Friday, July 20, 2018

Syawal Ke 2 & Ke 4 SA, Berjalan dan Mak Masuk Ward

Hi korang...

Sementara SA dalam MRT ni...kita kita publish la entry raya ke 2 SA..biasa SA suka je buat step by step mengikut lokasi berjalan kan..tapi raya ke dua kami duk leka-leka je lagi..abah tanya nak pi mana..memang kami k plan nak ke mana..Angah balik Muar pagi raya ke dua tu..lepas Angah dah balik kami bersiap2 pi umah makcik kat Kg Jijan Nilai..kami memang tak plan..redah kasi jadi je..dari rumah dalam pukul 11 lebih macam tu..sampai rumah makcik dalam pukul 12 lebih...panas betul cuaca raya ke 2..seriously raya tahun tak berapa meriah..maybe sebab dh tau raya sederhana sebab mak tak sihat kan dan warded raya ke 4..so SA lebih menguruskan mak je..


Raya ke 2 SA berkebaya merah...


Masa kat rumah makcik


Sikembar dan Dida..alahai..sopannya Dida..ngan spec mata dia...


Bukti cuaca panas terik

o

Kakak Dania lately suka sangat amik gambar x pandang camera...baru cantik katanya..sabar je la


Selfie lagi...


Selfie 2 beranak plak


Masam je muka..mama paksa amik gambar


Nak jugak dengan spec mata


Lepas tu kami balik...Dania biasa la dalam kereta masuk je kena ekon memang lelap..kami tak kemana lepas tu terus balik rumah sebab adik beradik yg lain nak balik rumah mertua memasing...tinggal SA ngan Dania, Mak Abah dan family Lisa..


Raya ke 3 pun pun tak kemana-mana sebab Mak pergi hospital Jelebu nak cuci darah..Lisa and family pi berjalan ke Melaka..SA dan Dania berkurung dalam rumah...hahaha..malas nak keluar..SA nak tido...memang kunci rumah seolah xde orang pun ..akalnya x nak orang datang rumah..entah la kenapa tahun ni x seronok la compare tahun lepas..mak cuci darah balik pukul 6 petang macam tu..memang lepas tu x kemana laaa...


Raya ke 4 seawal pagi bangun sebab kena hantar mak masuk ward..lepas mandikan mak sebab tau nanti dalam ward mak tak mandi kan..lap badan je..bagi mak sarapan lepas tu SA hantar mak ke hospital..mak aiii raya raya pun ramai orang kat hospital..ada yang tak beraya jugak kot...bahagian masing-masing kan


Urusan warded mak berjalan lancar, takde masalah pun..tgok mak macam sedih je sebab lepas ni mak lepak spital je..cakap kat mak nanti petang kami datang..bawak makanan mak..lepas tu SA balik terus pi pasar cari ikan ke apa apa yang perlu untuk lauk mak..mak agak x suka lauk lauk hospital..eh bukan mak sorang je tak suka..semua orang kot..


Petang tu kami bertiga iaitu SA, Abah dan Dania lepak kat mak kat hospital..itu la rutin kami hari-hari..tak perlu jaga mak kat ward sebab mak  kuat..mak operate Raya ke 6 rasanya masa tu..SA pun ddah start keja..Dania masih cuti sekolah..so Dania temankan uwan dia kat spital..

Itulah sedikit sebanyak kisah Raya 2018 SA yang sangat-sangat sederhana..harap allah kurniakan kesihatan yang baik buat mak.mak dah mula cuci buah pinggang guna kaedah CAPD ( Cuci Air)..nampak mak sangat selesa cuci cuci buah pinggang guna kaedah ni..cuma sedikit rumit sebab kebersihan perlu diutamakan..

Jumpa lagi next entry

15 comments:

  1. Hi kak. Hehehe wah sempat juga upload kisah raya. Kita nak terpikir idea nak type pun belum keluar-keluar lagi kisah raya ni haa . Anyway thanks visit blog kite. :)

    ReplyDelete
  2. wah sempat lagi kak SA tulis blog ye dalam MRT. haha. anteknyaaa kak SA berbaju merah. memang sekarang gitu cara bergambar budak2. haha adik kita pun sama

    semoga mak akak cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah semoga mak SA diberi kesihatan yg baik & sentiasa dilindungi olehNya..
    depn pc ni haaaa sy tengah wat payment utk CAPD.. cemuihhhh banyak gila.. chill

    ReplyDelete
  4. sedihnya bila raya org yg kita sayang x sihat kan sis..semoga mak sis cpt sihat...i feel you..dulu kite pun jaga ayah yg sakit buah pinggang jgk..lama dok spital..dia tebuk lubang kat perut tu utk cuci buah pinggang dia...

    ReplyDelete
  5. Kemahen DIda tu spec itam, Dania sama lah dgn aunty...masuk kete je tidur. Tapi dulu lah. Dah ada anak ni. tak sempat nak tidur dah dlm kete

    ReplyDelete
  6. Aamiin.
    moga mak akak diberi kshtan yng baik hndaknya =)

    ReplyDelete
  7. kolin doakan mak SA sihat macam selalu. Semoga semua dipermudahkan ye. Anyway...lawa gelang tuuuu hahahah

    ReplyDelete
  8. Cantiknyaa kak SA pakai kebaya merah. Dida tu comel, geram tengok dia. Hahah! Semoga mak kak SA sihat selalu.

    ReplyDelete
  9. Amboi Dida bergaya sungguh...
    Semoga Mak Kak SA semakin kuat dan sihat. Kak SA hebat dan tabah... Semoga segalanya dipermudahkan ye

    ReplyDelete
  10. moga mak SA tabah dan kuat menjalani rawatan ye.
    sihat. senyum. bersama keluarga dgn gembira.

    ReplyDelete
  11. Geramnya tengok Dida nie tau.. comel sangat. Kak Sue pun tahun nie tak berapa meriah tambah Kak Sue pun tak berapa nak sihat. Semoga dipermudahkan urusan Mak SA ya.. aamiin..

    ReplyDelete
  12. dania pandang kamera ataupun tak tetap cantik

    ReplyDelete
  13. semoga emak akak cepat sembuh dan pulih seperti sediakala..aamiin

    ReplyDelete
  14. Semoga mak akak diberikan kesembuhan dan sihat selalu.. Aamiin.. Tapi memang raya tahun ini tak berape meriah.. huhuhu..

    ReplyDelete
  15. Geram tengok Dania..
    Apa-apapun moga mak SA kuat dalam menjalani rutin harian.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah