Monday, April 9, 2018

Althea Bare Essentials | 3 Langkah Mudah Dan Berkesan Untuk Penjagaan Kulit Muka

Kehebatan Hasil Sesuatu Mekap Bermula Dari Penjagaan Kulit Yang Hebat

Hi korang...

Memiliki kulit yang cantik, halus dan putih bersih tanpa secalit noda menjadi perhatian mata yang memandang. Beruntunglah wanita yang memiliki kulit wajah cantik tanpa sebarang cela mahupun masalah. Tanpa perlu bersolek tebal, kejelitaan semula jadi terserlah hinggakan ramai menyangka seseorang itu lebih muda daripada usia sebenar. Semua wanita nak macam tu kan...Kebanyakan wanita Asia memiliki kulit berminyak yang mudah mengundang jerawat. Kehadiran ‘tetamu’ tidak diundang itu bukan saja mencacatkan wajah, malah menimbulkan parut yang lambat pudar hingga terpaksa ditutup dengan solekan tebal.

Penjagaan kulit muka dalam dunia kosmetik adalah sangat- sangat penting.Usah abaikan perkara remeh dalam asas penjagaan kulit demi kesihatan serta kecantikan kulit yang berpanjangan. Siapa kata penjagaan kulit muka tak penting kan? Apa gunanya pakai mekap kalau kulit muka tak sihat..betul tak?Untuk itu jom meminimumkan asas penjagaan kulit muka anda dengan Althea Bare Essentials! Dengan ramuan berkhasiat dan pelaksanaan mudah,  3 produk hebat ini memudahkan rutin kecantikan untuk semua wanita. Ye..product ini diterbangkan jauh dari Korea untuk wanita-wanita yang utamakan kecantikkan kulit.

Jom ikut SA gossip tentang betapa hebatnya product Bare Essentials ni...


Tadaaaa....all the way from Korea...set Althea Bare Essentials...


Set Althea Bare Essentials yang buat semua wanita jatuh cinta


CONTOUR CLEANSER | 150g RM23.00


Langkah 1 adalah Contour Cleanser, pembersih yang kaya dan berbuih yang menghilangkan kekotoran sambil meningkatkan peredaran darah untuk rupa berbentuk V tersebut. Ia mengandungi kapsul mikro untuk perlahan-lahan menghilangkan sel-sel kulit mati dan meninggalkan kulit berasa sejuk dan segar juga! Sesuai untuk semua jenis kulit.

Penggunaan : lembabkan kulit, kemudian picit sedikit contour cleanser, biarkan ianya berbuih dan sapukan ke seluruh ke wajah, Urut dengan gerakan bulat. Bilas dengan air.

Kandungan

Ice Plant - Menghidrat dan menenangkan jerawat yang kemerahan

Lemon myrtle - Kaya dengan vitamin C dan antioksidan untuk menguatkan kulit.


PRIMER WATER | 200ml RM43.00



Langkah 2 ialah Primer Water. Halus, menghidratkan dan sebagainya, sedikit seperti balsem, botol keajaiban ini menembusi lapisan kulit untuk penyerapan yang sempurna, menyegarkan kulit dan menjadikannya seperti kanvas licin untuk keberkesanan yang akan datang. Gunakan bersama-sama dengan Contour Cleanser dan Fixer Cream untuk hasil terbaik! 

Penggunaan: Tuangkan sedikit dan sapukan secara merata ke muka, perlahan-lahan sapu dengan lembut untuk penyerapan yang lebih baik.

Kandungan

Snow Lotus - Melicinkan dan mencerahkan kulit semasa petang keluar teksturnya

Patented "dewdrop" formulation  - Menghidupkan semula kulit dan memberikan kelembaban segera serta berkesan.


FIXER CREAM | 50g RM50.00



Langkah 3 ialah Fixer Cream . Ciri-ciri pelembab yang kuat dimasukkan ke dalam balang kecil ini yang menyediakan kulit dengan penghidratan sehingga 24 jam untuk kulit yang segar dan sihat. Tekstur yang tidak melekit dan cepat menyerap. Gunakan bersama dengan Contour Cleanser dan Water Primer untuk hasil terbaik!

Pengunaan: Sapukan secara merata ke muka dan dap perlahan hingga menyerap ke dalam kulit.

Kandungan :

Trehalose - Humectant berkuasa yang mengekalkan kelembapan pada kulit

Wild Green Tea - Menghidrat, menenangkan kulit dan antioksidan

Baobab Tree Extract - Ejen pelembab yang tidak berminyak yang membantu menggalakkan pengeluaran kolagen.




APA KATA SURIA AMANDA?

Pengalaman SA menggunakan 3 produk Althea Bare Essentials ini sendiri. Memang best sangat- sangat especially semasa proses mencuci muka dengan Contour Cleanser..dengan ekstrak Lemon Myrtle dan Ice Plant dan bau yang lembut membuatkan kulit muka SA tenang. Sebab apa? sebab ada butiran Mikro Capsule yang bertindak hebat mengeluarkan kotoran dari dalam. Urutan dari butiran Mikro Capsule ini juga buat SA rasa nak cuci muka 2-3 kali sepanjang masa. Contour Cleanser ini sangat sesuai untuk kulit muka SA yang berminyak dan mudah ditumbuhi jerawat degil, Selain membersihkan dan surutkan bengkak jerawat, ianya juga boleh membentuk wajah kita menjadi Vshape. Hebat kan?


Selepas mencuci muka dengan Contour Cleanser SA gunakan pula Primer Water. Ianya merupakan gabungan toner dan Primer dalam satu botol bertindak untuk melembab. Tuangkan sedikit pada tapak tangan dan oleskan ke muka. Dengan perlahan urutkan ke seluruh wajah untuk serapan yang sekata. 
Untuk langkah terakhir SA sapukan Fixer Cream. Bertindak sebagai pelembab dan untuk menghidrat, menenangkan dan sebagai antioksidan.Tekstur Fixer Cream ini agak melekit tetapi mudah menyerap. SA gunakan sebagai base mekap juga dan hasilnya memang best..SA sangat- sangat rekomen pada korang untuk menggunakan set Althea Bare Essentials ini..Tak perlu risau sebab kandungan menggunakan bahan semulajadi dan sesuai untuk semua jenis kulit.



Menarik kan? SA yakin korang akan puas hati macam mana SA puas hati...best 3 product ni...Inilah rahsia penjagaan kulit muka yang sebenar. Dengan harga yang berpatutan dan dapat memberikan hasil yang memuaskan..Apa tunggu lagi...dapatkan set penjagaan kulit muka anda dan rasai pengalaman yang tidak mengecewakan..SA percaya dengan penggunaan yang konsisten mampu menyihatkan kulit muka kita semua. Yang penting kena disiplin.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Official Althea Facebook : https://www.facebook.com/altheamalaysia
Official Althea Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/

41 comments:

  1. Menarik baca review SA nie tau, rasa macam nak cuba pulak. Kak Sue suka yang Primer Water tu, tapi pakai satu set baru lengkap kan..

    ReplyDelete
  2. Wahhh mesti rasa fresh je muka kak SA kan pakai produk ni.. Sy mcm tertarik dengan primer water tu lah.. mcm best je.

    ReplyDelete
  3. bagusnya...warna pun jernih dan clear saje...tanpa pewarna tambhan

    ReplyDelete
  4. Skincare dari korea memang best pernah pakai sekali kak ipar lanje hehe. Eh kak sa rambut dah potong kew?

    ReplyDelete
  5. Bare Essentials memgvbest bila pakai

    ReplyDelete
  6. Semua orang cakap produk Althea ni best sangat. Semua yang gunakan kali pertama pun sudah jatuh cinta. Rugi lah kalau tak mencuba, ya tak. Nak rekomen kat kawan-kawan lah

    ReplyDelete
  7. ramai kata best pakai bare assential ni..tertarik jugak ni

    ReplyDelete
  8. First time ana guna, ana rasa teruja sgt kak. Rasa segar kulit dibuatnya. Best sangat. Berbaloi kalau beli.

    ReplyDelete
  9. ni baru from althea kan.. ramai juga dh buat review.. nmpak cam bagus.. hehe patut try ni

    ReplyDelete
  10. baru cuba 2 hari not bad gak lah

    ReplyDelete
  11. memang best,baru start pakai

    ReplyDelete
  12. jatuh cinta dah dengan BE ni..hihihi

    ReplyDelete
  13. jue suka yg primer water. contour cleanser tu mcm cleanser scrub kan..

    ReplyDelete
  14. Nak kena cuba baru tahu hasilnya kan SA.. ;)

    ReplyDelete
  15. bestnya dapat review Althea. kolin suka giler...

    ReplyDelete
  16. cantiknya packaging dia. makin comel la kak SA lepas ni

    ReplyDelete
  17. ramai share kata produk ni bagus kena dapatkan gak satu ni

    ReplyDelete
  18. review org ramai kata ok produk ni..

    ReplyDelete
  19. Belum pernah try brand ni lagi. Nmpk menarik utk d cuba

    ReplyDelete
  20. teringin nya nak guna produk althea ni...nak juga ala2 gadis korea gitu hehe

    ReplyDelete
  21. I baru try product ni dari althea bare essential also.. super nice... I love it!

    ReplyDelete
  22. Suka lah dengan packaging dia, simple je. Kak harga PRIMER WATER tu berapa? Akak tak tulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM43.00, hehehe tak perasan tertinggal harga kat situ...thanks yani

      Delete
  23. Menarik pulak lepas baca review akak ni, mesti best kalau dapat guna complete set. Terasa nak pegang pipi selalu. Mana tahu lekat iras-iras gadis Korea lepas pakai.

    ReplyDelete
  24. althea ni memang cukup terkenal... banyak review yang positif ya. sesuai sangat untuk wanita yang bukan setakat mementingkan penampilan wajah, bahkan kesihatan muka secara keseluruhannya!

    ReplyDelete
  25. okay i dah cuba ketiga-tiga ni, contour cleanser memang dia bersihkan kulit i sampai dalam pori tu.... lepas dah cuci muka nampak cerah, then pakai primer water tu rasa kulit sangat moist sangat lepas tu dah setel tu i pakai yang cream last tu... untuk lock moist, sampai 1 hari kulit rasa bebas minyak mengarut dan nampak lebih lembab... i recommend sangat untuk yang nak gunakan asas penjagaan kulit..

    ReplyDelete
  26. Wah... menarik nih informasi tentang penjagaan kulit agat tetap sihat dan cantik terpelihara. best nya ke 3 product ni.. ya

    ReplyDelete
  27. Nampak menarik packaging dia pun...simple je 3 step eh. gojes la SA lepas ni. next skincare boleh la pertimbangkan yg ni pulak.hehe

    ReplyDelete
  28. Ramai blogger yg review produk althea ni..majoriti cakap best..makin meletops la SA lepas ni..

    ReplyDelete
  29. Penggunaan produk macam ni kena rajin. Bukan setakat pakai aje. Kena rajin cuci muka, urut muka, manja-manja muka. Harap akak teruskan pakai sampai kulit gebu gebas. Haha

    ReplyDelete
  30. aida ada folo semua kat fb SA.
    packaging nyer cantik. simple. elegan lah.
    menarik perhatian sgt :)

    ReplyDelete
  31. Patutlah kulit Kak SA cantik. Premier tu mcm best je. Comel je packaging dia. Nmpk mcm air mineral. Ramai nampak positive feedbacks dri org ramai pasal produk Althea nie. Mgkin boleh cuba lepas nie

    ReplyDelete
  32. Wah menarik juga produk daru Althea ni ya. No wonder banyak dalam kalangan rakan FB saya berkongsi tentang produk mereka ini.

    ReplyDelete
  33. Produk Althea ni memang best best kan kak SA :)

    ReplyDelete
  34. Rasa kulit muka Bro dah kembali berminyak la, pencuci muka yang selalu bro pakai pun macam kurang berkesan je sekarang nie.. ke dah expired hahahaha

    ReplyDelete
  35. Sis memang suka dengan produk dari Althea ni..rasa sedap pakai dan rasa glow je muka. Lepas ni memang cadang nak pakai produk ni aje

    ReplyDelete
  36. Ramai betol kawan-kawan guna produk althea ni. Mesti bagus bangat kan sis. Nnti kalau orang tanya produk apa bagus mmg boleh recommand la kan

    ReplyDelete
  37. Awek muda patut lah jelous tengok orang perempuan semua ada produk kecantikan heheheeh kenapa tak ada yang berani keluar produk untuk lelaku lak....

    ReplyDelete
  38. Rawlins suka sangat menggunakan Fixer Cream sebab sangat light dan very moisturizing. BEST!

    ReplyDelete
  39. iolls pun dah cuba jugak..mmg best ;)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah