Monday, April 2, 2018

Keriangan Tanpa Henti Dengan Carrie Junior Funtime Wipes

~KELEMBAPAN TERBAIK UNTUK RASA SEGAR DAN BERSIH SEPANJANG WAKTU 

Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.

Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.


Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.

Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; 




Produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit. 



So buat ibu- ibu di luar sana dah sampai masanya kita mendidik anak- anak kita betapa pentingnya menjaga kebersihan.Funtime Wipes sebagai daya tarikan seawal umur dan boleh dibekalkan untuk kegunaan di sekolah atau di taska.Dari awal didik mereka untuk menggunakan wipes selepas melakukan apa juga aktiviti boleh menjauhkan mereka dari kuman berbahaya.

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak).

*Harga termasuk GST.

14 comments:

  1. Mak budak mcm saya pun suka jugak ni. Nak pergi carik lah nanti

    ReplyDelete
  2. Masa mak mertua sakit hari tu mmg banyak guna wet tissue... cari yg murah je hihi...

    ReplyDelete
  3. wangi sisssssss.. ktie suka bau dia.. segar !!

    ReplyDelete
  4. Sesuai ni bagi kat anak-anak bawak ke sekolah...dorang kan duk main kat sekolah tu..kadang tak hapa la yang dorang pegang...ada wipes ni, boleh lap2 je..terjamin bersih & mengelakkan kotor2 tu melekat kat tangan...

    ReplyDelete
  5. Sesuai ni bagi kat anak-anak bawak ke sekolah...dorang kan duk main kat sekolah tu..kadang tak hapa la yang dorang pegang...ada wipes ni, boleh lap2 je..terjamin bersih & mengelakkan kotor2 tu melekat kat tangan...

    ReplyDelete
  6. Wangiii Carrie Junior ni. Kalau beli ni kompom berebut ngan anak buah.

    ReplyDelete
  7. Carrie Junior pun dah ada tisu lembap kan..

    ReplyDelete
  8. tak penah try lg ni...nk kena try laa

    ReplyDelete
  9. Bestnya carrie junior dah ada wipes.nanti nak belikan untuk anak anak saya plak

    ReplyDelete
  10. Bestnyaa Carrie junior dah ada wipes! Kena dapatkan juga ni

    ReplyDelete
  11. Sampai sekarang ai masih guna wipe tissue dekat office.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. i like it :) carrie junior ni sape je tak fall in love dgn bau dia hee

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah