Thursday, July 23, 2020

KANISTER EDISI TERHAD ANUGERAH SENI CAMERONIAN BOH KE-17


KANISTER EDISI TERHAD ANUGERAH SENI CAMERONIAN BOH KE-17

Mengingatkan Ikatan Erat Sesama Kita




BOH Plantations Sdn. Bhd. (BOH) telah melancarkan Kanister Edisi Terhad BOH Cameronian Gold Blend sempena Anugerah Seni Cameronian BOH ke-17.

Reka bentuk menarik kanister tersebut menghidupkan tema Anugerah Seni Cameronian BOH ke-17 tahun ini iaitu Antara Satu Sama Lain (Together with One Another), yang melaungkan betapa pentingnya hubungan dan kolaborasi dalam memacu industri seni ke tahap yang lebih gemilang. Selaras dengan itu, ia juga memberi penghargaan kepada ikatan yang erat serta sokongan padu sesama para penghibur, kru produksi, penerbit dan semua rakan dalam industri yang mengangkat martabat seni dan menggalakkan perjuangan kreatif di medan ini. Tepat pada masanya, tema ini cukup relevan lebih-lebih lagi dengan cabaran semasa yang melanda industri seni persembahan akibat pandemik Covid-19.



Kanister Edisi Terhad BOH Cameronian Gold Blend dengan reka bentuk segar ‘buruj angkasa’ membangkitkan rasa tenang kepada yang melihatnya. Penuh bermakna, motif buruj ini menjadi simbol jalinan persahabatan yang memberi sinar kepada setiap insan, umpama bintang menerangi langit malam. Ia juga mengingatkan kita tentang ketenangan yang dirasai dalam menikmati secawan teh yang enak; ada kalanya melambangkan bermulanya persahabatan yang baharu, dan pada masa yang lain ia menghangatkan jiwa dan membawa kita melayari keindahan malam. 

Oleh itu, konsep reka bentuk buruj angkasa ini menekankan betapa kita memerlukan ikatan antara satu sama lain dalam kehidupan kita. Malah, ia jelas terserlah dalam hidup kemasyarakatan kita dalam bersama-sama memerangi wabak pandemik yang telah melanda Malaysia dan seluruh dunia. Sememangnya, kita memerlukan antara satu sama lain dalam melayari bahtera kehidupan, dalam susah mahupun senang, bersama menghadapi gelora tidak kira apa pun jua.

Selain mendapatkan kanister edisi terhad ini, saban tahun, pencinta tegar teh juga dapat menikmati Uncang Teh Piramid BOH Cameronian Gold Blend eksklusif yang disajikan oleh BOH bagi meraikan Anugerah Seni Cameronian BOH.




BOH Cameronian Gold Blend merupakan teh ‘signature’ BOH yang diadun dari pucuk lembut Jat Manipuri dan Rajghur, ditanam di Ladang Teh Boh di Cameron Highlands untuk menghasilkan  secawan teh BOH yang kaya dengan rasa, beraroma lagi menyegarkan.

Tambahan lagi, setiap kanister edisi terhad BOH Cameronian Gold Blend mengandungi 15 Uncang Teh Piramid yang mudah terbiodegradasi. Dengan harga RM 15.00, ia boleh didapati di Kedai Online BOH, www.bohtea.com, dan sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berakhir, ia juga boleh didapati di Pusat Teh Sungei Palas BOH di Cameron Highlands.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Anugerah Seni BOH Cameronian, layari www.kakiseni.org/awards manakala maklumat lanjut tentang Kanister Edisi Terhad BOH Cameronian Gold Blend pula boleh didapati di www.bohtea.com.


Tentang Anugerah Seni BOH Cameronian
Sejak tahun 2002, Anugerah Seni BOH Cameronian meraikan seni persembahan terbaik dari tahun sebelumnya. Diasaskan oleh Kakiseni, laman web online Malaysia yang ditujukan khas terhadap seni, ia merupakan satu-satunya anugerah di Malaysia yang mengadili persembahan muzik, tarian, teater dan teater muzikal yang disajikan secara langsung atau “live”. Anugerah Seni BOH Cameronian didedikasikan untuk menaikkan martabat seni persembahan di Malaysia di samping mengiktiraf sumbangan artis berlainan genre dalam seni persembahan.

Tentang Kakiseni
Di Kakiseni, kami percaya bahawa perlunya lebih banyak seni persembahan tanah air yang dibawa ke tengah agar lebih ramai khalayak dapat turut serta untuk menyumbangkan idea dan perspektif mereka dalam sesi ‘dialog’ yang sama, sekaligus menjanjikan sebuah pengalaman yang lebih bermakna. Sejak tahun 2001, Kakiseni dikemudikan oleh para professional kreatif yang tekad untuk menjadikan ianya sebuah realiti. Ia menjadi tanggungjawab kami untuk mengembangkan lagi seni persembahan di Malaysia dan menyebarkannya ke serata dunia. Oleh itu, kami terlibat dengan pelbagai aktiviti yang bertujuan meramaikan sokongan dan menaikkan penghargaan terhadap seni persembahan, mempertingkatkan kemahiran anak seni dan kualiti persembahan mereka, serta memperjuangkan seni kepada badan kerajaan dan perniagaan di Malaysia.

Bagi maklumat lanjut, sila layari www.kakiseni.com.  

9 comments:

  1. cantik bekas dia tu. Yang suka kumpul memang patut beli.harga pun murah je..

    ReplyDelete
  2. cantik. macam bekas cocoa powder plak

    ReplyDelete
  3. Alaaa comelnya tin teh dia tu, buat simpan koleksi sendiri cantik tu kat dapur.. uma Sis pun memang guna BOH..

    ReplyDelete
  4. wah..nampak cantik la. nampak mewah gitu.

    ReplyDelete
  5. Cantik, nampak ekslusif, boleh buat hantaran kahwin ni

    ReplyDelete
  6. warna dark blue tu memang nampak eksklusif & mahal. Tak mustahil org akan buat collection.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah