Friday, July 27, 2018

Malaysia Dilanda Fenomena Husna


Hi korang...

Lately ni Malaysia dilanda sindrom Husna kan? Fenomena betul la..masalahnya siapa la Husna yang menyakitkan hati kebanyakkan wanita dalam Malaysia ni...SA ni plak dunia hanya kerja..kerja ..dan kerja..sesekali nampak la kat timeline FB ramai yang meroyan pasal Husna..SA balik kerja memang dah letih dan takde la nak hiraukan sangat..sampai la Rabu lepas SA tetiba terpanggil nak tgok timeline..apa yang kecoh sangat pasal Husna, Nek Pah dan Shah ni...rupanya cerita kat TV3 yang buat korang meroyan..okey SA tak nak terjebak..kang SA sama- sama meroyan plak...maknany cerita ni berjaya la menyentuh hati dan perasaan semua wanita di Malaysia dan tak dinafikan lelaki pun turut serta..kenapa SA cakap macam tu? Kat timeline IG SA pun ada lelaki yang meroyan gak..sabar jer la...
Slot Akasia ni drama sangat la kan...kalau tengok dari awal memang rugi kalau terlepas..tapi SA tak rasa rugi tak tengok pun sebab SA tak nak sama- sam terjebak meroyan..naik plak darah tinggi kang..
Slot Jangan Benci Cintaku ni Adaptasi novel dan biasa la sekarang drama banyak dari adaptasi novel..SA tak pernah baca novel ni lagi..tapi SA share la sinopsis kat bawah ni...

Sinopsis Novel Jangan Benci Cintaku...

Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.

“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa.

Awalnya, Shahrizal masih melayaninya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi…..

“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal

Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah. 

‘Make him fall for you!’- Damia

Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.

“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal
“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa
“Mari, saya peluk.” - Shahrizal

Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai?

Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?



Ini la HUSNA yang korang benci sangat- sanagt tu kan?haha


Haa...baca sinopsis Novel macam menarik citer dia kan..kalau tengok drama sure meroyan ni...ikut hati nak tengok gak drama dari first episode..SA bukan apa kalau dah terjebak sure tak jadi kerja nanti kan..hahaha...semua cakap jangan tengok kalau tak nak menyesal..hahahaha....bila dah ramai penonton meroyan bermakna drama ni success la kan..pelakon semua menjiwai watak kan? ikutkan SA x suka pelakon lelaki dan wanita tu..tapi tu la..bila watak mereka berjaya maknanya mereka diterima penonton..satu bonus kat situ kan...SA nak cari novel la..nak tambah koleksi...biar meroyan baca novel jangan meroyan tengok drama..maybe dalam drama ada scene tambahan bagi menyedapkan jalan cerita kan?

Okeh...free nanti SA pi cari Novel na.....

30 comments:

  1. tk suka spesis perampas mcm husna..tergedik2 ngan laki org...in reality ada camtu...tk tgk dr awal juga cite ni tp dh 2weeks start br tertengok..so follow la tp episod smlm mmg hampeh sbb shah dh masuk perangkap husna...episod arini husna ckp die dh mengandung ..hampeh btul..padanlamuka shah tu..gatal sgt lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita sama. citer dah byk episod, baru nak tgk.
      hasil update frens di fb jugak lah ni. ter tgk :) ha ha ha ha

      Delete
  2. betul tu.. bila watak tu disukai atau dibenci, maknanya mereka dah berjaya lakonkan watak tu

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. dalam fb penuh cakap pasal husna nie..tapi MN tak follow pun dah tak pernah tengok

    ReplyDelete
  4. Haha. I tengok tapi takdelah meroyan sangat. Watak husna tu mmg buat orang sakit hati =p

    ReplyDelete
  5. stress dengan perangai si 3 ketui ni. Tapi tetap nak tengok jugak hahaha. Nak tengok perjalanan skrip dan gimik cerita ni. Plotnya TERBAIK ! Suhan Movie memang tak pernah menghampakan penontonnya

    ReplyDelete
  6. jangan SA..sila jangan terjebak..daku pun dah terjebak tapi masih ditahap kontrol sebab mampu tahan napsu nak tengok tv3 pukul 7. tak nak darah tinggi naik dengan husna tu...tgk sedutan sikit2 kat IG pun, dah boleh naik darah dengan si Husna tu...dengan Shah yg macam lalang tu..haih...

    ReplyDelete
  7. Penuh haa dalam Facebook citer sal depa ni drama ni haha. Masalahnya syaza tak follow. Tapi takpa la baca status mereka pun bleh taw plot cerita. btw ok rupanya fika pernah tinggalkan dia gak yer

    ReplyDelete
  8. jarang sha emo kalau dengan drama tv3 ni tapi drama ni lain macam hahahahaha

    ReplyDelete
  9. aku x folo citer ni tapi nnt mcm nak folo jugak...dah kawan aku sana sini duk bercerita psl citer ni...nnt aku kejar dari episod 1..haha...

    ReplyDelete
  10. Katanya novel ada yg tak sama dengan drama kak.. Saya tak tengok tv tapi download je.. Memang xde masa nak tgk tv.. Letih kan. .Tapi saya mrmang geram dengan Husna. .geram teramat

    ReplyDelete
  11. Katanya novel ada yg tak sama dengan drama kak.. Saya tak tengok tv tapi download je.. Memang xde masa nak tgk tv.. Letih kan. .Tapi saya mrmang geram dengan Husna. .geram teramat

    ReplyDelete
  12. Kenapalah guna nama Husna..
    Tu nama anak ai.. huhuhu..

    ReplyDelete
  13. Kinah pun dah terjebak kak. Dasyat betul penangan cerita Shah, Fika, Husna dan Nek Pah ni. Sakit hati dengab si Husna tu. Tu entah apa drama la dia nak buat. Kesian fika, ishh kalau kinah la dah lama dah tinggalkan shah. Tak pasai.. Pasai emo kat sini huhu

    ReplyDelete
  14. tak terjebak lagi dgn drama ni.. sbnarnya dh lama x tgok drama sbb sibuk ;)


    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Hahahahaha.....Bonda chanteq pn terjebak jgk....sama2 meroyan depan tv...tp xde lah meroyan kt timeline fb...cuma tumpang komen je...mmg berjaya pelakon2 tu bwk watak masing2 terutama husna...mmg tasa mcm nk tomoi je kalo berlaku depan mata...

    ReplyDelete
  16. hoho husna haha.. ingatkan husana mana.. saya je lah kut yg x terjebak hihi

    ReplyDelete
  17. x dpt tgk... kt umah tv rosak...

    ReplyDelete
  18. Hate husna .. hahahaha..rabia tgk sekejap je drama ni..sbb masuk waktu magrib dh..

    ReplyDelete
  19. aida tgk khamis & jumaat aje, SA.
    isnin - rabu tgk my kitchen rules. lebih menarik drama nyer :)
    pndpt aida - husna tak salah. fiqa being profesional. nek pah ikot kan perasaan sgt.
    semua tu tak salah.
    yg salah & vengong = shah.
    keputusan di tgn dia.
    dia yg menyusahkan semua org. tabur janji. perempuan tuntut lah kan.
    dia tak reti buat keputusan. ikut kan perasaan yg berlandaskan nafsu aje.

    ReplyDelete
  20. eheheh sensitif betul yang nama Husna skrnag. lepas ni kalo ada girls yang macam Husna kita panggil Husna Syndrome hehehe..

    ReplyDelete
  21. Ai pun terjebak jugak layan drama ni. Haha.. Tak sangka pulak watak Husna sampai jadi fenomena hehe

    ReplyDelete
  22. cerita ni la org dok bising2 dalam komen facebook ni.. sampai kat hospital aku, pesakit pun duk layan jgak..

    jom singgah blog kartun muncung manis yg baru.. Blog muncung manis yang lama, terdelete.. abis loss contact dgn readers lama..

    http://aliefmuncung.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. i is very stress tgk citer niiii...mcm x logik ada org baik sgt mcm fika tu.

    www.ummicenter.com

    ReplyDelete
  24. kadang bukan nak meroyan sangat kat fb..cuma nak hangatkan keadaan

    ReplyDelete
  25. ika tak terjebak lagi dgn cerita ni tapi soon maybe. ika curious dgn watak husna tu. nape ramai sgt benci dia huu kena tgk ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah