Thursday, October 10, 2019

Brisk Walk Keliling Taman Perumahan Dengan Anak-Anak

Hi korang....

Menjadi kebiasaan SA setiap petang hujung minggu adakan aktiviti brisk walk..keluarkan peluh dan biasanya dengan Dania atau anak-anak buah yang lain..kalau rajin pergi taman permainan..diorang bermain SA plak brisk walk dengan Dania...Dania pun perlu bersenam untuk memastikan kaki yang retak awal tahun hari tu pulih sepenuhnya...SA pulak lebih kepada nak sihat la kan...so sabtu lepas SA ajak la anak-anak buah SA si kembar, Dhia dan Dida pergi taman permainan kat area rumah SA tu..bukan main seronok lagi diorang...SA dapat la buat 3 pusingan Brisk Walk..suka buat kat area tu sebab x ramai orang dan anak-anak pun boleh bermain dengan tenang...

Jom tengok gambar yang sempat SA rakamkan..



SA dengan Aressa si kembar


Dah makin besar dah diorang..sikembar ditugaskan pegang adik2 yang kecik


Comel je kan...Dhia ngan Dida tu best friend..rambut pun ikat sama...

Sambil diorang main kat taman SA brisk walk dan laluan sepanjang kawasan tu adalah rumah orang..suka kat situ sebab banyak pokok-pokok bunga..ada bunga kertas, bunga ros, bunga raya dan bunga yang kat bawah ni..cantik sangat dan wangi..bau wangi dia semerbak dan halus je..SA mmg x tau la nama-nama pokok bunga yang pelik2..lepas tu masukkan gambar kat dalam ig...ada yang bg tau nama nama pokok bunga ni...


Akar dani atau Rangoon Creeper juga dikenali sebagai Drunken Sailor adalah satu pokok yang suka sangat cahaya matahari dan kuat memanjat. Pokok akar dani juga cepat membesar. Kalau dipangkas sampai ke lutut pun tanpa disedari dah mula memenuhi ruang kembali. Tetapi keharuman bunganya dan kecantikan gugusan bunganya yang lebat pasti menarik perhatian dan menggembirakan hati. Gugusan bunga akar dani juga memberikan pelbagai rona warna. Walaupun akar dani nampak seperti bunga ornamental atau hiasan je terutamanya di pergola, ianya telah digunakan sebagai ubat tradisional sejak kurun lama. Dalam ubatan herba Cina, buah/biji akar Dani (Shi Jun Zi) yang sudah dikeringkan berbentuk seperti badam dikatakan boleh menghilangkan parasit. Itu juga sebab ada fakta yang menyatakan minyak biji (buah) akar dani boleh menghilangkan cacing. Tetapi perlu berhati-hati mungkin ada yang tidak sesuai dengan perubatan ini dan mungkin akan dapat side-effect seperti cirit-birit, sedu atau sakit dada (elok dapatkan nasihat pakar). Daun akar dani bila ditumbuk dan diletakkan di tempat yang bisul atau ulcer adalah salah satu cara untuk menolong memulihkan sakit kulit tersebut. Kalau sakit kepala boleh cuba ambil daun akar dani, baring dan letak di kepala. Rebusan air akar dani yang disediakan seperti teh dikatakan boleh mengurangkan sakit membuang air kecil. Mereka yang ingin mendapatkan anak mungkin lebih baik tidak menghadam sebarang bahagian pokok akar dani disebabkan di Papua New Guinea, penduduknya samada perempuan atau lelaki menggunakan pokok ini sebagai ubat 'birth control' untuk menjarakkan kelahiran anak. Bila fikirkan secara theory mungkin betul sebab kalau perempuan mengandung tidak boleh makan ubat cacing. 


Sebelum balik rumah selfie dulu


Macam mana la nanti bila semua dah remaja macam kakak Dania


Ni pun x tau nama bunga apa..tp pokok besar tepi jalan 


Candid anak dara SA tgh pose...



Apabila sesekali Dhia dan abg Ikie balik semua seronok...ada 9 orang dah cucu Abah ngan mak..x tau akan datang bertambah lagi ke tak..dari SA memang takde la kan..dah tua kalau nak beranak kecik..SA tunggu cucu je la nanti..hahaha..diorang balik sabtu tu je sebab Ahad Johor sekolah kan...sedih je muka memasing bila terpaksa berpisah...dah seronok2 main kan...nanti kalau ada masa..cuti sekolah kita pi Muar plak eh....nanti boleh main puas- puas...tak lama jer lagi cuti sekolah kan...

33 comments:

  1. Cantiknya bunga tu. Sambil bersenam dapatlah menikmati pemandangan yang indah.

    ReplyDelete
  2. bagus kak ada aktiviti sihat on weekend dengan family. Fiza ni kalau jalan taman takut ada anjing je..huhu

    ReplyDelete
  3. ammi selalu ikut mama brisk walk pepagi je..tapi itu pun kalau rajinlah nak berjaga lepas subuh. tapi cucu2 memang excited nak ikut neneknya sbb sambil berjalan sambil pau nenek.

    ReplyDelete
  4. Rindu lama tak singgah blog SA.. bestnya dapat buat brisk walk nie SA, kalau entah bila nak start..

    ReplyDelete
  5. Budak2 mmg seronok kalau dpt pusing taman mcm tu..lagi2 kalau terserempak dgn penjual aiskrim..

    ReplyDelete
  6. padat brisk walk pun dah rasa segar kan SA, dana kalau nk BW kat perumahan tu jelah, pusing apartmen situ itu pun mengah sbb ada turun naik maklum tanah tak sama tinggi...
    bunga akar dani tu mmg wangi kan, dana nk tanam tp kawasan umah lak kecik

    ReplyDelete
  7. Brisk walk sambil-sambil bonding time dengan anak-anak buah memang seronok.
    Badan sihat jiwa pun happy jer...

    ReplyDelete
  8. Dah lama tak bawa anak pergi brisk walk macam ni. Selain dapat menghirup udara segar, kita juga boleh segarkan mata dengan pemandangan di sekeliling kita. Haritu jerebu lama betul rasa tak keluar rumah

    ReplyDelete
  9. sedapnya ambil angin sambil pusing2 taman.seronak pulak

    ReplyDelete
  10. Best kan bila jejalan kat kampung. Rawlins kalau balik kampung, wajib ajak anak-anak saudara berkelah kat tepi sungai dan jejalan ke dusun buah-buahan. Tu yang best sekali bila berkumpul bersama.

    ReplyDelete
  11. Jealousnyaaa!!! Relax betul betul ni !!

    ReplyDelete
  12. Aktiviti bersama-sama keluarga sememang bagus untuk hubungan keluargaan . Jika selalu rengang akibat hubungan antara ibu bapa dan anak-anak akan menjadi lebih rumit. Terbaik puan, satu pujian yang bagus

    ReplyDelete
  13. sesambil exercise sesambil snap gambar..2 in 1..hehe..okey gak, boleh belajar pasal bunga..hehe

    ReplyDelete
  14. Sis zaman muda2 dulu leh le...sekarang ni jalan nak ke pintu pun dh mengah..hehehe. Lagi pun kalau berpeluh gatai badan dibuatnya. So dok dalam umah je le kalau tak ada keja apa2 kat luar

    ReplyDelete
  15. Lama betul tak singgah blog Kak SA. Rindu pulak baca catatan harian anak-anak Kak SA..hehe .

    ReplyDelete
  16. Bagus aktiviti ni. Boleh la Mat Drat buat jugak aktiviti bermanfaat mcm ni.

    Tq for sharing

    ReplyDelete
  17. Best aktiviti ni, kalau free hujung minggu memang nak buat aktiviti keluarkan peluh macam ni.. Badan pon rasa sedap jer

    ReplyDelete
  18. Bestnya meriah kalau dapat keluar ramai-ramai walaupun sekejap kerana ia adalah masa paling berharga bersama keluarga orang tua paling seronok kan hehehehe kita pun belum lagi ada anak wakakakka bini pun tak ada lagi wakakaka..

    ReplyDelete
  19. Bestnya SA dapat jenjalan camni.. Taman kat area rumah AM pun cantik2 gak cuma xsempat nak explore lagi.. Pegi keje pagi blk malam.. Kalu time cuti, pegi event.. Bila la dapat bonding time cam SA nie..

    ReplyDelete
  20. Best kalau ada masa diluangkan dengan anak-anak, nak pulak buat brist walk keliling taman, mesti rasa best je dapat lihat pemandangan keliling kan..

    ReplyDelete
  21. Bestnya jalan-jalan keliling taman. Kalau kat rumah Qiss maunye kena kejar anjing. Tapi gitulah kalau sepupu balik memang riuh rumah. Rindu pulak suasana gitu

    ReplyDelete
  22. Memang best kan kak SA bila dapat buat aktiviti macam ni... fefeeling relax gitu... dengan our loved ones di samping berborak tentang apa-apa yang kita nak borakkan... ala-ala terapi kannnn... i loikeeee...

    ReplyDelete
  23. Seronoknya aktiviti mudah ni. Sambil relax berjalan keluar peluh dapat cuci mata kan. Nur tak berani buat gini kt area rumah sbb ada banyak anjing. Anak pun kecil lagi. Berani buat dekat taman permainan tempat selalu bawak anak main je huhu

    ReplyDelete
  24. Best kan spent time dengan family macam ni. Rasa lagi dekat dengan family bila buat aktiviti sama2

    ReplyDelete
  25. minggu lepas akak brisk walk pastu terus sakit badan..sbb dah lama tak jenjalan..badan dah tua hehe

    ReplyDelete
  26. bagus ni SA. mek pun teringin nak buat macam ni dengan anak anak tapi hehe cam malu je nak jalan dalam perumahan ni. mungkin kena pegi taman kot baru okei untuk mek dan anak anak.

    ReplyDelete
  27. seronok kalau buat aktiviti macam ni ramai-ramai dengan budak2, meriah riuh ajeee...

    ReplyDelete
  28. Suka jugak tengok bunga kat rumah orang. Kadang tu ambil jugak beberapa keping gambar.

    ReplyDelete
  29. ayat perenggan last tu kelakar hihhi

    ReplyDelete
  30. Adoi.. bilalah nak semangat macam kak SA ni..

    ReplyDelete
  31. Brisk walk mmg bagus utk diamalkan. Buat sebagai rutin setiap petang. Daripada duduk dekat rumah tgok tv kan. At least otot2 kita bergerak

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah