Saturday, October 31, 2020

Resepi Sambal Udang Versi SA

Hi korang..

Yeay...Sabtu dah kan...hari untuk berehat- rehat...PKPB ni takde nak buat apa la kan...nak kemana- mana pun macam takut jer dengan case Covid 19 yang turun naik sekarang ni..SA pun tak kemana...lebih nak berehat sebab next week SA dah start kerja dah. so..hari ni SA nak share 2 entry...satu entry resepi baru- baru ni SA masak. Ada jiran sebelah ni bagi udang besar- besar 5 ekor. So SA yang jadi tukang masak kan...ikut suka SA la nak masak apa ye tak..sepanjang WFH ni dapur adalah my territory..

Jom tengok gambar.


Tak tau udang jenis apa..nak kata udang harimau macam bukan...


Bukti ianya besar...


SA goreng kilas dulu...


Dah siap goreng ala- ala....then baru sambalkan...



Siap...

Resepi kat bawah ni rsepi SA..tapi yang SA masak ni takde petai. Dalam resepi ada petai...hehehe...

 

Resepinya

1/2 kg udang segar( buang hujung kepala sajork)

3 ulas bawang merah (kecil) - tumbuk

4 ulas bawang putih -tumbuk

2 labu bawang besar - Hiris

cili kering yang dah dikisar -ikut suka kepedasan

1 papan petai ( SA tak letak)

1 inchi belacan -tumbuk sekali dgn bawang td

2 sudu sos tiram

sedikit asam jawa

sedikit gula

garam


Cara memasak

1. tumis bahan yang dikisar dan ditumbuk hingga garing dan naik bau

2. masukkan udang

3.curahkan air asam jawa

4. masukkan sedikit gula, garam dan sos tiram

5. masukkan bawang

6. masukkan petai

7. kacau hingga rata

8. dah masak sedia utk dihidang


Petua : Sambal dah betul2 masak baru masukkan udang, jangan lama sangat nanti rasa fresh udang tu hilang.


11 comments:

  1. Sedapnye sambal udang
    Besar2 udangnya.

    ReplyDelete
  2. sedapnya udang besar.. puas makan ni

    ReplyDelete
  3. Jenis kering mcm ni fav saya gak kak

    ReplyDelete
  4. Ala ala udang galah lah ni. Sedap tu buat sambal udang. goreng kilas tu lagi sedap kan kak. fav!

    ReplyDelete
  5. mesti harum semerbak bau udang kat rumah..sedapnya!

    ReplyDelete
  6. Sedap udang tu. Feveret sisyat & anak2 juga ni. Cuma bila buat sambal, sambal budak2 la. X boleh pedas sangat 😅

    ReplyDelete
  7. Favourite kita. Sedapnya. Udang besar2 puas makan 😋

    ReplyDelete
  8. Favoriteeeee nieee 😍😍😍

    ReplyDelete
  9. ammi belum pernah lagi buat sambal udang digoreng sbb biasanya nak sambal tu berkuah. camni pun best gakkan..sekali sekala makan yg versi kering

    ReplyDelete
  10. hadoi lah, SA.
    aida ni suka udang.
    tapi elergi udang tahap maksima dah :(
    tgk sini, hu hu hu hu hu kecur air liur.

    ReplyDelete
  11. wowww besaunyeee udang tu! sambal udang ni antara menu febret walaupun alah dengan udang..huhuhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah