Friday, July 13, 2018

Jangan Pandang Remeh Penyakit HFMD

SITUASI SEMASA KEJADIAN PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT 

( HFMD) DI MALAYSIA


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat peningkatan bilangan kes penyakit HFMD di Malaysia. Sehingga 30 Jun 2018, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 27,296 kes berbanding hanya 21,303 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 28%. Bilangan kes di 12 buah negeri telah melepasi paras amaran kecuali Johor, Sabah dan Sarawak. Paras amaran adalah purata bilangan kes HFMD untuk lima (5) tahun kebelakangan dan nilainya berbeza-beza mengikut bilangan kes HFMD bagi setiap negeri.

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak  di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Ianya disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti kes disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus-71 (EV71). Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis kes. Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh (7) ke 10 hari. Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis. Tiada ubat atau vaksin yang boleh mencegah jangkitan penyakit HFMD.

Sehingga kini, di seluruh Malaysia, sebanyak 341 buah taska / tadika / tabika / pra-sekolah telah melaporkan kluster HFMD di premis mereka, iaitu 50% dari jumlah wabak yang dilaporkan pada tahun ini. Survelan virus HFMD juga mendapati peningkatan aktiviti virus EV71 dalam persekitaran semenjak bulan Mac  2018.








Justeru KKM menggesa orang ramai khusunya pengusaha dan penjaga kanak- kanak di taska/tadika/tabika/pra-sekolah untuk :


  1. Sentiasa memastikan kebersihan premis terutama peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak- kanak.
  2. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak- kanak tiada jangkitan HFMD. Kanak- kanak dengan gejala dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah bagi mengelakkan jangkitan kepada kawan- kawan mereka.
  3. Sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan selepas menguruskan seorang kana- kanak sebelum mengendalikan kanak- kanak yang lain
  4. Memastikan lampin pakai buang dibuang ke dalam tong sampah bertutup
  5. Melaporkan kluster HFMD kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan.
KKM juga ingin menasihati ibu bapa atau penjaga kanak - kanak yang mempunyai tanda- tanda jangkitan HFMD supaya :

  1. Tidak membawa anak ke tempat- tempat awam/ sekolah / tadika / taska / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
  2. Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh/ merawat lepuh.
  3. membersihkan permainan anak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran klorin.
  4. Memastikan pembuangan lampin pakai buang dibuat dengan betul.


24 comments:

  1. Allah.. Kesian anak-anak yang kena penyakit ini.. Memang tak selesa.. Harapnya sama-samalah kita menjaga kebersihan dirumah dan juga dimana-mana.. satu lagi, harapnya ibu bapa yang tahu anak ada HFMD ini, janganlah hantar anak ke taska/sekolah.. kesian pada anak-anak yang lain..

    ReplyDelete
  2. Tengah musim kot...anak buah PC pun kena....mula2 kakak...lepastu adik berjangkit...

    ReplyDelete
  3. semoga anak-anak kita selamat dan terhindar dari sakit HFMD. azabnya siapa yang mengalami

    ReplyDelete
  4. mmg kesian kalau kene HFMD nih, aiyan penah kene 2 tahun lps...
    masa tu baru mula2, boleh dptkan cuti kuarantin kalau anak kene HFMD
    seminggu jgk la mama dpt cuti jaga dia, mmg kesian kak... cuma masa aiyan tu dia tak kene dlm mulut... sbb dia banyak minum air kosong...

    mmg setiap sekolah, taska yg anak2 penah kene, kene bt kuarantin n cuci bersih 1 kawasan ngn dettol, atau apa2 pembasmi kuman...

    mak pak pun yg anak2 kene HFMD, jgn la di bwk jln sana sini... ddk la rumah biar sampai betul2 anak tu sihat, tkt jangkit pula pada anak lain

    ReplyDelete
  5. Semoga anak-anak kita dijauhkan daripada penyakit HFMD ini.

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba product ni untuk mengelakkan dari jangkitan virus hfmd walau mahal tapi ianya berbaloi

    http://www.bondezaidalifah.com/2018/02/thymos-anti-hfmdflu-spray-kawalan.html

    ReplyDelete
  7. kena lebih berhati-hati tambah-tambah yang punya anak-anak kecil...moga segera sembuhlah anak-anak yang terjangkit.

    ReplyDelete
  8. officemate MN ada citer anak dia deman dan naik ruam berlarutan dah 2 hari tak salah..terus MN suruh pergi klinik sebab risau ada jangkitan HFMD.

    ReplyDelete
  9. kesian tengok budak-budak especially baby kena HFMD ni..Semoga anak-anak dijauhkan daripada HFMD ni

    ReplyDelete
  10. ishk menakutkab betul penyakit anak-anak masa kini ni ek, pelik-pelik belaka. dulu-dulu masa kita kecik2 tak de pung cam ni kan..

    ReplyDelete
  11. sha baru tau pasal penyakit ni bila isi online yang pendaftaran darjah 1

    ReplyDelete
  12. mmg risau kalau anak kena HFMD ni, anak kami pernah kena. Mandikan air garam gunung, mandikan air kunyit. Alhamdulillah cpt sembuhnya

    ReplyDelete
  13. Memang sekarang musim HFMD ni kan, memang mak ayah kena pastikan selalu kesihatan anak anak.

    ReplyDelete
  14. Moga dipermudahkan mereka yang dijangkiti....

    ReplyDelete
  15. serius sgt penyakit HFMD ni...dulu masa qaseh nursery lama pun ada anak-anak yang kena.. so seminggu tutup..kena la mamanya cuti jg anak2

    ReplyDelete
  16. anak abam kie yg bongsu tu umur 2.5 thn. dihantar ke umah pengasuh. ada 3 org je budak. Minta2 x de la masalah penyakit ni di situ.

    ReplyDelete
  17. Risau kan SA.. sebab jenis berjangkit nie..

    ReplyDelete
  18. mintak dijauhkan.. anak sulung dah pernah kene ni.. seksa gile.. ulser penuh dalam mulut..

    ReplyDelete
  19. Memang kena jaga²..susah hati kalau anak² kena penyakit HFMD ni..

    ReplyDelete
  20. Alahai, kesiannya anak-anak kalo kena ni. Menderita rasa.

    ReplyDelete
  21. anak kawan terkena penyakit ni, memang kena berhati2 sangat sebab berjangkit dekat kerusi baby di kedai makan

    ReplyDelete
  22. risau jugak.
    just make sure tiap hari ijat balik, wash kan badan dia bersih2.

    ReplyDelete
  23. anak jiran sebelah kena.
    tapi skit lah. tak kronik.
    memang melalak aje. sian sgt.
    aida ada rumah, memang dgr lah kan.
    gatal ke. sakit ke. ntah la. sian sgt.

    ReplyDelete
  24. Sekarang.. tiap kali balik kerja mesti check keadaan dak Nuha. Risau..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah