Tuesday, July 17, 2018

Resepi Paru Berlada Suria Amanda

Hi korang..

Ramai yang suka makan paru kan? ada yang suka dimasak rendang, sambal merah atau goreng berlada menggunakan cili api. Paru adalah kesukaan SA satu family kecuali anak dara SA la..tak tau kenapa dia tak suka..hari ni SA nak share resepi paru goreng berlada versi SA sendiri dan kali ni SA buat menggunakan cili api.Sebenarnya SA buat meniaga kat office Paru Goreng Berlada ni cuma dah lama stop sejak mak SA sakit. SA ingat nak buka order semula la tak lama lagi sebab dah ada permintaan dari kawan- kawan.

Untuk mendapatkan Paru yang sedap, seeloknya beli Paru lembu tempatan..tapi kalau dah takde boleh je guna Paru yang di jual di pasaraya. Seeloknya paru tersebut direbus terlebih dahulu dalam jangka masa 1-2 jam untuk melembutkan. Melainkan kalau gigi korang kukuh dan kuat. Semua tau kan struktur Paru sangat liat kan..sebab tu kena rebus lama. Selepas direbus dan disejukkan seketika boleh la hiris nipis mengikut citarasa. Macam SA ikut kehendak pelanggan nak nipis. So kasi hiris nipis- nipis la...

Jom tengok resepi dan cara masak SA type kat bawah gambar eh...

Bahan- Bahan


  1. Paru  - 1kg
  2. Cili padi  - 20 biji/ ikut tahap kepedasan korang
  3. Bawang kecil  - 6 ulas
  4. Bawang putih - 5 ulas
  5. Serai  - 3 batang (di titik) - optional, SA letak sebab suka bau serai
  6. Sos Tiram 3 sudu - ikut suka kalau nak letak
  7. Bawang besar 2 biji - hiris memanjang
Bahan 2-4 tumbuk kasar



Paru yang dah direbus dihiris dan digaulkan dengan kunyit serbuk, goreng dalam minyak yang banyak agar gorengan sekata masaknya, goreng tidak terlalu garing mengikut keselesaan, SA prefer sedikit garing dan masih kenyal


Tumis bawang kecil, bawang putih, cili padi dan serai..tumis sehingga naik bau dan bahan tumisan garing...masukkan sos tiram, masukkan sedikit garam jika perlu sebab sos tiram dah masin.


Masukkan paru dan gaul mesra, masukkan bawang besar dan biarkan seketika


Siap!!boleh dihidang.


Biasa makan Paru berlada ni lawan ngan telur dadar...makan plak ngan nasi panas...memang bertambah la makan...mertua lalu sebelah pun tak pandang de..hehe..kalau makan kat opis..boss korang tegur pun sure tak perasan..sedap nak plak masa makan tu siap borak- borak membawang kan...hahaha..SA memang suka buat pedas-pedas..kalau tak pedas x best.

Nak buat senang je cuma leceh bab nak rebus bagi empuk kan..ada yang tak sanggup tunggu lama..

Selamat mencuba korang....

23 comments:

  1. mak aii..tengok gambar terus telan air liur. Rasa mcam ada kat depan jer..hehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh... Lama jugak rasanya LeYa tak pekena paru goreng berlada ni... Jom la kita cuba try resepi dari Kak SA kita ni..

    ReplyDelete
  3. suami saya suka sgt lauk ni kak.. lelagi pedas2

    ReplyDelete
  4. ejulz x pandai makan paru. hehe

    ReplyDelete
  5. Sha suka makan paru.. Tapi belum pernah masak sendiri.. Tengok resepi akak nie macam senang je.. bolehlah cuba nanti..

    ReplyDelete
  6. fav ni..suka paru yg lembik2 tk keras sgt and tk garing sgt smp keras tu....suka paru sambal & berlado

    ReplyDelete
  7. Dulu tak suka makan paru, tapi sebab suami suka makan, selalu rasa, so boleh la telan. Tapi kena yang nipis garing baru sedap sebab tak terasa 'kelembuan'nya. Haha.

    ReplyDelete
  8. kolin selalu cili merah, tak pakai cili hijau

    ReplyDelete
  9. tak makan paru.. tp tgk ni mcm sodappp je

    ReplyDelete
  10. One of my fav ni.. kalu beli nasi lemak...mesti lauk paru. Cuma kat sini..kalau terasa nak makan, kena masak sendiri..tu yg malas tu.. he he. Tambah2 yg makan sorang. Anak2 tak .. lagi la. Kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes yes yes....
      biasa nyer gerai nasi lemak memang ada sambal paru.
      sedap nyer lah...

      Delete
  11. tengok paru berlada ni terus perut buat concert

    ReplyDelete
  12. MN kalau masak paru memang suka potong nipis-nipis lepas tu goreng garing..kalau potong tebal tekak MN tak boleh telan

    ReplyDelete
  13. Sedapnyaaa kak SA, kecur air liur tengok. Lama tak makan sambal paru.

    ReplyDelete
  14. kecur air liur tenguk...sedap ni

    ReplyDelete
  15. Kalau saya makan paru nih kaka dah lama tey buat. Tapi sejenis payah benau nak makan organ dalaman

    ReplyDelete
  16. Kalau saya makan paru nih kak lama dah buat ni. Sejenis yang tak makan organ dalaman ni payah benau

    ReplyDelete
  17. nia suka juga makan paru, lagi-lagi makan dengan nasi lemak memang sedap sgt

    ReplyDelete
  18. aida biasa bersambal merah, SA.
    tapi tu la.
    masa sejemput, mr.asben tak gemar paru :) hi hi hi
    aida copy paste resepi ni ekk.

    ReplyDelete
  19. Rasa mcm tak pernah mkn paru ni kak. Tapi nmpk yg akak msk ni rasa teringin plk. Nampak sedap.

    ReplyDelete
  20. Kak Sue suka juga paru nie SA, cuma tak pernah masak sendiri. Nanti nak cubalah masak n cuba resepi SA nie..

    ReplyDelete
  21. Kalau balik rumah MIL, anak2 takkan lepaskan paru Uwannya.. hehehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah