Tuesday, October 27, 2020

Routine Setelah WFH ~ Baca Novel

Hi korang...

Sejak start WFH, SA berpeluang membaca novel yang menimbun tak terbaca lagi tu..asal ada jer novel terbaru mesti terjebak nak beli...so sepanjang wfh ni..SA berkesempatan membaca..baru baca novel pemberian Adam..best gak citer dia..boleh layan...sambil- sambil buat kerja office sambil tu SA baca novel..baru sebuah ni wey...ada 200 lebih novel lagi, hat yang ada tu ada la..yg beli pun beli lagi...yang orang hadiah pun banyak lagi...aduyaiii....bila masanya nak baca....

Tajuk citer Bidadara Cinta...banyak conflik percintaan dan wujudnya lelaki yang perangai mirip- mirip Adam yang selalu kacau SA...kelakar pun ye gak...sambil baca sambil gelak...macam Adam tu dia try too hard la...SA suka dia sebagai kawan jer..tak lebih dari tu...kalau nak jadikan someone special memang tak la kot sebab takde chemistry..lagipun faktor umur kan...SA dah tentu- tentu 42 tahun...dia 29 tahun....ramai mengharapkan pengahiran yang baik..tapi tak la....


Baru muka surat 70...hehehe...



Sinopsis


BIDADARA CINTA… lelaki yang membawa magis di hati yang telah disakiti. Kedatangan yang konon-kononnya ingin menjadi penyelamat, menimbulkan banyak kemalangan yang tak disengajakan.

Rasa cintanya masih pada Azrul Hakeem. Dan disebabkan rasa cinta itu, Rasha Nur liana berusaha untuk mendapatkan semula cinta lelaki itu. Maka, bermulalah pengembaraannya bersama bidadara yang sentiasa ada dalam tiada. Magisnya lelaki itu akan memberikan dia ‘semangat’ dan akan menyapu air matanya.

“Hai, menghirup udara nyaman tepi Iongkang nampak?” – Rykarl

“Oh! Mak kau Iongkang. Wangi ke busuk! Hesy! Awak ni cuba jangan nak bidadara sangat muncul ikut suka aje. Kita ni orang Islam. Cuba bagi salam ke apa ke? Kalau saya jatuh dalam Iongkang ni tadi macam mana?” – Rasha

Siapa bidadara cintanya? Bagaimana cintanya pada Azrul?


Layan novel ni...best jalan citer dia....

Ada yang suggest jual je koleksi novel SA tu Pre-loved. Memang tak la...sayang kot...modal besar tu kalau di kira- kira balik...kan?

8 comments:

  1. menarik ni .. selalu dgr bidadari je

    ReplyDelete
  2. tapikan SA...siapa kita nak melawan takdir. Nenek yg umur 62 pun sempoi je kawin ngan lelaki muda. Inikan pulak SA yg masih vazzz gedebazzzz

    ReplyDelete
  3. 200 buah buku lagi? omg byk tu.. .SA boleh bukak book and coffee's cafe ni

    ReplyDelete
  4. Antara masa sesuai untuk membaca, bosan jugak wfh ni kak oi

    ReplyDelete
  5. tak payah jual, buat mini library je kat rumah hehe

    ReplyDelete
  6. saya pun da start membaca balik ni..rasa sayang novel beli banyak2 tak baca kan..huhu

    ReplyDelete
  7. lama da tinggal zaman suka baca novel.. skrng kalau baca rasanya few pages saya da tidor da kot. tapi bagus membaca ni hehe hobi masing2 kan..

    ReplyDelete
  8. Sama tak kak kisah novel dengan adam? lama tak dengar drama akasia akak. hihi

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah