Monday, August 17, 2020

STADIAN Class Of 95' Reunion Hiking Gunung Angsi Kuala Pilah Part 1

PENDAKIAN BERMULA...


Hi korang....

Tibalah hari yang dinanti... 15hb Ogos 2020 menjadi sejarah SA dan kawan-kawan STADIAN Batch 95' reunion dengan first aktiviti iaitu Hiking Gunung Angsi....ramai yg kata kami buat kerja giler padahal aktiviti ini adalah aktiviti yang sihat..ye walau latihan tak cukup tapi kami tetap bersemangat seperti semangatnya kami makan-makan malam sebelumnya..muahahaha...memasing kalau bab makan memang tak tolak..

Mendaki Gunung Angsi....betul ke SA ni? Macam tak percaya je kan...SA dh lama tinggalkan bidang hiking ni...dulu minat..masa zaman sekolah..zaman belajar..aktiviti ni yang paling menjadi keutamaan. Yang lasak tu dh sinonim dengan SA .Belom korang tengok SA ikut Abah menjala kat laut...SA mencari kepah di persisiran pantai kampung nelayan...semua tu SA pernah buat....

Macam yang SA cerita...sebelum ni SA demotivated dan segan nak join...bila dh join..dh bersua muka...terasa seronok ada  kawan-kawan dalam hidup SA...so SA mencabar diri SA untuk join aktiviti pertama dengan kawan-kawan. Alhamdulillah..kawan-kawan banyak berikan SA semangat untuk terus menjalani kehidupan seperti orang biasa setelah sekian lama demotivated...

Seawal 4am SA dh dikejutkan..kemudian SA kejutkan mereka yang yang ada di rumah Shelly..sebahagian tido kat sana untuk persiapan awal pagi...tk pernah-pernah SA bangun seawal pukul 4 pagi...terus tak boleh tido sebab plan asalnya nak bangun pukul 5.15pagi..Erm dah dikejutkan memang tak boleh nak sambung tido lagi la kan....so..apa lagi..kita kacau semua orang...call Azmie...x jawab..confirm pengsan lagi, call Shida...pun x jawab memang diorang lambat tido la tu...last2 call Widya and Shelly..baru diorang bangun..the best part kacau Bruno...hahaha...terperanjat dia..why so early katanyaaa ..dia ingat dia boleh tido semula la tu kan...eh...eh..ada hati dia kacau SA pulak sedangkan SA dh bangun..wakakaka...tu laa...masing-masing lambat tido...membawang sampai ke pagi...ada yg tido 40 min sahaja...


T-Shirt SA


Muka tak cukup tido dan excited sangat...alhamdulillah SA sihat dan dah dapatkan consult dari Doc...SA sememangnya digalakkan untuk memulakan aktiviti sihat...


Tepat pukul 6.50am kami sampai di kaki Gunung Angsi...kami dah daftar secara online dan dah bayar permit so kami tak perlu lagi beratur macam hikers lain..


SA depan pintu masuk..nak naik ni kena hadap tangga tinggi tau..


Azmi awal- awal dah ada dan as usual bagus budak Azmi ni tolong punggah barang ..hahaha...


Parking disediakan kiri kanan jalan eh..first come first serve...lambat kalu pandai- pandai sendiri la...macam Sweeper kami si Riza Sharom..punya jauh dia park kereta...


Nampak tak belakang tu barisan panjang dan ramai yang nak mendaki awal pagi..kami ni masih terhegeh- hegeh lagi...


Tengok ramai- ramai ni seronok dan semangat nak naik..tapi sebelum tu semua kena buat stretching dulu..dan bacaan doa oleh Azmi 


Satu...dua...lapannn.....lapan lagi!!


Hassan tu nak lari kemana tu...ooo mengelat eh..


Group photo dulu..


candid time


Semua lom ready...


ni pun candid gak..lambat betul sweeper..dia suruh naik dulu..dia ingat dia lepas nak suruh kami naik dulu...potong gaji baru tau..hahaha


Kami dah mulakan pendakian..sementara tu pose maut dulu kat tangga ni sebelum agenda putus nafas mencungap bagai kat atas...


Smile guys...sampai atas nanti tak tau la bleh senyum ke tak nanti


Family photo lagi ha...bila lepas naik kalau bergambar je lebih kan


Lagi..dan lagi...



lepas ni sure tak sleera nak amik gambar kan...


cepat kawan- kawan...sampai puncak kita pose lagi...


Bruno sempat photobomb


Panjat jangan tak panjat ye...


yeahhh...pendakian bermula...


Trek landai...tapi nak sampai ke sini sebelum tu aduhhh....nak putus nafas...breath in breath out SA kawal pernafasan....


Pit Stop pertama....


Eh..eh...ada kawan la...nak mintak makanan la tu..rehat sekejap lepaskan lelah...SA ok lagi masa ni...


then slowly..sweeper kat belakang tu asyik cakap sikittt lagi..sikitttt lagi...sikit punya sikit rpanya jauh lagi...


SA nampak mata air..konon nak basuh muka...Dude cakap tak payah..biar je peluh keluar itu antara petu awet muda..ye..ye. je Dude tu..mana teori dia guna tak tau la...


Pemandangan dari ketinggian yang ntah berapa..SA tak pasti tapi ni pemandangan lepas pit stop pertama tadi la..


Indah kan...hanya pencinta alam yang tahu betapa indahnya pemandangan ni


Korang tengok...peluh tu berjurai- jurai...masa ni rasa nak mintak nyawa..rasa nk balik semua ada...


Tapi Bruno dan Dude kuatkan semangat kami walau diorang kat belakang buat lawak bodoh...gelak tak hingat..bercakap je..banyak betul tenaga diorang...


Linda yang kepenatan serta anaknya..bagus anak inda ni dia mencabar diri untuk sampai ke puncak...


Riza Shahrom...kalau dia ni takde dan tak bagi semangat..rasanya dah lama SA turun patah balik sambil lari-lari anak menangis nak balik...hahahaha


Rizal....dia apa kisah..dia dah banyak pengalaman mendaki...


Teruskan perjalanan..kena hati- hati sebab tepi tu kawasan tanah runtuh...


ni kawasan yang telah ditanda..must be extra carefull dan more focus







Seriously mental SA sedikit koyak...tu la sebab tak cukup latihan kan...but dengar kawan- kawan cakap trek Gunung Angsi ni tak berapa mencabar berbanding trek di Gunung Datuk Rembau. tapi untuk beginner macam SA ni memang sangat- sangat mencabar sebenarnya...semua ayat keluar dari mulut...ayat- ayat penyesalan semua keluar...letih tak payah cakap la..dengan tak sarapan proper sebab uruskan persediaan awal pagi. Korang bleh tgok beberapa video yang SA sertakan tu..korang bleh nampak macam mana SA mencungap mencari nafas..entah berapa banyak kali SA berhenti semata nak sampai puncak...

Seriously sangat-sangat menguji minda..jumpa Azmi di pertengahan..dia dh nak turun sambil minum teh ais...wey...nak turun dah....giler la mamat ni...tau la trek Gunung Angsi ni dia dh biasa sebab selalu bawak anak murid hiking kan...adehhh...ilmu apa ko pakai  Mie oiiiii....siap dia kata nak turun tido sebab nak petang dia nak teruskan perjalanan ke Ipoh..

Cukup panjang dah enry Part 1 ni..silap haribulan memang akan tambah lagi 2 part ni...sebab gambar terlampau banyak..semua SA nak ceritakan dalam blog ni sebagai kenangan anak cucu nanti...nanti dah tua bleh baca semula kan...hehehe....

BERSAMBUNG..


10 comments:

  1. alhamdulillah...dude nya petua tu..kene amalkan lebih lagi mendalam sebenarnya ...tu baru part 1...ada 10 part utk awet mudo ..hehehehehehe

    ReplyDelete
  2. Hi Izan,

    Betul2 buat naya tu kena kejutkan 4am. Hahahaha apepun weldone sebab lulus ujian pertama. Jangan pernah gusar dan bimbang. Jalan kembali terbentang luas. Pernah dulu kita sama2 rakan seperjuangan mengharungin onak dan liku yang lebih mencabar. Mungkin caranya berbeza. Dulu Remaja, sekarang Remaja Purba 😜. Apepun Terima kasih kerna sudi menjaga silaturahim ini.

    Tetap Gagah, Tetap Setia
    عَبْدُلْ رِفِنْ

    ReplyDelete
  3. wah..bestnya hiking..dah lama jgk xhiking..rasanya dah xblh kot sbb bdan dah makin bulat sekarang..haha

    ReplyDelete
  4. Saya pun dah lama tak hiking, last naik angsi tahun lepas.

    ReplyDelete
  5. wahhh.. kalau sk pun memang minta nyawa laaaa... mujur sa selamat dah turun, hihi

    ReplyDelete
  6. Tahniah Kak SA... Masih hebat lagi. LeYa pun baru je bermula hari tu

    ReplyDelete
  7. Tahniah..aktiviti yg betul2 mencabar minda dan fizikal

    ReplyDelete
  8. Bagus Sa ada aktiviti baru yang bestmcmni :) best sangat tengok hee

    ReplyDelete
  9. alaa jeles pulak, rindu nak hiking!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah