Friday, October 12, 2018

Fernleaf UHT Diperbuat Dengan 100% Susu Dari New Zealand 100%Mmmmm

Mmmmm..........sedapnyaaaaa susu Fernleaf....Siapa kata SA tak minum susu? heyyy..SA minum la susu berperisa choc Fernleaf...sedap tau...SA memang suka susu chocolate...Susu Fernleaf Diperbuat dari 100% susu dari New Zealand. Fernleaf memberikan kebebasan kepada lembu mereka untuk meragut di padang rumput yang subur dan hasilnya susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan Kalsium, nutrien yang penting seperti Protein yang berkualiti tinggi, Vitamin A dan juga Vitamin D... Fernleaf sememangnya terbaik.

SA akan pastikan dalam fridge memang sentiasa ada stok susu choc Fernleaf. Seminggu tu memang beli satu pack yang ada 6 kotak..every week kena beli sebab  anak- anak buah ramai. Kami satu family memang galakkan anak- anak minum susu instead ambil minuman berkarbonat atau air lain yang mengandungi lebih gula. At least minum susu sihat kan?




Tahukah anda di Fernleaf, lembu tenusu adalah jiwa dalam industri tenusu mereka dan para peladang menjaga lembu mereka dengan penuh dedikasi.

Di New Zealand, mereka mengusahakan ladang mereka secara semulajadi iaitu memberi kebebasan kepada lembu mereka untuk meragut di padang rumput yang subur. Patut la semua lembu- lembu di New Zealand gemuk- gemuk dan sihat kan...rupanya mereka bebas meragut rumput. 




Hasilnya, susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ianya juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, Vitamin A dan juga vitamin D. Ini juga faktor utama kenapa susu Fernleaf sangat sedap dan disukai ramai especially anak- anak kecil.

LEMBU TENUSU DAN RUMPUT

Tahukah anda bahawa bukan semua lembu tenusu di beri makan rumput?

New Zealand dengan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia menghasilkan susu.

Ia adalah salah satu negara tang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa terkurung dalam kandang, yang mana rumput mereka adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya mereka dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.



Lembu tenusu New Zealand menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu tenusu mereka secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat.
Oleh itu, lembu tenusu mereka menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang sering terkurung di dalam kandang.

LEMBU TENUSU MENGHASILKAN SUSU SECARA SEMULAJADI


Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu mereka menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Sesetengah tempat memang memberikan lembu mereka penggalak susu yang mana susu bukan dihasilkan secara semulajadi. Susu lembu yang dihasilkan dengan penggalak susu tidak mengandungi protein dan vitamin berbanding lembu yang meragut rumput segar. Jauh berbeza hasil tenusu mereka.



FERNLEAF PAKAR TENUSU

Dengan warisan dan kepakaran mereka menjadikan New Zealand sebagai peneraju dunia dalam industri tenusu hari ini. Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, peladang berdedikasi mereka amat bangga dalam kerja mereka. Memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna




Susu keluaran New Zealand mempunyai 100% matlamat dan sangat terjamin. Oleh itu jom ramai- ramai minum susu lembu Fernleaf!!!!
Susu Fernleaf sesuai dinikmati seisi keluarga...

#FernleafUHT
#100Mmmmm

Website : https://www.fonterra.com/my/en.html
Facebook : https://www.facebook.com/fernleafmalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/fonterra.my/

11 comments:

  1. wpun iols lebih suka susu low fat..tp yg susu fernleaf coklat ni sgt sedap so creamy bebudak suka sgt

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi jumaat yg mendung...:)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya susu fernleaf... Comel kak SA pakai spek mata tu.. :)

    ReplyDelete
  4. sukalah dengan straw cermin mata tu..hehe

    ReplyDelete
  5. susu coklat tu habis dulu kat rumah ai..kalah mcm ada budak kecik..hehe...mmg sedap pun susu coklat fernleaf ni..

    ReplyDelete
  6. Saya suka coklat kak.. Kalau plain buat masak buh dalam kek atau makaroni.. Hehehe

    ReplyDelete
  7. Bonde suka susu Fernleaf Chocolate sedap sangat!

    ReplyDelete
  8. Lama tak minum susu fernleaf ni.teringin nak cuba rasa semula.

    ReplyDelete
  9. susu ni bgs utk tulang..bdk2 kalo ada perisa coklat sure akan minum..jrg nk minum yg perisa original yg putih

    ReplyDelete
  10. kalau susu semata sy sussah nak telan. kalau campur coklat ke kurma ke haaa sy boleh layan ;-)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah