Monday, July 2, 2018

Makanan Licin Apabila Rumah SA Di Serbu Pada Raya Ke 17

Hi korang...

Tahun ni SA memang takde la nak beraya sangat sebab kesihatan mak SA yang tak berapa bagus. Memang dari awal SA dah mention takde buat rumah terbuka atau sebaliknya..sampai la last week Dania cakap nak buat makan- makan sikit sebab kawan- kawan sekolah dia nak beraya kat rumah. Ap plak cerita rumah Dania takde buat apa- apa kan...kesian kat Dania..maka SA pun decided masak makan tengahari. Mula- mula ingat nak buat mee sup je tapi masing2 dah muak plak asyik makan mee dan kebanyakkan rumah diorang pergi buat makan mee..so SA masak la lauk tengahari..Rupanya kebanyakkan yang datang dalam 20 orang tu tak makan pedas sangat...so banyak la lauk berlebih..hati dah risau dah sebab sapa plak nak makan lauk banyak kan..SA masak untuk 20 orang dan lebihkan sikit untuk orang kat rumah. Dalam hati mula- mula geram la kan sebab budak- budak ni tak makan..ada yang malu la..ada dah kenyang la...

Nasib baik la lepas diorang balik tu..datang 5 biji kereta dari family abah SA..memang lega la rasa hati..Abah nak suruh buat bihun goreng je..SA cakap since baru pukul 3 petang..takpe kot bagi diorang makan nasi..memang langkah kanan la diorang..semua lauk- lauk SA keluarkan dan settle time tu jugak...


Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api


Sambal Udang Petai


Kangkung Ikan Masin


Gulai Daging Cincang campur limpa


Kawan- kawan Dania


Semua tak tahan pedas..padahal takde la pedas mana masakan SA


Kawan perempuan 


Riuh rendah dalam rumah


Sambil makan sambil tengok tv


Time ni diorang nak balik dan abah SA bagi duit raya


SA dengan anak buah sedara..Jannah..baik baby ni..tak meragam langsung


Semua khusyuk makan


Seronok tengok diorang semua makan


Si kembar dengan mak sedara diorang..which is yng 3 orang tu sepupu SA


Bukan main lagi Aressa posing


Nasib baik semua comel..

Alhamdulillah..sampai ke petang memang tak putus2 yang datang..walau makanan dah habis dan SA hidangkan apa aje yang ada..siap tambah lauk lagi..sebab petang tu jugak adik bongsu Abah datang satu kereta..settle semua makanan..senang hati apa yang di masak semua habis..diorang pun datang tak bagi tau..kalau tak boleh jer tambah lagi makanan kan...meriah rumah kena serbu..nasib baik allah dengar rintihan hati SA takut takde sapa nak makan lauk yang banyak SA masak..kalau la diorang tak datang...memang banyak berlebih lauk dan SA terpaksa la hantar sana sini kat rumah2 saudara mara dan jiran yang berdekatan...

30 comments:

  1. semua sedap ni!! yang paling sedap ada sambal udang petai...hehehe

    ReplyDelete
  2. wah ramai jugak kawan kawan dania datang

    ReplyDelete
  3. best. meraikan kawan anak kan, SA.
    anak2 dara aida lain plak, x ngajak kawan2 nyer :)
    masak byk, org sedap makan, perasaan nyer memang menggembirakan.
    berbaloi dgn usaha kita. pahala pun dpt alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. ya allah... kak kenapa suka buat kita kecur air liur tgk menu akk masak ni? akk dok mana,, ni nk request ni kalau dpt dtg nk minta msk mcm2.. hahaha... meriahnya lah tgk rmi dtg,,, kita xsmpt nk beraya dah sbb xde masa...

    ReplyDelete
  5. Kak SA, selamat hari raya. Bila nak belanja Rawlins plak? Nak gak merasa air tangan Kak SA. Hehe

    ReplyDelete
  6. banyaknye menu-menu kampung, gulai daging cincang dgn limpa tuh macam best je, terus jadi lapo ni hah

    ReplyDelete
  7. Rajin yer SA macam-macam lauk masak untuk tetamu datang. Murah rezeki SA sekeluarga, tak putus-putus tetamu datang. Kalau la huda datang beraya, tuan rumah jamu cam SA ni best yer. Muak juga makan open house semua menu sama.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah murah rezki SA meraikan tetamu.
    Budak2 memang mcm tu...kalo kat rumah saya selalu buat bihun or mee goreng jer utk budak2 yg dtg beraya.itu pun dijamah sesenduk jer.pastu minta diri nk beraya rumah seterusnya pulak.

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya SA, sukanya bila ramai yang datang serbu rumah kan. Nak2 plak menu semua licin. Puas hati penat lelah sediakan menu. Macam baru2 ni juga orang serbu rumah, tak menang tangan jadinya tapi seronok melayan kumpul2 ramai2. Kawan2 dania pun datang ye. Ni kawan2 anak2 nak datang katanya tapi tak datang2 pun. Hahahaha. Maklumlah di bandar ni kena mak pak yang hantar, bukan macam di kampung boleh jalan sendiri kerumah kawan2 kan

    www.yanmieonline.com


    ReplyDelete
  10. Masakan Kak SA memang sentiasa sedap. Sebab tuh licin...Hehehe...

    ReplyDelete
  11. Rumah SA ni memang murah rezeki. hehehe...makanan sentiasa melimpah ruah sebab Cik Puan nye rajin dan pandai memasak. Selamat Hari Raya!

    ReplyDelete
  12. meriahnya rumah. mestilah sapu licin as semua makanan kat gambar tu semuanya nampak best. rasa nak cubalah masakan sis jugak. hehehe

    ReplyDelete
  13. Seronokkan jamu org mkn. Membuka pintu rezeki sebenarnya. Lg bila tetamu seronok dan puas hati mmg kebahagiaan yg x dpt dijual beli

    ReplyDelete
  14. waaa...ramai gak yang dtg tu....rajinnye SA msk..titin ritu order je sume...tak mampu nk msk byk2 daaa

    ReplyDelete
  15. seronok kawan-kawan dania dapat makan sedap-sedap..mau tak licin..hehee..kita tengok pun sedap..hahaa

    ReplyDelete
  16. Mau dong Abby berkunjung ke rumah SA saat lebaran. Boleh dong ya? Soalnya banyak makanannya hehehee... btw, senang sekali lihat suasana rumah SA banyak sanak berkunjung. Ramainya orang makan. Berkah ya SA

    ReplyDelete
  17. rugi la kalo tk licin kn..menu2 sedap2 belaka tu SA..lama xmkn limpa..dapnye

    ReplyDelete
  18. akak...lain kali yang nak datang rumah hanya untuk makan boleh tak?
    entah berapa kali akak dah buatkan yana mengidam macam-macam makanan pada tengah malam...hahaha

    ReplyDelete
  19. Lauk mcm.ni kalau tak licin saja sangat la kak SA...masakan nismilan memang di hati saya tau

    ReplyDelete
  20. Malu-malu semua rakan Dania ye.. Mujurlah ada saudara lain yang datang.. Rezeki mereka lah kan.. Alhamdulillah, barulah lega hati bila makanan habis di makan..

    ReplyDelete
  21. Fuuhhh! Meriah! Teringin nak rasa air tangan akak ni. Bila la dapat makan masakan akak kan. Btw, selamat hari raya kak.

    ReplyDelete
  22. Wah semua lauk pauk best best! yang i paling suka is sambal udang petai, that is classic and it goes so well with rice, bertambah-tambah lah nasi. Selamat Hari Raya yang

    ReplyDelete
  23. meriahnya rumah kak SA! Dari pagi sampai ke petang tak putus yag datang, mesti gamat suasana dengan gelak tawa diorang

    ReplyDelete
  24. sambal udang petai tu yang tak tahan... Meriah. Selamat Hari raya

    ReplyDelete
  25. Waaa. Meriahnya kak. Saya pun terliur tengok menu yang ada ni. Especially masak lemak tu. Yummeh

    ReplyDelete
  26. Meriahh macam macam makanan ada. Sedapnyaaa sambal udang tu.

    ReplyDelete
  27. Bestnya bila kawan2 datang ramai2 ke rumah untuk beraya dan menjamu selera. Mengeratkan silatulrahim bersama2. Selamat Hari Raya Aidilfitri kak SA. Maaf zahir batin. :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah