Wednesday, October 11, 2017

Minuman Antioksidant Heartbeat Juice Works Untuk Kesihatan Jantung..

Tahukah Anda Apa Itu Antioksidant?

Antioksidant – anda mungkin pernah dengar istilah ini di sekitar kedai makanan kesihatan di bandar atau pun perbincagan mengenai topik kesihatan dan pencegahan penyakit. 

Carian melalui Google menunjukkan penggunaan istilah ini telah berkembang pesat semenjak dua dekat yang lalu ini, selaras dengan peningkatkan minat dalam permakananhidup yang lebih sihat. Tetapi tahukan anda apa itu antioksidan sebenarnya? 


Merujuk kepada kamus, antioksidan merupakan bahan yang menghilangkan agen-agen pengoksida yang berpotensi merosakkan organisma hidup didalam badan. Pengoksidaan didalam tubuh manusia adalah tindak balas kimia yang menghasilkan radikal bebas yang boleh menyebabkan tindak balas rantaian yang boleh merosakkan sel. 

Malah process metabolisme atau pemprosessan oksigen yang kita ambil melalui pernafasan,atau penghasilan tenaga daripada sel-sel, boleh menghasilakan radikal bebas seperti itu. 

Tubuh kita adalah penciptaan tuhan yang menakjubkan, kerana ia juga boleh menghasilkan antioksidan yang diperlukan untuk mengatasi kerosakkan ini. Walau bagaimanapun, kandungan radikal bebas ini jauh lebih banyak daripada antioksidan yang terdapat didalam tubuh kita, terutamanya di dalam dunia yang semaking tercemar ini. 

Oleh itu, untuk membantu badan kita mengekalkan keseimbangan, bekalan antioksidan luar yang berterusan diperlukan untuk membantu meneutral dan menghilangkan radikal bebas. 

Inilah sifat alam semulajadi yang menyediakan apa yang diperlukan oleh badan kita.Antioksidan boleh didapati di kebanyakkan makanan yang ber asaskan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia juga boleh di dapati di dalam teh, wain dan coklat! Terdapat juga banyak jenis antioksidan yang lain, beberapa yang popular adalah vitamin (beta-Karoten), C, dan E. Andajuga mungkin pernah dengar mengenai flavanols –yang terdapat didalam coklat dan lycopene yang terdapat di dalam tomato.

Salah satu sebab disebalik kenaikkan minat terhadap jus buah-buahan an sayur-sayuranbaru-baru ini – selain daripada kelazatannya adalah jumlah antioksidan yang banyak yangboleh diperolehi daripada mereka. 

Ambil minuman Heartbeat daripada Juice Works, yang mengabungkan kebaikkan antioksidan yang kuat dari limau gendang, oren, lobak merah, epal dan timun.


Ia mempunyai hesperidin antioksidan daripada oren, dimana ia boleh membantu meningkatkan fungsi saluran darah dan menurunkan risiko penyakit jantung seseorang. 

Selain daripada antioksidan alfa dan beta-karoten, yang bain untuk kuit, paru-paru, sistem imun dan kesihatan jantung, wortel mengandungi antioksidan lutein yang penting untuk kesihatan mata.

Di samping kaya dengan vitamn A dan C, limau gendang juga mempunyai antioksidan naringenin, yang telah didapati untuk membantu hati memecah lemak dan meningkatkan kepekaan sel tubuh terhadap insulin. Terdapat bukti menyatakan bahawa naringenin mungkin melindungi hati daripada kerosakkan. 

Timun, mempunyai banyak antioksidan juga. Sekali lagi, selain vitamin C fan beta-karoten, ia mengandungi flavonoid seperti kaempferol, yang dapat membantu melawan kanser danmenurukan risiko penyakit kronik, termasuk penyakit jantung. Epal juga adalah kaya dengan flavonoid yang mempunyai antioksidan yang banyak. Saintis kini telah mengira kuasa antioksidan epal adalah bersamaan dengan lenih daripada 1,5000 miligram vitamn C. 

Jadi apa yang anda tunggukan? Dapatkan secawan Heartbeat – atau mana-mana jus pilihan anda dari Juice Wroks hari ini - dan bantu badan anda melepaskan radikal bebas yang jahat! 

P/s: Khusus yntuk bulan Oktober, Juice Works telah berkerjasama dengan Face – dahulu dikenali sebagai Groupon – unutk menawarkan RM 5 Diskaun untuk setiap pembelian di Juice Works. Hanya layari www.myfave.com atau muat turun aplikasi Fave dan dapatkan kod promo untuk mendapatkan diskaun anda!


**Tawaran ini boleh ditebus dari Oct 1 sehingga Oct 31, 2017
**Ia tidah boleh digabungkan dengan diskaun/baucar yang lain 

5 comments:

  1. Ada nampak promo ni di fave. Nak beli lah juga. Minuman kesihatan ni dan yg penting 100% fresh fruit.

    ReplyDelete
  2. rabia ada penyakit jantung berlubang..dah operation dah.boleh lah kan minum jus ni kan?

    ReplyDelete
  3. buah-buahan bagus untuk kesihatan tapi bergantung pada tahap kesihatan seseorang juga.

    ReplyDelete
  4. Buah buahan memang bagus utk kesihatan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah