Wednesday, June 21, 2017

Rambut Kekal Sihat Dan Cantik Dengan Safi Shayla

Hi korang,

Bercerita bab rambut SA memang sangat pentingkan penjagaan rambut, dalam sebulan SA akan buat treatment di salon. SA jugak lebih selesa berambut panjang pernah cuba berambut pendek paras bahu tapi SA nampak pelik plak..hehehe...so macam mana korang jaga rambut? Apa shampoo yang korang guna?SA sekarang dah bertukar terus ke SAFI SHAYLA. Aik biar betul? Betul laaaa....SA dah guna Safi Shayla sejak awal tahun lepas lagi tau..walaupun shampoo ini dicipta khas untuk wanita bertudung, tidak menjadi masalah pada SA. SA guna juga sebab jatuh cinta dengan bau yang wangi dan masalah rambut gugur yang SA hadapi sebelum itu hilang sepenuhnya.

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.








SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W  meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil.  kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.




Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya

Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

 “Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

SA memang pilih Safi Shayla dan suka mencuba pelbagai variant yang ada sebab bila guna jer rambut dan kulit kepala SA rasa sangat segar selain bau harum sepanjang hari.Yang penting Safi Shayla tidak menjadikan rambut SA berminyak macam sesetengah jenama yang SA biasa guna sebelum ni..Dan yang paling penting harga shampoo Safi Shayla sangat- sangat berpatutan. Harga mampu milik yang ditawarkan sangat- sangat menjimatkan...


Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Layari saluran YouTube SAFI di https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws dan untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan laman web SAFI www.safi.com.my

15 comments:

  1. Cantik botol safi ni kak. Bau pun wangi kan.

    ReplyDelete
  2. suka packaging dia sebab warna semua deboom! adik sha yang laki pun suka syampoo ni

    ReplyDelete
  3. Penah try gak Safi Shayla..Best...

    ReplyDelete
  4. kita memang pkai safi sayla SA ...wangi dan lembut je rambutnyaaa...suka sangat safi shayla

    ReplyDelete
  5. Kinah pun pengguna tegar safi. Memang best bau pun wangi jer

    ReplyDelete
  6. miza pun pakai syampoo safi ne

    ReplyDelete
  7. Kongsi nak??...hihi
    Gurau jer SA....hihihi

    ReplyDelete
  8. tak lagi guna shampoo safi shayla ni

    ReplyDelete
  9. Suka Safi Shayla sbab dia wangi sgt

    ReplyDelete
  10. suka guna shampoo safi... "sempurnakan kejelitaanmu "

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah