jamu keluarga ni kan kak. Makan ramai2 ni makin berselera lah jadinya. Tak yah dah nak singgah makan nanti.

    ReplyDelete
  24. Pergh akak. Menu akak semua buat saya terliur. Sedap2 tu semuanya. Dah macam chef ya akak.

    ReplyDelete
  25. Macam2 menu nampaknye.
    Nampak berselera mereka makan

    ReplyDelete
  26. Bila kmpul rmai rmai, msk simple pun sedap. Tempting semuanya.

    ReplyDelete
  27. Rajin la akak ni masak. Untung tau sapa dapat akak ni...
    Pinjam sikit kerajinan akak tu dekat saya kak...

    ReplyDelete
  28. banyaknya lauk kak.. meriah.. best kan kalau sekali sekala jamu tetamu mcm ni

    ReplyDelete
  29. Sesekali bila saudara jauh balik rasa seronokkan..boleh masak masak dna makan sama sama

    ReplyDelete
  30. Allahu singgang ikan tenggiri tu sis. favourite kita tau. dapat makan dengan nasi panas dengan budu. alahai heavennya

    ReplyDelete
  31. Kenyang mata tengok gambar-gambar makanan yang kak SA share kat blog ini.. kikiki..

    ReplyDelete
  32. Sedapnyaaa tengok gambar sambal udang petai tu. Mata ni sedap je tgk and sambil telan air liur hee.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah