Thursday, July 19, 2018

Kisah Syawal 2018 SA Yang Dah Basi

Hi korang..

Dah berlalu syawal, SA baru terhegeh- hegeh nak update kisah raya yang x seberapa..raya tahun ni sederhana je sebab mak tak sihat, takde la buat sambutan besar- besar. Apapun masih tetap beraya..masih pergi berjalan sana sini cuma tak macam orang lain..Raya SA hanya sampai hari raya yang ke 3 je...selebihnya uruskan mak yang masuk ward. Kali ini raya ke 4 mak masuk ward untuk operation masukkan tube untuk cuci buah pinggang dengan kaedah CAPD. Kalau cuci darah masukkan Fistula kat lengan kan..tapi sementara nak tunggu buat CAPD ni sebulan lebih gak mak ulang alik 2 hari sekali ke Hospital Jelebu untuk cuci darah..tapak sementara dipasang di leher mak..

Jom la baca kisah raya SA...petang raya tu SA balik kampung tolong masak lemang..memang tiap- tiap tahun itu je la aktiviti..bab buat lemang memang kena balik kampung..kat rumah Seremban takde tempat nak bakar lemang...lepas tu petang tu balik Seremban semula dan mula la sinsing lengan masak rendang ayam kampung, rendang daging. Adik lelaki SA balik malam raya bawak plak siput sedut..adik bongsu mengidam preggy anak ke dua...gigih masak sampai kul 2am..penat giler..masa tu takde rupa orang dah..dengan penat ngan tak mandi...gigih kul 2 pagi mandi..lepas tu pengsan...Bangun pagi raya...dah siapkan segala macam juadah untuk sarapan pagi..yang lelaki pergi solat raya..tinggal kami yang wanita2 ni uruskan rumah, uruskan anak, masa ni la nak selfie..masa ni la dah lawa2...


Selfie SA di pagi raya...takde specific warna baju..asal boleh jer SA ni..kebetulan Dania pun warna akan- akan sedondon..

Tak lama lepas tu semua yang lelaki dah balik dari amsjid...masa ni la nak bersalam raya, minta ampun maaf atas segala kesalahan..masa ni memang syahdu tp bravo la SA tak nangis pun..jom layan gambar minta ampun dipagi raya


Dimulakan dengan mak...


Diikuti SA..Dania ni amik gambar gegar la..


Mintak maaf ngan mak...


Giliran Angah plak satu family


Dak pemalu ni salam mama kena cium...


Salamm....salammm.....


Family adik no 4


Family adik bongsu


Salam kosong2...sebagai kakak sulung memang kena la duk kat kerusi...terasa diriku dah tua..


Ni la mak abah SA yang tersayang


Mak abah dengan sebahagian cucu2nyaaa....


Family Ateh...ni la mommy daddy si comel Dida tu


Family adik lelaki SA..


Family SA...sorry takde laki..hahaha...


Angah Satu Family


Acu satu Family


Ateh satu family


Family SA..

Satu family jer takde..family adik SA si Lisa..turn dia beraya rumah mertua dia masa ni...

Lepas salam-salam raya dan dah sarapan kami gerak ke rumah Mak Long di Seremban Jaya, dari situ nanti balik kampung abah plak...


Macam- macam ada tu ha..sampai rumah mak long memang rumah dia penuh..anak- anak Mak long ramai..blom campur cucu dia yang ramai..lebih 30 orang kot cucu dia..meriah..kalau buat kenduri tak yah jemput ramai- ramai dah..cukup kot anak beranak je...


SA ada masalah besar bila raya..SA tak lalu makan...maybe sebab SA dah penat masak jer kot..


wefie ngan family..

Lepas rumah Mak Long kami teruskan perjalanan balik ke kampung sebelah abah di Rantau. Balik sini pun tak berapa ramai..adik beradik abah ada yang tak balik berkumpul..tapi cukup meriah jugak la kan...SA perasan tahun ni raya SA tak banyak amik gambar..maybe sebab dah set kot dalam otak..tahun ni raya sederhana je..


Selfie is a must...


Dida dan Dhia...dua orang ni dapat naik rumah atas...bukan main lagi...


Abah dan sebahagian adik beradik dia...


Raya tahun ni sangat bermakna untuk abah sebab baju raya tajaan Jakel..suka betul abah tau..padahal SA dah belikan abah baju kaler pink..hahaha..so simpan la baju pink tu untuk raya haji..


Baju dah hensem dah...tang kasut tu failed...abah pakai selipar je...


Masa ni memang layan jer anak dara SA ni bergambar


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami 2 beranak...baju dah sedondon dah..


Ikutkan SA suka beraya suasana kampung..nyaman jer udara segar...


Selfie lagi...


Next pose..


Sibuk jer Acu


Gambar ni sebenarnya kandid...oh...baju SA ni beli kat Vietnam..kirim kat Anil Wanina


Takde kerja buat kerja...

Alhamdulillah....masih diberi kesempatan untuk beraya dengan family..mana la tau kalau sampai jodoh SA nanti beraya plak dengan keluarga lain kan...ehhh..hahaha..takde la..SA masih macam ni..x tau la berjodoh lagi ke tak..semua tu kerja allah kan...lepas ka kampung abah..kami teruskan perjalanan balik kampung mak plak di Seri Menanti, Kuala Pilah..kisahnya kat sana kami tak sempat bergambar pun sebab kepenatan..hahaha...

So dapat tak soalan cepu emas, cepu gangsa or soalan cepuk muka? adat la tu kan ..orang- orang tua mana tau guna internet atau hp canggih..so diorang tak tau nak citer pasal apa..apa yang diorang nampak tu la yang akan keluar dari mulut diorang...SA masih tak terlepas dari soalan membawang...tapi SA tak kisah pun..kalau SA rasa nak jawab SA akan jawab..kalau tak jawab SA senyum je..kadang ada la pihak lain tolong jawabkan..yang penting jawapan tu jangan sampai mengguris hati mana- mana pihak..ikutkan memang tak suka..tapi kita tak nak nanti di labelkan KURANG ADAB kan..Mak Abah dah besarkan dan didik SA tentang adab...so..hormat menghormati tu sangat penting...

Itu aje lah kisah Syawal dah basi SA...takde yang menarik pun..hanya sederhana asalkan beraya...

28 comments:

  1. Alhamdulillah, walaupun raya sederhana,yang penting, happy dan ukhwah silturrahim berpanjangan kan? Tang selfie tu dah macam adik dan kakak je dah ;)

    ReplyDelete
  2. patutlah cantik baju raya kak SA, jauh dari Vietnam diimportnya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah SA masih berpeluang beraya bersama mak, abah , ank yg cute tu serts adk beradik yg lain...meriah bila raya di kampung tambahan mak n ayah masih ada...moga masih ada kesempatan lg utk tahun hadapan..aamiin

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dapat beraya bersama keluarga tercinta itulah saat yang paling indah.
    Ini barulah raya....

    ReplyDelete
  5. wahhh seronoknya kak SA semua family ada. Nampak meria semuanya. Saya tahun depan baru dapat kumpul 1 family dgn mak abah n adik beradik.

    ReplyDelete
  6. meriahnya raya akak..raya kat kampung memang best..setiap hari rumah full. Meriah sokmo..:)

    ReplyDelete
  7. kisah raya mana pernah basi, SA.
    indah suasana.
    background pun kampung sgt. nice.

    ReplyDelete
  8. Meriah juga raya akk kali ni. Moment indah oan. Moga mak akk cpt sihat

    ReplyDelete
  9. Salam Aidilfitri yang dah lepas, hehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... At least masih lagi dapat beraya... Tak kisah Beraya sederhana ke... besar-besaran ke... Yang penting, bile berhari raya, mesti bersama FAMILY... Itu yang penting... Dapat lihat Ayah dan Ibu gembira... Anak-anak gembira...

    "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin"... tetap nak wish jugak walaupun raya sudah berlalu... :d

    ReplyDelete
  11. Sama la kita SA. Raya ngan family dunia akhirat kalau umur panjang. At this age I memang choose to live a single je.Senang je care for my family and myself je. Merah Raya di rumah SA.

    ReplyDelete
  12. salam kak
    meriah je raya ri tu kan..
    samala dgn kita .raya dgn fmly sdri je la..kot akn dtg rye dgn fmly lain kan.eh!
    haha Aamiin kan je la. ^,^

    ReplyDelete
  13. Tetap meriah SA..semoga mak SA diberi kesembuhan segera..besar pahala tolong mak ketika mereka sakit ni

    ReplyDelete
  14. Meriah jugak ni kak SA, paling best bila Raya ni sebab dapat berkumpul dengan family lah :)

    ReplyDelete
  15. Eh Kak SA kampung ke Rantau gak ker?? Laaa... kita sekampung la ni..

    ReplyDelete
  16. Ramai family kak SA. Hari raya memang seronok dapat balik kampung beraya dengan family. Selamat hari raya kak SA. Walaupun raya dah habis.. huhuhu!

    ReplyDelete
  17. Meriah betul ye sambutan hari raya sis. Best berkumpul ramai ramai kan? Btw selamat hari raya ye sis. Walaupun raya dah habis 😂

    ReplyDelete
  18. Hi SA... senang bisa kumpul nareng keluarga di hari raya yah. Semoga SA dan keluarga selalu sehat walafiat dalam lindungan yg kuasa. Salam buat keluarga SA

    ReplyDelete
  19. Salam jumaat, mama singgah bertamu blog sis suria amanda. Bestnya jamuan raya. Meriah

    ReplyDelete
  20. Salam Jumaat ka SA.. hehe.. TB punya entri raya sampai sudah tak up2.. so.. lagi teruk kann.. hahaha.. dah tahap basi sesangat.. sepatutnya kenangan macam ni la kena share cepat takut terlupa kan.. huhu..,

    ReplyDelete
  21. Bestnya dapat berkumpul dan bergambar macam nie SA.. Soalan cepuk muka tu kena jaga-jaga kan SA.. hahaha..

    ReplyDelete
  22. hai kak SA, saje nak bgtw Dida tu kiut sangat hehe. walaupun cerita raya dah basi, at least ada memeori nak simpan, nanti boleh tengok balik gambar ni :D

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah. Dapat jugak kita bertemu syawal tahun ni kan kak sa. Meriah jugak tu nmpknya, meriah dgn adik beradik kan. Comel ja kak sa & dania.

    ReplyDelete
  24. part paling seronok bila berkumpul dgn keluarga tercinta
    seronok sgt2.. sampai suami kita pun enjoy bersama dgn
    family kita yg mwroah sakan..

    ReplyDelete
  25. Alhamfulillah masih berkesempatan beraya dgn mak ayah..sis tahun ni dh tak dapat beraya dgn mak..ayah dh lama meninggal.
    Memang happy sesekali dapat berkumpul sekeluarga macam ni

    ReplyDelete
  26. soalan-solan bawang tu biasalah kan kak.. Tapi kita nie dah terdidik dengan dab dan sopan, takdelah nak jawab dengan kurang ajar.. Kalau malas nak jawab, senyum pun okay..

    ReplyDelete
  27. Satu family nmpk cantik! hehe. bestnya tgk awak beraya. Seronok baca entry entry pasal family ni. hehe. pastu sis perasan jugak yang gmbr semua guna nova 2i. CANTIK :D

    ReplyDelete
  28. Biasa raya pertama tak berapa sangat nak makan sebab dok fikir nak balik kg.. hehehe..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah