Wednesday, June 14, 2017

Jom Jimat Banyak Dengan Kad KomuterLink

Pertama Kali Guna Komuterlink Dan Sangat Jimat

Hi korang,

Semalam kan..SA balik KL guna Komuter, malas naik bas sebab memang tau jalan jammed kan..elok sampai awal terus jadi lambat plak kan..well SA tak naik komuter dari Stesyen Seremban. SA naik dari Stesyen Senawang. Niat SA cuma nak dapat tempat duduk jer memandangkan semalam ramai orang balik ke lokasi masing2 kan..seperti yang SA duga memang ramai. Kalau tau SA naik dari Sungai Gadut iaitu stesyen last sekali di Seremban.SA sebenarnya lupa reload TnG SA. So decided beli token je thru machine tapi out of service plak..terus ke kaunter dan petugar tu bagi Kad Komuterlink dengan harga RM12. Mula2 pelik gak kenapa mahal sangat tambang.Tapi berat mulut nak tanya..hahaha...x tau kenapa malas plak tanya...

Rupanya kan...memang kad ni fungsinya sama macam TnG cuma boleh guna untuk naik Komuter jer la..jimat banyak..SA ke KL Sentral masa touch kena RM7++, sebelum ni RM8.70. Klaau student lagi jimat dengarnya 50%. Kalau bleh jadi student dah lama apply dh..hahahah..which is mmg mustahil la kan....

gambar dari website KTM

Petikan dari website KTM:

KTM Berhad Malaysia Komuter Link Card (Adult) Discount Promotion


PERKHIDMATAN KTM KOMUTER JUAL KAD KOMUTER LINK DENGAN HARGA RM2.00 SAHAJA

KTM Berhad melalui perkhidmatan KTM Komuter akan menjual Kad Komuter Link (Dewasa) dengan harga RM2.00 sahaja berbanding harga asal RM10.00 mulai esok, 5 Januari sehingga 5 Februari 2017.

Promosi harga RM2.00 ini adalah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai terutamanya mereka yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter menggunakan kad Komuter Link (Dewasa) sebagai pilihan utama untuk membayar tambang perjalanan.

KTM Berhad yakin inisiatif promosi penjualan kad Komuter Link dengan harga RM2.00 akan menarik lebih ramai pengguna KTM Komuter beralih kepada gaya hidup daripada membayar tambang secara tunai (cash) kepada bukan tunai (cashless) kerana ia akan memberi penjimatan diskaun harga tambang sehingga 20% berbanding bayaran tambang secara tunai.

“Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini, kaedah bayaran tambang tanpa tunai perlu dijadikan pilihan. Pengguna pengangkutan awam khususnya mereka yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter perlu bijak dan sedar bahawa penggunaan kad tambah nilai seperti Komuter Link akan memberi manfaat dari aspek penjimatan perbelanjaan tambang, dan cepat kerana mereka tidak perlu beratur di kaunter atau mesin tiket.” kata Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter, Cik Azshidah Shah Shahari.

“Penumpang yang menggunakan kad Komuter Link dapat membuat penjimatan perbelanjaan kerana mereka boleh menikmati diskaun harga tambang sehingga 20% untuk setiap transaksi perjalanan mereka. Oleh itu, bagi mereka yang menggunakan kad Komuter Link (Dewasa) ia adalah langkah yang sangat bijak.” kata Azshidah.

Kad Komuter Link (Dewasa) yang dijual dengan harga RM2.00 ini boleh dibeli di kaunter tiket KTM Komuter, mesin tiket dan mobile team kami yang akan berada di stesen-stesen utama sepanjang tempoh promosi. Pengguna perlu membuat nilai tambah pada kadar minimum bermula dari RM10.00 bagi membuat perjalanan ke destinasi masing-masing.

Kad Komuter Link (Dewasa) mula diperkenalkan dan digunakan di semua rangkaian stesen KTM Komuter setelah sistem tiket baharu yang menggunakan token dan kad nilai simpan mula beroperasi pada 19 Oktober 2016 yang lalu.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 atau layari laman sesawang KTM Berhad di www.ktmb.com.my atau twitter @ktmkomuter.



Ni la Kadnya...

Kalau awal2 lagi kan buat macam ni bagus..lama dah apply...ekceli sebelum ni ada je nampak promosi kad Komuterlink ni tapi tak tergerak hati nak tanya, KTM dah perkenalkan dari January lagi rupanya...dengarnya promosi masih diteruskan..maybe diorang nak habiskan kad kot..sebab tu sapa beli token kat kaunter depa bagi kad ni...

SA rasa kalau korang belum apply dan memang korang menggunakan komuter sebagai pengangkutan harian korang elok korang apply kad ni..jimat pun jimat..dan kad ni bukan sekali guna je..boleh reload kalau baki dah berkurang..sama macam TnG. Usaha murni KTM nak menggalakkan orang ramai menggunakan Komuter memang sangat - sangat baik.Kalau dah ramai gunakan kenderaan awam sure masalah kesesakan lalulintas selesai. Ye la korang pun tau kan...KL ni mana aje tak jammed..hari- hari jammed.

So korang...apa tunggu lagi...apply cepat sebelum kehabisan...

7 comments:

  1. Pada yang selalu gunakan pengangkutan awam ni wajib ada kad komuter ni

    ReplyDelete
  2. Wah senang lah kalau ada kad macam touch n go macam nie kan SA..

    ReplyDelete
  3. Nak beli jugaklah nanti. Selalu jugak naik KTM tapi guna kad tng. Heheh.

    ReplyDelete
  4. tak pernah naik komuter ni .. huhu teringin. sini tak adoo

    ReplyDelete
  5. Yg selalu naik komuter wajib ada kad ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah