Wednesday, August 19, 2020

STADIAN Class Of 95' Reunion Hiking Gunung Angsi Kuala Pilah Last Part

Hi korang...

Siapa sangka siapa menduga kan...akhirnya berjaya juga SA sampai ke puncak walaupun SA antara yang last sampai...eh tapi belakang SA masih ada lagi tau yang blom sampai...satu kepuasan sebenarnya bila dah sampai puncak. Gunung Angsi setinggi 825 meter berjaya SA tawan walau banyak drama swasta sebelum sampai puncak. SA berjaya mencabar diri sendiri. Puas!!!betul - betul puas..cemburu sikit dengan kawan- kawan yang terlebih dahulu sampai dan sempat amik gambar banyak- banyak...nasib la beginner kan...tapi kalau bag masih di bahu rasanya memang lagi lambat SA sampai puncak...

Sampai- sampai je terus cari bag SA kat sweeper junior Iskandar. Dapat jer cari air dulu sebab air SA ada pada Riza. Tekak masa tu memang kering betul dan perut pun lapar. Jam masa tu dah pukul 11 lebih. SA makan sebiji epal untuk pujuk perut ni..tak nak makan banyak sangat sebab lepas tu nanti nak hadap apa nak jadi masa turun plak kan...kang takut muntah plak kalau makan kenyang- kenyang. Lepas SA dah ok...dah ada tenaga semula SA terus jalankan tugas as a blogger..amik gambar apa yang perlu untuk blog ni ha...gambar pemandangan tak lupa...pose untuk diri sendiri sebagai kenangan dan of course pose dengan kawan- kawan yang lain.



Bangga dengan diri sendiri, akhirnya berjaya sampai puncak dan bergambar kat sini...sebelum ni tengok hikers lain post 


Pengalaman yang indah...so..SA serik ke? 


Pose kat sini sebab tak sangka bleh sampai puncak Gunung Angsi..selama ni dengar momokan dari mereka- mereka yang tak pernah naik tapi menakut- nakutkan SA..


Sempat tampal logo kuning tu...tanda kami satu group dah sampai kat sini...


See...ramai kan? siap berkelah ramai- ramai lagi...macam SA kata ni Hikers ni ada komuniti mereka tersendiri. Jumpa di puncak berkenalan lagi...







Candid lagi...rasanya sempat tahan perut boroi kot...hahahahaha


Sorry lupa tukar setting Bokeh...sedar gambar ni tak clear masa kat rumah..haha...


Faris ni kelakar...masa turun dia sama ngan SA, laju je sebab dia kata dah lama tahan nak buang air besar...kelakar la awak ni Faris...


Izan Aiza, Ipin dan Faris...masa ni mereka tunggu kami- kami yang lambat sampai ni...


Terserlah plak muka penat SA tu ha...


Lindawati, Praba dan Bruno


Our leader Azmi a.k.a Remy Ishak...


Riza Shahrom & Art


Geng payung


Yeay...we did it!!!plan Gunung Angsi kami berjaya untuk 1st Reunion group kami Stadian Batch 95'


Amik gambar sampai lebam..kena banyak2 amik sebab ramai lagi nak bergambar...


Wajah- wajah kesayangan semua ni..


one more pose


Aaik...cane leh terselit kat sini...


okey..bergambar sampai lebam..

Korang tengok gambar je la ye...malas dah nak letak caption...biar gambar berbicara..









Cabaran turun dari Gunung Angsi adalah paling menyakitkan dimana SA perlu banyak menggunakan tenaga kaki. Mental kena kuat. Rasa nak nangis tu memang dari nak mendaki naik lagi..nasib masa turun tu laju skit dari mendaki tapi banyak kali berhenti plak...nasib baik ada Balkis dan Ipin temankan SA. Banyak la ilmu baru yang SA belajar especially bab cara betul untuk melangkah dan cari jalan yang sedikit landai untuk tampung kekuatan tapak kaki...Ye...kaki SA sakit sangat...tapi kena turun cepat sebab dah lambat rasanya. selepas tu ada aktiviti tukar- tukar hadiah jugak.

Bila SA sampai je kat tangga yang mula- mula naik pagi tu...ya allah....kaki rasa dan- dan tu jugak nak tercabut. Masa tu la nak cari tandas, masa tu la nak basuh muka...tapi ingat pesan Dude. Masa tengah panas dan berpeluh- peluh tak bagus basuh muka. sampai jer kat group yang tak naik dan tunggu kami semua turun..SA memang terduduk...nak cakap pun dah tak larat dah...tetiba hujan turun dengan lebatnya...suddenly jer...nasib baik tak hujan masa SA masih dalam perjalanan turun tapi kesian kat kawan- kawan yang lain..ada yang sangkut sebab hujan dan ada yang sangkut lama sebab anak Dude, Fatin mengalami masalah. Kami yang kat bawah teruskan dengan aktiviti tukar- tukar hadiah. Sebab ada yang nak terus balik..ikutkan kalau semua turun serentak kami nak teruskan plan makan tengahari kat Zaini Salai..tapi tak jangka kan...lepas sesi tukar- tukar hadiah kami semua pun gerak pulang...

Akhir sekali SA nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua kawan- kawan SA. Yang SA baru nak kenal semula dan cipta kenangan bersama. SA sangat- sangat terharu dan gembira kerana semua tidak berhenti memberi semangat. Takpe la kenangan zaman persekolahan tak mungkin akan kembali dan yang pasti kenangan baru bakal tercipta. SA kini dah ada sebuah lagi keluarga besar..Kenangan indah ini tidak mungkin padam dari ingatan. Terima kasih Azmi, Widya, Dude a.k.a Faizal Amry, Ipin, Hassan, Riza Shahrom, Sharifah, Lindawati, Ramnah, Zanna, Nora, Praba, Bruno,Rizal, Aftah, Aisyah, Shida, Izan Aiza,Akhbar Ali, Nur Balkish dan semua yang terlibat. Semua memang awesome.Terima kasih yang tak terhinga untuk kenangan yang terindah ini...sayang korang semua ketat2..

Belum habis penat Gunung Angsi dah keluar dah senarai aktiviti akan datang. Wah...makin terisi la masa terluang SA...

So...SA serik ke Hiking?

Jujur SA akui...SA sekarang dah ADDICTED!! More Hiking activity to involve after this..

Can't Wait!!!

16 comments:

  1. Hi Izan,

    Kita selalu bersikap endah tidak endah dgn aktiviti sebegini. Tapi hakikatnya ianya penuh dgn seribu makna. Lihatlah keindahan Ciptaan Allah buat kita renung bertapa luasnya Pemerintahannya. Apepun kita sebagai Remaja Purba sentiasa mencari dimanakah yang akan kita tuju. Terima kasih jua atas coretan ini. Dapat juga menjadi kenang kenangan bila semakin meningkat usia nanti.

    Kenangan tercipta apabila kita bersama teman2 yang baik.

    YB
    عَبْدُلْ رِفِنْ

    ReplyDelete
  2. bestnya SA..ammi belum pernah lagi cuba hiking. Takut pulak setakat 1/2 jalan je nanti.

    Tapi...Balkish tu budak STAD gak ke? rasanya dia satu skolah ngan ammi sampai dia F5.

    ReplyDelete
  3. Teringin nak g hiking tapi stamina tak kuatlah akk...
    cepat pancit..

    ReplyDelete
  4. Wah Angsi dah ada papan tanda baru....
    berangan nak daki datuk tapi entah bila.

    ReplyDelete
  5. Lepas ni banyak la cerita hiking SA tulis kat blog..

    ReplyDelete
  6. Membe opis ada 1 geng hiking. Lom sempat join dorang. mcm best je hiking

    ReplyDelete
  7. wah dah addicted..lps ni kna hiking banyak lagi la..:)

    ReplyDelete
  8. Akak tumpang seronok membaca catatan SA ni tau...riadah yg boleh mengeratkan silaturrahim..menghargai alam semulajadi..

    ReplyDelete
  9. bestnyaaaa rindu nak hiking tapi tak boleh dah,over limit zaman bujang dah injured huhuuu

    ReplyDelete
  10. Teringinya nak hiking tapi tak berkesempatan lagi. ika nanti nak cuba la hiking hehe mcm best

    ReplyDelete
  11. wowww tahniah kak SA berjaya tawan puncak Gunung Angsi!!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah