Friday, July 27, 2018

Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api Campur Durian Mengkal/Tua

Hi korang!!!

Pernah tak dengar yang durian mengkal/ durian tua boleh di buat lauk atau campuran dalam masakan?

Tak pernah?

Haaaaa...ni SA nak bagi tau ni...sekarang kan musim durian..terlalu banyak durian yang dijual mana- mana kawasan sekarang dan sangat murah kan..tak mustahil dalam banyak- banyak tu ada durian yang mengkal atau yang tua. Dah tentu tak boleh nak makan dan tak sedap kalau dimakan juga kan. Nak buat tempoyak jauh sekali la..dari menanggung kerugian korang jangan buang durian tu..keluarkan isinya dan boleh dijadikan hidangan yang sangat sedap..bunyi macam pelik kan? tak ini memang betul- betul ye..Mak SA sendiri ajar SA masak durian muda ni...dan hasilnya seperti kat bawah ni....so SA terpanggil untuk update la citer pasal Durian Tua/ Mengkal yang gugur sebenarnya boleh di buat masakan dan ianya agak terkenal di NS especially area Kuala Pilah...Mana yang asal area NS tu tau la kot..biasanya masakan ni orang tua- tua je yang tau..

Kali ni mak suruh SA masak Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api dan campur durian Mengkal dan SA dengan rela hati nak share resepi ni...resepinya sama jer dengan resepi masak lemak cili api cuma tambah durian mengkal je akhir sekali.



Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api

  1. Ayam Kampung potong 12 atau ikut suka
  2. Cili Api ( tahap kepedasan ikut suka)
  3. kunyit hidup sebesar ibu jari, kalau ayam banyak boleh letak lebih
  4. Serai 5 batang
  5. Santan 1 biji Kelapa
  6. Bahan no 3-4 di tumbuk lumat
Cara- cara masak 

  1. Ayam yang dah dibersihkan dimasukkan dalam kuali
  2. Masukkan bahan no 3-4
  3. Masukkan serai yang telah di ketuk
  4. Biarkan seketika sampai air dari ayam sedikit kering
  5. Kemudian masukkan santan dan kalau pekat sangat campur sedikit air
  6. Kacau selalu agar tidak bertahi minyak
  7. Biarkan mendidih dan masukkan durian mengkal
  8. Perasakan garam
  9. Sedia di hidang

Ini la hasilnya...cara masak senang je kan...jangan lama sangat masaknya takut over cooked jadi lembik plak isi durian tu..pas tu tutup api...dah masak...lawannya lauk ni dengan ikan masin...tak kisah la ikan masin apa asalkan ikan masin...

SA dulu kureng la lauk macam ni...sesekali rasa lauk macam ni sedap gak...boleh jahanam diet..

Kalau tak percaya cuba la buat....Mak SA ada ckp....itu la makanan dia adik beradik masa kecil...kalau ada durian muda /tua dijatuhkan beruk...dorang x buang...syg nak buang...so masak je la...sekarang dah pandai dah..kalau next time ada je durian muda atau mengkal boleh jer masak macam ni dan jangan dibuang...sedap tau...

29 comments:

  1. Tak pernah try masakan ni. Tapi ingat satu hari nak cuba. Nmpk rare dan sedap

    ReplyDelete
  2. Durian muda buat pengat pun boleh, kan? :)

    ReplyDelete
  3. tak pernah dengar pulak. skrg ni musim 'mewah' dengan durian , mcm mcm boleh buat ye

    thanks fo the recipe. Payah nak cari ayam kampong kat sini kan SA

    ReplyDelete
  4. first time dengar masak ngan durian..

    ReplyDelete
  5. Eh masuk durian jugak? Ini sangat rare. Tak pernah tau pulak masak lemak letak durian. Mesti sedap ni tapi kalau Dania tahu dia tak makan. Hehe

    ReplyDelete
  6. tk pernh lg mkn menu kuah lemak ada ltk durian

    ReplyDelete
  7. Tak pernah cuba lauk ni, sebab asben makan agak memilih juga

    ReplyDelete
  8. kolin tak pernah cuba pun makan. Tapi baru tau apa makna 'mengkal' hahahahha..

    ReplyDelete
  9. wah. first time ni aida dgr resepi ohsem ni.
    durian masak lemak :) very the rare.
    yes la SA. zaman dedolu org susah kan.
    pe pun takkan dibazirkan.
    and memang boleh dimakan pun. rezeki.

    ReplyDelete
  10. first time dengar masak lemak campur durian! :D interesting :) and first time dengar mengkal :D thx share recipe ni :)

    ReplyDelete
  11. 1st timee dgr jugak ni. Letak durian. Al maklum la syira tak mkn durian :)

    ReplyDelete
  12. Arwah nenek dulu pun pernah masak guna durian mengkal ini tetapi sebab Rawlins memang tak bleh makan durian, maka tak merasa hehe.

    ReplyDelete
  13. Dulu masa zaman arwah Wan.. ada makan.. la ni takde dah.. ai tak makan durian..

    ReplyDelete
  14. waa okay baru tau pasal durian muda boleh dimasak buat lauk ni, great sharing! memang macam sedap je bila baca dan tengok gambar tu semua tauu, next time bolehlah nak try buat pulak nak rasa hehe. qeela org nogori tapi not really familiar dgn masakan classic camni, yelah kampung pon kat town jugak je but yeah best dapat tau & belajar something new bout negeri sendiri camni. 😁

    ReplyDelete
  15. Tak pernah lagi sis makan masak lemak cili padi letak durian..ini lah first time sis tahu ada masakan ni..kalau letak tempoyak tu tahu lah. Agak2nya ada tak rasa cam mask lemak tempoyak?

    ReplyDelete
  16. Durian keras tu saya orang Penang panggil durian mangkaq. Selalu buat kuah durian cicah dengan roti sedap tu.

    ReplyDelete
  17. mesti sedap bagi penggemar durian kan..akak tak makan durian jadi mampu tengok dari jauh jer la..tapi kalau jadi tempoyak memang tak mampu nak jauhkan akak dah..hehe

    ReplyDelete
  18. Ayam kampung memang selalu menjadi andalan untuk di santap bersama keluarga. Selain sehat gizinya juga banyak

    ReplyDelete
  19. Ayam kampung kita kurang sikit akaka tapi bila tengok akak masak ni terus rasa nak cuba dan mengidam lak hehehehe sedap dengan Durian mengkal lak tu hehehe ada bau kuat ker...

    ReplyDelete
  20. sebab tak ada pokok sendiri jadi tak penah tengok durian mengkal..

    ReplyDelete
  21. Sedapnya.. Xpernah rasa lagi ni. Kena try buat ni

    ReplyDelete
  22. Masak lemak cili api memang versatile. Nak letak ayam boleh, udang sotong. Dan paling best setakat ni dah ada kuah spagetti masak lemak cili api. Siap cheese lagi.

    Sedap kalau pandai buat tu. Tapi maklumlah kalori tinggi. Kena banyak bersenam

    ReplyDelete
  23. Ayam kampung memang sedap dan menyihatkan. Walaupun daging dia liat sikit tapi memang terbaiklah sebab kenyal, sedap nak kunyah. Masak lemak pulak tu

    ReplyDelete
  24. Sedapnyaa ayam masak lemak cili api

    ReplyDelete
  25. Mengkal tu macam Mangkor la ye Sis SA? huhu.. ada yang kata boleh buat cucur.. sedap.. tapi TB tak pernah cuba lagi.. yang ni buat gulai lemak mesti try.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu TB, akak pun dengar ada yg cakap bleh goreng tapi tak pernah buat lagi..

      Delete
  26. thanks for sharing this recipe sis :) tapi masak lomak cmpur durian tak pernah cuba lagi hee

    ReplyDelete
  27. Wah wah, makin berlemak dan menyengat kuah masak lemak cili api tu. Tapi masak lemak campur durian sedap ke. Tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete
  28. Wah macam menarik ya k.sa masakan ni. Tapi aina tak makan durian.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah