Sunday, July 8, 2018

Hujung Minggu Mak-Mak Memang Kena Masak...

Hi korang...

Selamat berhujung minggu...hujan la pepagi ni..adik SA masak nasi lemak..aduhai rosak diet den...makan sesenduk je la buat alas perut..sarapan penting kan..boleh je nak makan nasi lemak tapi beringat..berpada-pada..jangan melantak plak..itu yang tak boleh..ambil dalam kuantiti sikit je..
Ekceli SA masih x leh move on dengan kisah last week..SA x update lagi..banyak benda-benda best dan tak best berlaku dalam kehidupan..antaranya sambutan hari raya di Malakoff..setiap 6 level ambil bahagian dalam pertandingan menghias level masing-masing..walau kalah SA tetap bangga dengan hasil yang kami kami buat. Maybe judge x berapa alert dengan konsep tema..tapi takpe..adat bertanding..kisah tu nanti SA citer dalam entry lain ye..


cantik kan gambar ni? antara props di level SA

Semalam..Sabtu as usual sebagai seorang mak dan dabagai seorang kakak sulung serta anak sulung macam biasa la SA memasak...adik bongsu pun balik kan..so..jom la kita main masak-masak..xde istilah gantung kuali dalam hidup SA..masak memang menjadi keutamaan SA buat masa ni..kaau dulu mak sihat..mak yang masak sambil tunggu anak-anak balik hujung minggu. Sekarang perasaan itu berpindah pada SA..seronok memasak sambil tunggu adik adik balik..macam tu yang mak kita rasa agaknya...

So apa yang SA masak?


Sambal Udang Galah


Kerang goreng berlada


Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Api Berserai


Sayur Sawi Goreng

Seronok makan ramai-ramai tapi as usual..bila dh masak SA xde selera makan..makan setakat alas perut je..selalu macam tu so memang SA x puas la makan..hehehe..tapi memabntu jugak sebenarnya..membantu SA mengawal berat badan..walau x berapa berat tapi tetap kena kawal..umur dah 40 tahun kan..so bila bila umur dah naik ni memang kena la berhati-hati dalam pemakanan. Elak garam dan elak makan berlemak..eh..tapi SA masak lemak cili api? haaa..jangan x tau..sejak mak sakit ni kami dah x guna santan yang diperah terus menerus dari buah kelapa..tp kami gunakan santan kotak untuk elak kolestrol..x guna pun sesekotak kecik tu..tapi kami campur campur dengan air..so kurang la lemaknya walau dalam gambar nampak berlemak..

Itu la rutin SA setiap hujung minggu..memasak..jaga mak yang masih belum sihat sepenuhnya..mandikan dan cuci rambut mak..update terkini mak SA..mak dah mula buat kaedah CAPD untuk cuci buah pinggang..CAPD adalah kaedah cuci air dan dibuat sendiri di rumah..alhamdulillah mak dh mahir buat sendiri..kaedah ini agak sensitif..dimana kebersihan rumah dan bilik sangat sangat diutamakan....

Jumpa lagi next entry

19 comments:

  1. Saya masak juga..tp smlm tak msak, memenuhi jemputan.

    ReplyDelete
  2. terliur sangat tengok masak lemak tu, sama lah kita guna santan kotak tapi guna separuh je pastu air banyak. Still sedap :D

    ReplyDelete
  3. Sambal udang tu menggoda kemain kak SA. Nak cari udang lah jugak buat masak sambal macam ni. Heheh. Samaa! Selalu kalau sendiri yang masak mesti lepas tu tak berapa nak selera makan. Hahah! Tapi kalau tengok orang berselera makan apa yang kita masak, rasa puas hati sungguh.

    ReplyDelete
  4. Semalam akak buat samabal udang. Saya maak hari ni. Udang imported from Sabah.. Hahaha

    ReplyDelete
  5. terbaek.. sedap2 ni. hehe

    ReplyDelete
  6. Sedapnya sambal udang....yummy

    ReplyDelete
  7. mmg mcm tu la agaknya situasi org yg masak..bila da masak,kite sndri yg jd tak lalu makan...tp klo kite jd adik ak sa mmg gemok la..makan je kejenye

    ReplyDelete
  8. aduhai lah SA, udang tu, kerang lak.... ikan jenahak lak... akak ni mmg patut bukak restoren...

    ReplyDelete
  9. MN biasa masak isnin hingga khamis je...jumaat-ahad gantung kuali.. tapi kadang-kadang ada jugak masak masa hari minggu..

    ReplyDelete
  10. Semua menu sis SA nampak sedap especially sambal udang tu.. Nak kena masak jugak sambal udang ni..

    ReplyDelete
  11. Air tangan seorang kakak.. Memang mengancam betul menu-menu yang akak masak nie..

    ReplyDelete
  12. Nampak sesedap semuanya.
    Biasanya kalau kita yang susah payah buat, memang kurang selera nak makan.
    Mungkin dah penat, orang lain yang kenyang.
    Kalau nak berselera makan, pegi restoran, main order aje.

    ReplyDelete
  13. gemok btul udang galah tu..menu lain2 pn yummmmmy

    ReplyDelete
  14. moga mak SA bertambah sihat ye.
    yes apa pun memang kebersihan sekeliling kena jaga, SA.
    baru la apa2 rawatan dpt dibuat dgn yakin dan bersih.

    iye la, SA. da nama nyer Mak kan.
    memang kena masak. hujung minggu lah meraikan anak-anak.

    ReplyDelete
  15. eh lupa nak puji, SA pandai masak!!!

    ReplyDelete
  16. Sama macam Mak Kak Sue, suka masak. Hari-hari masak, kalau anak-anak balik lagi macam-macam Mak masak. Kak Sue pulak, kadang ada juga cuti masak SA.. hehehe.. Semoga Mak SA bertambah sihat ya..

    ReplyDelete
  17. Semua sedap2 kak. Banyak pilihan plk tu. Mcm Mak aina. Klu masak mcm ni lah banyak mata.

    Semoga mak k.sa bertambah sihat ya.

    ReplyDelete
  18. Kite masak tak pandai sgt kak, sikit2 blhlah. Tp tu lah kita org perempuan mmg kena taw bab memasak ni kan kak.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah