Friday, October 6, 2017

Gambar Raya Di IJN Tahun 2016

Hi korang...

Rasanya SA blom share lagi la gambar raya tahun lepas...dah kenapa SA oiii....agak- agak la...dah setahun kot...hehehe...tahun lepas kami sekeluarga beraya kat IJN sebab Mak buat Bypass Jantung...Mak mengalami komplikasi paru- paru berair selepas operation...3 bulan Mak dalam ward, 3 bulan SA x balik Seremban ulang alik IJN hari- hari tanpa jemu.sebenarnya banyak lagi gambar..SA share yang ni je la dulu...memang raya kami di ward...eh..sesekali x beraya macam biasa beraya kad hospital memang seronok sebab bukan kami aje tau..ramai lagi keluarga lain..kami dah macam satu family..Abah sempat takbir kat Surau Hospital..SA plak dari Seremban masa tu bawak juadah raya...berkumpul adik beradik...bila ingat balik memang sebak..memang sedih...pengalaman kan..pengalaman sangat berharga..Alhamdulillah mak sekarang dah sihat walau tak kuat macam dulu...


Buah hati SA masa ni baru 6 orang...riuh hospital dengan diorang ni...


Ainnul Dania Huda, Ezarra Aressa, Mardhiah Khairinna, Aleesya Qhaira Wilda, Ezzarra Adeliya & satu- satunya si bujang SA masa ni Mohd Khairuzzikri

macam - macam aksi diorang...


wefie yang x cukup corumn


mak nampak kuat masa ni..


ntah apa yg kelakar x tau la masa salam atuk ni


ni mintak maaf ke x ni


Alalala...Dida masa ni...cute sgt...masa ni umur dia 2 tahun


Mereka memang sangat rapat


Manja2 atuk ni...Dida biasa la cemburu bila kakak kembar atuk peluk


tengok la tu...

rasa nak gigit2...

Seharian kami kat hospital masa ni...balik Seremban pun dah malam...saudara mara datang menjenguk jugak...sebenarnya ni gambar dalam kamera Sony Cybershot SA..lupa plak tak share lagi tu sebab share kat sini...kenangan kan...mana tau akan datang nak baca semula...nak tunjuk kat anak cucu...banyak pelajaran yang kami terima bila Mak sakit..selama 3 bulan tu kami jadi rapat...adik beradik jadi makin rapat...biasa la adik beradik kan..kalau bergaduh tu perkara biasa...tapi bila ditimpa musibah macam ni..kami jadi muhasabah diri..mana yang terlalu ego dah kembali ok...SA berharap sangat..kami kekal mesra sampai bila- bila...cuma bahagian masing- masing kan..adakala bila kita memerlukan mereka tak dapat hadirkan diri...masa ni kena berfikir secara rasional..letakkan diri sendiri dalam permasalahan tersebut..

Ini la raya kami tahun 2016..raya yang sederhana..walau hakikatnya kami tak beraya...

38 comments:

  1. Kenangan ne Kak SA. Dan kenangan macam ne lah yang menjadikan seseorang itu kuat untuk hari-hari yang mendatang

    ReplyDelete
  2. air dicincang takkan putuskan....seronok bila dapat berkumpul kan

    ReplyDelete
  3. betul2 kenangan yang tak boleh dilupakan ni kan SA

    ReplyDelete
  4. Teman doakan bonda SA dikurniakan kesihatan yang baik... aminnn...

    ReplyDelete
  5. Dugaan di dalamnya Allah sertakan hikmahkan SA..moga mak SA terus sihat.

    ReplyDelete
  6. Kenangan yang tak dapat dilupakan kan kak SA? Marsha doakan bonda kak SA sentiasa sihat...Aamin.

    ReplyDelete
  7. Happening juga walaupun beraya Di hospital. Tak kiralah dimana tapi yg penting semua ada

    ReplyDelete
  8. bagaimana mak SA skrg? Harap semakin pulih..Aamiin...

    ReplyDelete
  9. Meriah walaupun beraya di hospital..

    ReplyDelete
  10. suka tengok family sa. nampak rapat sangat. takpelah raya kat hospital pun jnji smua ada hehe

    ReplyDelete
  11. Semua nih kenangan indah utk keluarga kan kak..

    ReplyDelete
  12. ain dah dua kali beraya kat hospital sebab anak demam. yang penting masa raya, kita ada dengan family kita kan.

    ReplyDelete
  13. bila tgk IJN teringat dekat ayah time dia operation bypass tahun lalu...
    berkampung juga dekat IJN ni...

    Akk,klu sudi nak ajak join giveaway nieyl http://seindahcerita.blogspot.my/2017/10/be-my-lucky-followers-giveaway.html

    ReplyDelete
  14. Gambar kenangan. Walaupun dah tahun 2017, tapi ini blog kita. Suka hati kitalah nak menggamit memori kan. Hahahaa.

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah..walau beraya kat sana pun tetap dapat berkumpul ramai-ramai..itu lagi meriah...

    ReplyDelete
  16. IJN ni adalah tempat kunjungan kami sekeluarga juga untuk check up ayahanda setiap 6bulan sekali. IJN pun sekarang banyak kemudahan dan ada aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak dan juga arts decor yang begitu cantik. Cuma bila menguruskan orang tua ini perlu berhati-hati risiko jatuh dan kepatahan.

    ReplyDelete
  17. Ala sedihnya tak apa akak raya kat mana pun sama yang penting kita bersama dengan orang yang kita sayang dan maaf bermaafan itu yang paling penting...

    ReplyDelete
  18. apa2 pun Dida tetap comel..haha

    ReplyDelete
  19. Kenangan raya di hospital gittew. Janji ada cerita dalam blog even tahun lepas. Alhamdulillah mak SA dah sembuh.

    ReplyDelete
  20. Hanis sekeluarga pun pernah merasa raya di IJN. Tak ingat tahun bila tapi sebab adik Hanis yang bongsu mengalami jantung berlubang sejak dari lahir. Bedah masa dia umur 1 tahun kecik sangat badan dia masatu. Allhamdulillah sekarang dia sihat =)

    ReplyDelete
  21. Sedondon ye bukan main. Selamatbhari raya!! Hehe. Raya tahun bila pun gasakla kan. Hehe. Harap mak.akak dah ssembuh :)

    ReplyDelete
  22. Meriah juga dan kenangan ni pasti terpahat sampai bila2 kan.. Mesti dia terharu :')

    ReplyDelete
  23. Kenangan yang paling berharga walaupun raya dalam keserdahanaan. Saat keluarga berkumpul bersama walaupun kat hospital. Alhamdullilah,harap mak dah sihat sekarang

    ReplyDelete
  24. Kenangan sangat ni. Memang patut di letakkan di blog ni utk tatapan anak cucu nanti. Selalunya mcm tu lah...bila satu2 kejadian menimpa..masa tu lah ikatan kekeluargaan makin erat. Moga emak SA makin pulih seperti sediakala

    ReplyDelete
  25. alahai comelnya masing2. walaupon meraya kat IJN tetap meriah. Seronok la bila berkumpul macam ni kan. berbaik-baik dengan adik beradik.

    Iday setakat ni belum lagi ada kenangan beraya di hospital. setakat melawat orang sakit masa raya-2 pernah.

    ReplyDelete
  26. Di mana-mana pun kalau dah berkumpul sekeluarga, memang akan jadi kecoh kan. Yang penting satu keluarga berkumpul ye tak.

    ReplyDelete
  27. sebenarnya nak sambut kat mana mana pon ok tapi yang penting berkumpul satu keluarga tu yang paling sempurna kan??

    ReplyDelete
  28. celebrate happiness no matter where you are !
    most important is bonding time with family!

    ReplyDelete
  29. alhamdulillah mak dah sihat kan kak SA. pengalaman berharga tuh kakk.
    Uyul Rosli | AFBdotmy & JDTBlogger

    ReplyDelete
  30. Kenangan semua ni kak. Alhamdulillah mak akak dah sihat sekarang. Semoga dia terus sihat hendaknya.

    ReplyDelete
  31. get well soon to your mummy :)

    ReplyDelete
  32. Alhamdulillah..setiap yang berlaku ada hikmahnya

    ReplyDelete
  33. Awww! so sweet where all the family get to celebrate together no matter where is the location. Hope that your mom will recover soon.

    ReplyDelete
  34. Kenangan tercipta, kerana ada hikmah di sebaliknya...
    Semoga SA terus tabah..bersama insan tersayang....
    Takbir ! Allahuakbar !

    ReplyDelete
  35. Kenangan yang kalau boleh tak nak ulang dah di hospital. Biar di rumah sendiri itu lebih baik.. tapi demi untuk kebaikan semua pihak.. bertabahlah.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah